Friday, July 9, 2010

Ngeeeeee...........


Senyum-senyum ah... Mulakan hari anda dengan senyuman.. Bukan saja senyum itu menceriakan wajah..Malah senyum itu menjadikan kita awet muda.. Taklah berkedut jer sepanjang hari.. Lagipun, kan senyum itu satu sedekah.. Mudah-mudahan blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...

Manusia tertua di dunia

TBILISI - Pihak berkuasa negara Georgia semalam mendakwa terdapat seorang wanita yang menetap di sebuah kampung terpencil yang kini berusia 130 tahun.
Seorang jurucakap pejabat pendaftaran kebangsaan berkata, wanita itu dikenali sebagai Antisa Khvichava (gambar) dari bahagian barat Georgia dilahirkan pada 8 Julai 1880.
Menurutnya, umur itu menjadikan dia sebagai manusia tertua di dunia yang masih lagi hidup.
Kakitangan-kakitangan pejabat pendaftaran itu mengunjungi Khvichava di kampung Sachire dan mereka ditunjukkan dengan dua dokumen era Soviet yang menyatakan tarikh lahir Antisa.
Wanita tersebut mendakwa bersara sebagai pengutip daun teh dan jagung pada 1965 ketika berusia 85 tahun.
Kumpulan Penyelidik Gerontologi di Amerika Syarikat yang juga pihak berkuasa rasmi bagi membuat pengesahan manusia tertua dunia untuk Guinness World Records masih menyenaraikan individu tertua yang masih hidup setakat ini ialah Eugenie Blanchard dari Perancis berusia 114 tahun.

Daging kambing tak bahaya kepada kesihatan

KUALA LUMPUR - Tanggapan bahawa orang yang menghidap penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung tidak dibenarkan memakan daging kambing adalah kurang tepat.


Pakar Makanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd Razak berkata, kandungan kolesterol dalam daging kambing adalah hampir sama dengan daging lain.

"Daging kambing tergolong dalam kumpulan daging merah seperti lembu, kerbau serta biri-biri dan boleh dikatakan kesemua jenis daging ini tidak banyak perbezaan kandungan kolesterol.

"Apa yang paling penting ialah pengambilan daging perlu dikawal dan dimakan dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan dan tahap kesihatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Shahriza, pandangan bahawa daging kambing tidak sesuai diambil oleh penghidap penyakit darah tinggi atau jantung hanya merupakan satu persepsi sehingga menyebabkan orang ramai takut untuk makan daging tersebut.

Katanya, tahap kesihatan seseorang individu itu boleh terjejas sekiranya daging yang dimakan tanpa mengira jenis diambil tanpa kawalan atau mengikut keperluan yang sepatutnya.

Sementara itu, Pensyarah Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Fatimah Arshad berkata, kandungan kolesterol dalam daging akan menjadi rendah setelah dibuang lemaknya.

Katanya, kandungan kolestrol dalam daging binatang terletak di dalam lemak dan sebab itu lemak yang terdapat pada daging perlu dibuang sebelum dimasak dan dimakan.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!