Saturday, July 17, 2010

Holiday-Percutian yang tidak dapat aku lupakan... MATAKING ISLAND..

Baru-baru ni, Lulu pergi sebuah pulau ni.. Ala tak yah tanya lah ngan sapa.. Untuk pengetahuan, inilah first time Lulu bercuti di pulau..mula-mula tu tak tau juga nak bayangkan..macam manalah agaknya pulau ni..besar ke..selesa ke.. Jadi bila dah buat keputusan untuk pergi, sekalilah ambik 3 hari 2 malam.. rm1+++ juga la ke na bayar.. siap naik bot, tpt tinggal n makan semua...

Jadi, hari yang dinantikan pun tiba.. kat airport ada orang tunggu dah..siap ambik naik van..Selesa sangat.. tiba-tiba terasa macam pelancong luar negara pula..bezanya lulu orang malaysia..Wah.. memang menghayati betul lah percutian ni. First impression jer dah ok..



Perjalanan dari Semporna, mengambil masa dalam 80 minit (tak silap).Ala sekejap je rasa..Sepanjang jalan tu ada je terserempak dengan nelayan-nelayan yang sedang mencari rezeki..Dari jauh, pulau Mataking seperti menyambut kedatangan Lulu..wah...cantik sangat.. Terasa tidak sabar menjejakkan kaki disitu...


Cuaca sedikit mendung masa Lulu sampai..Tapi kejernihan pantai sangat mempersonakan..adeh..memang berbaloi bercuti di pulau ni..


Sampai jer, beg-beg semua diuruskan...Lulu tinggal jalan berlenggang (kosong tangan) je..Wah..


So, Lulu dah check in.. Bilik no.8..yang uniknya...setiap bilik dinamakan sempena nama hidupan laut.. Dan bilik Lulu dinamakan 'clown fish'..kalau ada yang tak tau lagi apa tu clown fish..ala...ikan dalam cerita finding nemo tu lah..


hah, yang nilah...Kalau ada yang belum tengok lagi, cerita ni memang best... ok..ok..kita berbalik pada holiday Lulu..ngeeeee...Bila dah check inn, barang semua sudah ada dalam bilik...So, Lulu pun nak round pulau ni dulu..

Pulau Mataking yang lebih dikenali sebagai 'one resort two islands', juga 'reef dive resort.. Syurga bagi penyelam...Pulau ini terletak tidak berapa jauh daripada Pulau Sipadan, dan tidak mengecewakan, khazanah dalam lautnya juga antara yang tercantik..


Tengok, kat sini ada taman permainan buat si kecil..Memang sesuai sangatlah bagi family bercuti kat sini, sebab dipulau ini, golongan kanak-kanak tidak akan dilupakan.


Di pulau ni ada macam-macam aktiviti.. Hah macam kat signboard dalam gambar ni..Pulau ni bukan sahaja sesuai bagi penyelam..Tapi bagi yang nak menenangkan fikiran...


Tempat ni tinggi tau..20 meter..Boleh lah tengok matahari terbenam dari sini..romantik...Tapi seram sejuk juga naik..tinggi...So, kat bawah tu ada lah beberapa hole untuk orang main golf.. Jom tengok pemandangan dari atas..


Nampak tak pulau kecil tu..Hah itulah dinamakan 2 island 1 resort..Khabarnya, tengah-tangah tu, bila air pasang, tenggelam lah pasir tu.. Tapi bila air surut, iainya akan membentuk pantai yang memutih dan kita boleh berjalan kaki ke pulau kecil tu.. Bayangkan, bercuti berdua..perghh...romantiknya..ngee..


Nampak tak air pasang, pasir tu dah tenggelam..Wah unik kan?


Kat pulau ni ada merak..ada beberapa ekor..Macam tau jer Lulu pegang kamera, dia terus tayang pelepah dia yang cantik tu..sportinglah..ngee..Pastu, Lulu round juga seluruh pulau..(pulau kecil tu esok baru pergi..) Ada spa, jakuzi..Sempat lagi mandi..


Dan nampaknya, matahari pun melabuhkan sinarnya..eh..eh..Tempat makan dia..setiap meja ada nama...So, tak payahlah nak fikir tentang meja..nak cepat ke...Datang jer meja dah sedia.. Lengkap dengan nama guest..

So, malam, Lulu tak ketinggalan turut serta dalam aktiviti..Round Pulau..Nak tengok coconut crab dan 'kunang-kunang'. Ramai juga yang turut serta..Bukan saja pelancong dari Malaysia, ada dari negara barat, juga dari Jepun dan Korea.. Berbagai bangsa dan bahasa, tapi bergerak dalam barisan yang sama, ditemani lampu suluh menyusuri kegelapan pulau.. Diharap misi akan tercapai...ngee..


Inilah coconut crab..Kitaorang memang bernasib baik sebab jumpa satu malam tu.. Tahniah juga buat guide yang berusaha cari.. Lepas tu ada banyak kunang-kunang (Lulu panggil macam tu..tak tau orang lain panggil apa) kat pokok..Tak dapat nak ambik gambar.. Terpegun Lulu masa tu..Macam dalam iklan tu lah..


Perjalanan malam mengelilingi pulau pada waktu malam begitu mendamaikan...Tenang jer..

So, keesokkan paginya, lepas breakfast, pergilah jalan-jalan..Bagi ikan makan roti..Banyak sangat ikan..


Cuaca cerah betul hari tu..So, we decided nak jalan gi Mataking kecil lepas jalan-jalan kat jeti..


Nampak tak betapa jernihnya pantainya...adoii..Lulu betul-betul terpesona.. So, jom pergi mataking kecil..kebetulan dengan cuaca yang cerah, laut pun surut..boleh lah jalan..ngee..


 Sepanjang jalan, pantai memang ada kotor sikit.. Maklumlah bila-bila masa, kawasan ni akan di tenggelami air laut..


 Putihkan pasirnya...Jauh lagi dari pencemaran...


Pulau mataking kecil ni memang kecil.. Kat sini tak de apa-apa..Tak taulah akan datang.. Sebab Pulau ni semakin membangun.. Tambah chalet.. Sentiasa ada penambah baikkan lah.. Tapi harap-harap siapa yang berkunjung ke Pulau ni, janganlah ambik pasir dia buat kenang kenangan pula...ngee..


Ok..Bila dah puas duduk-duduk kat pantai, Lulu pun segera kembali ke Pulau mataking besar.. Mandi jakuzi..Banyak yang Lulu tak gambar.. Macam masa mandi kat pantai, spa, jakuzi dan tempat makan.. Kira tak lengkap lah ulasan ni.. adeh...

Kat pulau ni, sebelah petang, bolehlah kalau nak main bola ke..main bola tampar ke..Sekali dengan pekerja-pekerja kat sini.. Ramai tu..meriah..

Lulu nak kongsi gambar yang Lulu ambil..pakai kamera digital biasa je.. Kalau ada yang boleh zoom macam kat kedai gambar tu kan bagus.. Kualiti lebih lah..


Lulu tak dive sampai dalam laut..setakat snorkeling jer..Tapi ada pic yang lulu ambil dari web...


Kalau hidupan laut dalam tu lulu tak taulah..tgk gambar ni memang macam-macam ada. Tapi masa snorkeling pun memang ada nampak macam-macam species ikan.. eh kat sini banyak baracuda tau..

So, akhirnya tamatlah sudah percutian. Masa nak tinggalkan pulau ni, sedih lah.. Memang berbaloi ke sini.. dan pasti lulu akan kembali lagi..




Untuk makluman lanjut mengenai pakej dan pulau ini sila layari : http://www.mataking.com/
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!