Saturday, July 31, 2010

Besi penghadang tembus kereta


KUALA LIPIS: Seorang tukang sapu wanita terbunuh selepas kereta Proton Pesona dinaikinya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sehingga menyebabkan besi itu menembusi kereta mangsa di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, Halimah Hamat, 57, dari Gua Musang, Kelantan yang bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan Tengku Muhamad Fakhri Petra, Kelantan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Suami mangsa, Yusuf Che Hamid, 60, yang bekerja sebagai tukang kebun di sekolah yang sama dikatakan mengalami cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, turut cedera anak saudara mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang, Nuraiman Azhar, 7.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya dikatakan dalam perjalanan menghala ke Seremban, Negeri Sembilan dari Gua Musang, dipercayai untuk menziarahi saudaranya.

Katanya, kereta Proton Pesona dipandu Yusuf dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan mengakibatkan besi itu menembusi kereta mangsa.

Abdul Razak berkata, mangsa duduk di bahagian penumpang depan dirempuh besi penghadang jalan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di HKL, malam kelmarin

Misteri makhluk aneh di Britain


EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.
Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).


Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.
"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!