Tuesday, August 3, 2010

Budak 7 tahun dapat RM749,903 dalam 30 minit


HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.
Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.
Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.
Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).
Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.
Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.
Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis.

P/S - Jom kita tengok hasil lukisannya..

Kambing dua kaki di China


SHANDONG - Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.
Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.
"Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati," jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.
"Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja," kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!