Thursday, August 19, 2010

Kisah Isteri Cemburu Tak Bertempat

 
Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

6 jam tersepit di tingkap

LONDON: Seorang penganggur tersepit dan terperangkap di tingkap selama hampir enam jam apabila cubaannya mencuri bertukar menjadi insiden memalukan.


Lelaki terbabit dipercayai mahu meloloskan dirinya melalui tingkap tidak berkunci di sebuah rumah di kawasan Tomlins Grove, di Bow, kira-kira jam 2 pagi.

Bagaimanapun ruang seluas 20 sentimeter kali 20 sentimeter itu tidak cukup untuk membolehkannya masuk.

Keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit tersangkut di pinggangnya dan dia terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam sebelum dilihat pemilik rumah berkenaan yang turun untuk bersarapan.

Polis, ambulans dan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan penganggur terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.

Dia kemudian ditarik keluar dari lubang sempit itu oleh 10 anggota bomba yang datang bersama dua jentera.

Mereka turut menggunakan tangga bagi menyokong kaki pencuri terbabit yang tergantung di tingkap sementara bingkai besi di situ dipotong dengan gergaji.

Keadaan aneh tetapi melucukan itu turut menarik perhatian seluruh kejiranan Tomlins Grove.

Seorang penduduk berkata, selepas mendapat tahu keadaan sebenar, dia ketawa terbahak-bahak melihat keadaan pencuri terbabit.



“Tentu lelaki itu kini sedar betapa bodohnya dia.

“Ramai daripada jiran mahu dia dibiarkan saja di situ,” katanya.

Menurut lelaki itu, ada seorang doktor bedah yang menawarkan kepakarannya ‘mengeluarkan pencuri terbabit tanpa merosakkan tingkap rumah’ berkenaan.

“Bagaimanapun, polis dan bomba menolak secara baik dan mahu kes itu dikendalikan pihak berkuasa tanpa mencederakan sesiapa,” katanya.

Selepas 30 minit barulah pencuri terbabit berjaya dikeluarkan dari tingkap berkenaan, tetapi dalam keadaan tidak berbaju.

Dia kemudian digari dan dibawa ke sebuah ambulans untuk pemeriksaan.

Selepas didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius, lelaki yang digambarkan sebagai ‘putih dan kurus’ itu dibawa menaiki van polis.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.30 pagi dan pengadu menyatakan ada seorang lelaki terperangkap di tingkap.

“Pengadu berkata, separuh badan lelaki itu berada di luar dan separuh lagi dalam rumah,” katanya.

Jurucakap itu berkata, suspek dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan selepas bingkai tingkap berkenaan dialihkan.

Scotland Yard pula berkata, seorang penganggur, Paul Joseph Keenan, 36, dari Jalan Rounton, Bow, didakwa di mahkamah kerana mencuri. Dia akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Thames, hari ini.

Kisah Seorang Doktor Muda

 
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!