Tuesday, August 24, 2010

Yau...yau...Ow yau-yau..Where are you..

Dulu, (beberapa tahun lalu..dlm 8 tahun yang lalu) Lulu pernah memiliki seekor kucing.. Biasalah kucing.. mmg jadi kegemaran ramai orang untuk dijadikan binatang peliharaan. Tapi yang istimewanya kucing lulu ni, dia bukanlah kucing baka istimewa.. parsi bukan..siam bukan.. atau mana-mana spesis yang mahal dan berbulu lebat.




Dia yang lulu panggil yayau tiktik (kucing jantan).. Mesti hairan kan.. Apa jenis pulak nama tu.. kan bagus panggil Bob ke..Comel ke..errr...apa lagi yang biasa? Coklat?.. Dia dipanggil sebegitu sbb pada mulanya Lulu menemui dia, dia masih kecil..masih anak kucing.


Masa tu dia tau mengiyau je.. Suara tu pula nyaring..sakit telinga dengar..Yayau ni ntah macam mana boleh rapat dengan lulu.. Dia garang tau.. tak mau orang yang tak dikenali pegang.. Pasti kena gigit atau cakar..ngee..tetap luka..


Dia memang kucing kesayangan dirumah.. Dia tak pernah keluar.. kencing n b**ak pun dalam tandas.. Eh time tu jgn cuba-cuba tgk, dia akan teriak (miaw-nyaring). Bila time makan, makanannya friskies.. Eh ikan dlm tin (tuna) pun dia suka.. Bila dia lapar, dia pandai minta. Lulu akan tanya, mau banyak? Dia akan mengiyau. Kalau ngiyau panjang maknanya nak banyak dan sebaliknya, kalau mengiyau pendek, sikitlah tu..


Yayau sentiasa bersih.. Sentiasa dimandikan dengan shampoo.. Sentiasa berbau wangi..


Dan yang paling lucu, bila lulu nyanyi (dia ada lagu khas).'ow yayau...tiktik (kecil)..matanya bulat.. (mmmaaauuu-dia mengiyau marah)..hidungnya kecil..(mmmaaauuuu-marah lagi)..ekornya...(sambil usik-usik ekornya..(mmaaauuuu) dia terus bangun dan gigit tangan lulu..(tapi gigit manja jer..dgn lulu dia good cat..)


Pernah, lulu holiday.. seminggu tak de kat rumah.. mak cerita, yayau bising depan pintu bilik lulu (dia memang tidur dengan lulu (diatas paha lulu. Bila lulu bergerak mlm, dia akan berbunyi..erhmmm....). Selagi mak tak buka pintu bilik, dia akan bising disitu dan cakar-cakar laintai.. So, mak buka pintu, dan setiap hari, bila dia nak tidur, dia akan tidur dalam bilik lulu.


Ada hari tu, (masa lulu masih holiday), ada cousin datang.. So geram tgk yayau yang gemuks..(badan dia memang berisi masa tu).. So tergerak nak pegang dia.. Tapi yayau tak nak.. and cakar tangan cousin tu.. Wah berdarah juga kononnya..


Tapi bila dia dah besar, dia start nak mengawan.. kencing sana sini..rumah pun bau.. So, abah marah dan suruh halau dia keluar.. Lulu risau.. dia tak pernah keluar, kot-kot kena gaduh dengan kucing yang tgl kat luar tu (kat luar kucing banyak-mak pelihara bagi makan). So, we decided nak letak dia dlm kandang dulu.. Tapi beberapa minggu lulu senyap-senyap bawa dia masuk dlm rumah waktu mlm..rindu dengan dia.. Sblm tu naik jenuh juga tunggu dia 'melepas' dlm tandas..





Lama juga dia dlm kandang.. dari badan berisi sampai lah kurus. Sekali sekala lulu lepas juga dia diluar.. tapi dalam perhatian lah..lulu takut dia hilang.. Lulu sayang dia..lulu dah anggap dia keluarga lulu. Tapi bila kat luar, semua kucing dia gaduh. Tak kira jantan atau betina.. Garang betul.. Bila dia gaduh, tak de orang yang boleh sabarkan dia..(dia gaduh sampai kucing lain luka). Masa tu mak cepat-cepat ambil air siram.. Selalunya dalam keadaan begini, lulu akan diperlukan..


'Yau..' Bila dengar je suara lulu, yayau akan baring.. dan dengan mata yang redup, dia akan mengiyau manja..
Korang dengar cerita ni mesti pelik.. Mesti tak percaya.. Tapi inilah kenyataannya. Yayau tak pandai curi makan. Letak lah ikan atau apa pun kat dapur, dan dia baring dekat situ.. Dia akan buat tak kisah. Dia betul-betul special..






Nampak tak dia dah kurus? Cengkung sangat.. Masa ni dia tak dikandang lagi. Lulu ambil keputusan untuk lepas dia. Tapi dia masih pulang, kalau lapar..





Makan pun sudah tak teratur.. Bila dia balik, lulu akan usap-usap kepala nya.. Badannya sudah tidak bersih.. Sudah tidak berbau wangi.




My dear yayau tiktik..
lulu tak tau yayau ada kat mana skrg.. Dah bertahun-tahun yayau hilang tak balik rumah. Mungkin juga sudah mati, atau ada orang yang culik yayau (perasan-saja untuk sedapkan hati sendiri) untuk buat lulu rindukan yayau.



Tapi mungkin ini lebih baik. Rasanya lulu tak sanggup melihat yayau tidak bernyawa.. Mungkin kenangan sebegini (hilang) lebih baik..Walau apa pun keadaan mu, lulu harap yayau tenang dan tak lupakan lulu.. sobs....




Kareena dikritik ada selulit


ZAMAN tubuh bersaiz kosong atau dalam erti lain kurus kering bagi aktres tinggi lampai, Kareena Kapoor sudah berlalu. Baru-baru ini, Kareena dilihat mendedahkan selulit pada pahanya.

Ketika itu dia sedang duduk di sebuah acara pelancaran sebuah majalah di Mumbai dengan menyilangkan kakinya.
Perkara yang mungkin memalukan dan tidak disedari Kareena itu terjadi dua bulan selepas perkara sama terjadi - sebanyak dua kali iaitu pada pelancaran buku berdasarkan lakon layar filem 3 Idiots pada 7 Jun dan pelancaran sebuah majalah di Sri Lanka.
Biarpun pakar kesihatan tidak menggalakkan wanita memiliki tubuh bersaiz kosong, namun peminat-peminat Kareena bagaimanapun kecewa dengan berita aktres kesayangan mereka itu mempunyai selulit pada pahanya itu.
Seorang peminat Kareena menulis dalam blog fesyen Pinkvilla.com yang berbunyi: "Cuba tengok selulit pada bahagian paha Kareena Kapoor.
"Dia sepatutnya duduk sambil menyembunyikannya. Selulit sepatutnya tidak terdapat pada tubuh wanita yang mendakwa mengamalkan yoga untuk kesihatan."





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!