Wednesday, September 8, 2010

Selamat....Selamat Raye.....ngeeeeeee.....


Menjelang hari raya ni, lulu nak ambil kesempatan untuk mengucapkan...selamat hari raya aidilfitri... (istimewa buat semua follower lulu-pages..Termasuk silent follower)
Mohon maaf ye dengan segala kesilapan..baik zahir mahupun batin..
Sungguh-sungguh saya tak sengaja..huhuhuhu..

Tapi, sebenarnya raya ni, buat orang yang puasa je ye.. yang tak puasa tak usahlah nak berangan nak pakai baju baru ke.. kasut baru ke..nak jadi orang yang paling cantik/handsome di pagi raya ni... Maklumlah raya kan adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang berpuasa.. (macam lulu..yehhh....)

Sepanjang hari-hari beraya ni, confirm lah orang tak tgk blog punya.. Pun mesti takde mase lah nak update blog ke ape.. Tak terfikirlah nak check duit kat nuffnang ke.. mangga ke.. iklan2 lain ke.. yang ada dalam otak semuanya, family, kemeriahan raya, ketupat rendang semua..lalalla...

Terbayang gak, makbed balik kg suami, sambil control ayu depan mertua (ngeee...larik....), Puan Hanis kita sibuk melayan anak-anak dan pakaikan baju melayu..ngee... Selamat raye eh.. Dengan ucapan, setialah kunjungi blog lulu raya nanti... (eh, kalau makan kueh ke ketupat, jgn lupa lulu ye...)

Okai... Semoga berbahagia dipagi raya bersama keluarga sanak dan saudara...
Berhati-hati di jalan raya..ingat org yang tersayang..

salam...























Ular teman bayi enam bulan


NEW DELHI, India - Akibat terlalu miskin dan tidak mampu untuk membeli barang permainan, Sidhi Siddharth Sinune yang baru berusia enam bulan diberi seekor ular sawa oleh ibu bapanya untuk dijadikan rakan bermain, lapor sebuah akhbar semalam.
Sinune akan merangkak di belakang ular sawa itu dan ketawa apabila reptilia itu bergerak di kakinya di sebuah kampung di Maharashtra.


Apabila ibu bapanya pergi bekerja, bayi perempuan itu akan bermain dengan ular tersebut dan dia tidak takut untuk menggigit ekornya.
Ular yang tidak berbisa itu tiada masalah untuk membelit Sinune atau menelannya.
Menurut bapanya, dia tidak mempunyai wang untuk membeli mainan untuk anaknya itu menyebabkan dia menjadikan ular yang ditangkap sebagai ganti alat permainan.


Bapanya yang merupakan seorang penangkap ular memberitahu: "Sinune mempunyai hubungan istimewa dengan ular. Lebih mengejutkan, ular itu juga suka bermain dengannya."


P/S - Adehhh....





Award Blog Hebat

Award ni Lulu dapat dari Nini D.
Terima kasih Nini D atas ingatan tulus dan ikhlas pada lulu...ngee..


Jom kita jawab soalan-soalannye..

Nama blog anda buat masa ini?
The one and only..


Anda rasa blog anda hebat?
Sudah tentulah...Takkan nak tunggu orang puji..ye tak? ngee..



Benda yang anda sayang?
jeans levis....
(Sentiasa smart dan selesa..yeh..)



Anda tengok waktu(jam) kat mana?
Jam kat henpon , eh kat astro pon..Lagi satu kat laptop!



Web sesawang yang anda selalu jenguk?
blog sendiri..(sentiasa update..ngee), paper, gmail and ..opkos le blog kengkawan..



Letak blogger-blogger yg anda rasa hebat!
 Peminat Katie Holmes


Ok kengkawan.. Sila jalankan tugas anda...
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan batin...
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!