Monday, October 25, 2010

Pramugara milik koleksi 1,760 sudu


LONDON - Seorang pramugara warga Austria, Dieter Kapsch mempunyai koleksi 1,760 sudu dari 447 pesawat penerbangan, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menjelaskan hobinya itu bermula semasa dia bercuti bersama saudara perempuannya, Gunda ke Sepanyol.
Semasa bercuti, Kapsch berkata, saudara perempuannya menyatakan adalah lebih baik untuk memiliki sebatang sudu semasa dalam percutian.
"Selepas pulang ke rumah, dia (saudara perempuannya) meninggalkan sebatang sudu dan saya menggunakannya di dapur dan saya menyukainya.
"Sudu tersebut membuatkan saya selalu mengingati cuti yang menyeronokkan itu," katanya.
Pramugara itu menyatakan sejak itu, dia memutuskan untuk menyimpan sudu dari setiap penerbangan.
Salah satu daripada sudu tertua dimilikinya ialah dari Syarikat penerbangan Imperial Airways yang beroperasi dari 1924 hingga 1939.
"Rakan-rakan saya meminati koleksi saya dan mereka memberikan sokongan.
"Saya berharap akan terdapat sudu yang akan datang lagi (diperolehnya)," kata pramugara itu.





Adik ipar Blair peluk Islam


Dapat hidayah ketika kunjungi masjid

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan. 

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam.


 P/S - Alhamdulillah..



 

Gunung Merapi menunggu masa meletus, pelajar Malaysia di Magelang dipindahkan ke kawasan selamat


JAKARTA: Kesemua 34 pelajar Malaysia di sebuah pesantren atau institusi agama di Secang, Magelang dipindahkan ke Solo hari ini sebagai langkah menghindarkan mereka daripada kesan debu Gunung Merapi, yang dijangka meletus bila-bila masa.
Pakar-pakar menjangka, letusan kali ini akan lebih besar daripada yang terakhir berlaku pada tahun 2006.

Pemindahan pelajar Malaysia terbabit dilakukan berikutan peningkatan status amaran oleh pihak berkuasa Indonesia ke tahap awas, iaitu status amaran tertinggi yang mengkehendaki semua penduduk di sekitar kaki gunung berapi paling aktif di dunia itu, berpindah ke kawasan selamat.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, selepas berada di Solo dan dipastikan keselamatan mereka, para pelajar terbabit bersama sekumpulan pelajar kedoktoran dari Universiti Negeri Surakarta (UNS) 11 Maret kemudiannya akan menyumbang khidmat sebagai sukarelawan membantu mangsa-mangsa bencana itu nanti.

Dr Junaidy berkata, para pelajar Pesantren Sirajul Mukhlasin itu adalah pelajar persendirian dan keadaan mereka pada masa ini adalah selamat kerana kedudukan pesantren itu yang agak jauh dari Gunung Merapi.

"Bagaimanapun, mereka tetap akan dipindahkan ke kawasan lebih selamat bagi menghindari bahaya kesan debu belerang gunung berapi itu selain memastikan mereka berada di kawasan yang mempunyai rangkaian perhubungan telefon secara terus menerus," katanya.

Dr Junaidy berkata, pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kesan bencana letusan Gunung Merapi itu serta untuk menjadi sukarelawan.

Status awas gunung, yang berada di perbatasan Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) dan Jawa Tengah itu diumumkan Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) Yogyakarta jam 6 pagi waktu tempatan hari ini.

Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan rawan bencana itu dianggar berjumlah kira-kira 40,000 orang, yang tersebar di daerah Sleman (DIY), daerah Klaten, daerah Magelang dan daerah Boyolali (Jawa Tengah). Peningkatan status Gunung Merapi itu dilakukan dengan berbagai pertimbangan, di antaranya peningkatan deformasi gunung yang sudah mencapai 42 sentimeter setiap hari dengan gempa pelbagai fasa yang mencapai sekitar 500 kali. Mengikut data yang direkodkan semalam, sehingga jam 12 tengah hari, aktiviti seismik Gunung Merapi menunjukkan berlakunya 90 kali guguran bahan vulkanik, gempa pelbagai fasa (MP) 290 kali, gempa vulkanik dalam sebanyak tiga kali dan gempa vulkanik singkat sebanyak 36 kali.

Di daerah Sleman, pemindahan penduduk di kaki gunung itu dilakukan sejak jam 7 pagi ini. Pegawai Daerah Sleman Sri Purnomo meminta warganya untuk bersedia berpindah ke tempat yang selamat dan terus meningkatkan kewaspadaan.

Sementara itu, di Magelang, pihak berkuasa daerah memindahkan secara terhad warga di beberapa kawasan yang rawan terkena kesan letusan gunung berapi itu.

Dalam kejadian letusan Merapi yang terakhir pada pertengahan 2006, ia antara lain ditandai dengan semburan awan panas, luncuran lava pijar, dan hujan abu secara intensif. Merapi tidak meletus seperti gunung berapi pada umumnya, namun berlaku letusan atau keluarnya magma dari perut gunung dengan cara meleleh turun sampai ke kakinya.





Rindu tak? ngee........


Rindu tak?
Rindu lulu? ngee.......

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!