![]() |
| Pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia meraikan kejayaan menumbangkan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi final |
SEBARAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN
Sosilawati, 47, mati dibunuh pada 30 Ogos lalu bersama pemandunya, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Norhisham Mohammad, 38.
Ahmad Kamil merupakan salah seorang peguam di firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners.
Pihak polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sehingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.
Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, bersama tiga pekerja ladangnya didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat, Selangor atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga rakannya itu.
Tiga pekerja ladang yang turut didakwa bersama peguam tersebut ialah T. Thilaiyalagan, 19; R. Matan, 20; dan R. Kathavarayan, 30.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.
![]() |
| Sebahagian mangsa yang terselamat mengambil beg mereka setelah bas pelancongan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah di sini, kira-kira 7.50 malam pada Jumaat. Seramai enam maut manakala 21 lagi penumpang cedera. Mereka merupakan ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan ketika kejadian bas tersebut sedang menuruni Genting Highlands. |

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!