Sunday, November 7, 2010

Wanita mati dikelar

Sandakan

SANDAKAN 6 Nov. - Seorang pekerja kilang waita ditemui mati dengan kesan luka di leher di sini hari ini. Mayat mangsa, Ana Aripe, 30, dijumpai dalam sebuah bilik mandi di kawasan rumah pekerja sebuah kilang papan di Kilometer 17.6 dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, mayat mangsa ditemui oleh anak saudaranya apabila ingin menggunakan bilik mandi tersebut.
Menurutnya, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
"Siasatan awal mendapati, terdapat kesan luka yang dipercayai bekas tikaman dengan benda tajam pada bahagian leher mangsa," katanya di sini hari ini.
Rosli berkata, polis kemudian menghantar mayat mangsa ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.
Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Beliau menambah, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.






Lemas selepas selamatkan isteri

NORFARIDAH (dua dari kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu jenazah suaminya, Mohd. Hazrul (gambar kecil) di HTAA, Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang suami, Mohd. Hazrul Abdul Jalil, 26, mati selepas berjaya menyelamatkan isterinya daripada lemas semasa mereka mandi di pusat perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, pasangan yang baru berkahwin pada 9 Oktober lalu itu lemas ketika mereka mandi di Sungai Jin di situ.
Adik mangsa, Mohd. Helmi, 25, berkata, sebelum tragedi itu, mereka sekeluarga iaitu Mohd. Hazrul, isterinya, Norfaridah Mohd. Amin, 26, dan ibu mereka, Zaidah Abdul Aziz, 55, bertolak dari rumah di Kampung Pulau Tambun, Pekan untuk berkelah di sana.
“Semasa mandi, abang dan isterinya berada di bahagian tengah sungai yang agak dalam.
“Tiba-tiba saya yang mandi di tepi nampak abang dan kakak ipar seperti tergelincir lalu tenggelam, mungkin kerana ada pasir jerlus di situ,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.
Kata Mohd. Helmi, dalam sekelip mata, mereka berdua hanyut dibawa arus deras dan kelihatan Mohd. Hazrul sempat memegang isterinya dan melonjakkan badan Norfaridah ke atas bagi membolehkan dia bernafas.
Katanya, selepas kira-kira 60 meter dibawa arus, pasangan itu kemudian sampai ke lokasi air cetek dan berjaya ditarik ke tebing oleh orang ramai.





Aidiladha Disambut Pada Rabu, 17 November



Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Aidiladha pada hari Rabu, 17 November ini bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh itu hari ini bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1431 Hijrah ialah pada 17 Nov 2010 Masehi.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 17 Nov 2010 Masihi," katanya.
Pengumuman itu dibuat menerusi siaran radio dan televisyen.


P/S - Wah...Nyam-nya..tak sabar nak mkn lemang dengan kari daging..sedaaaapppppp.. Selamat Raya semua.....
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!