Sunday, November 21, 2010

Terkini : Bas rempuh enam kenderaan, 20 penumpang lalui detik cemas

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 20 penumpang penumpang sebuah henti-henti dari Paka ke sini melalui detik-detik mencemaskan apabila bas, yang mereka naiki mengalami masalah brek, merempuh enam buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di hadapan sebuah stesen minyak di Batu Buruk.
Kejadian yang berlaku kira-kira 3.15 petang mengakibatkan pemandu sebuah kenderaan terbabit, seorang wanita berusia 20-an mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan untuk rawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Bagaimanapun kesemua pemandu kenderaan lain dan penumpang bas tidak mengalami kecederaan.
Seorang saksi, Nur Shamini Mat Lazim, 21, yang juga penumpang bas itu, berkata semasa kejadian dia sedang tidur apabila tiba-tiba terdengar satu bunyi dentuman yang kuat.

"Apabila saya tersedar saya lihat beberapa kenderaan telah melintang di hadapan bas yang saya naiki," katanya yang merupakan pelajar sebuah kolej di Setiu.

Nur Shamini berkata keadaan menjadi kelam kabut apabila penumpang bas berebut-rebut untuk turun kerana takut kejadian lebih teruk akan berlaku manakala pemandu bas pula tidak kelihatan.

Seorang lagi penumpang bas, Nur Azleen Rozelan, 18, akibat pelanggaran itu, dia mengalami sedikit kecederaan apabila kepalanya terhantuk pada kerusi hadapan.



.

Shout! Award 2010: Malam Kemenangan Yuna


Penyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau Yuna (gambar) meraih pemenang keseluruhan apabila membawa pulang tiga anugerah Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.

Tiga anugerah tersebut ialah Popstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout! Award di mana saingan terdiri daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.


Manakala, Kumpulan Bunkface turut mencuri perhatian apabila mengulangi kemennagan tahun lalu dalam Roctstar Award, selain muzik video terbaik dalam Music Vidoe Award pada malam anugerah tersebut.
Selain itu, kemenangan Zizan Raja Lawak sebagai personliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV


Personality Award tidak dijangka kerana dapat menewaskan pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi.
Turut menerima anugerah adalah Faizal Tahir melalui vokal terbaik dalam Power Vokal Award yang pernah dimenangi oleh Jaclyn Victor tahun lalu.


Anugerah penyanyi Hip Hop dan R&B terbaik atau Flava Award pula diraih oleh penyanyi wanita yang sedang meningkat naik iaitu Mizz Nina menggantikan Joe Flizzow pada Shout! Award 2009.


Dalam pada itu, Hot Chick Award dan Hot Guy Award juga dimenangi oleh pelakon jelita Scha Al-Yahya dan pengacara The Quickie 8TV, Henry Golding menerima anugerah tersebut.

Berikut adalah senarai pemenang malam kemuncak Shout! Award 2010:
Rockstar Award (Rock Award) - Bunkface
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Popstar Award (Pop Award) - Yuna
Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) - Faizal Tahir
Fresh TV Series Award - Nur Kasih (Filmscape)
Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
Hot Guy Award - Henry Golding
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
Best On-Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artist Of The Year - 6ixth Sense (Tanpa)
Break Out Award (Best New Act) - Yuna
Ultimate Shout! Award - Yuna




.

Terkini : Terkejut dan Terharu Dinikahkan Bapa


Pasangan pengantin baru, penyanyi Erneelya Elyana Emrizal, 23, dengan pasangannya Khiarul Anuar Husin, 35, terkejut dan berasa terharu apabila pernikahan dilakukan sendiri oleh bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin.


Menurut Elyana, perancangan awal akad nikah ini dilakukan oleh Imam Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat, namun dia terkejut apabila bapanya tampil mengambil tanggungjawab tersebut pada saat-saat akhir.

“Saya tidak tahu yang bapa saya yang akan menikahkan saya sebab perancangan awal ialah imam yang akan melakukannya. Malah sebelum ini kakak saya juga dinikahkan oleh imam.

“Saya terharu dan sangat kerana ini adalah hari paling indah bagi saya,” jelas Elyana.


Pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 9.40 malam di Duchess Place, Jalan Ampang, di sini, Jumaat.

Manakala suaminya, Khairul memberitahu perasaan gementar dan takut apabila berhadapan dengan bapa mertuanya ketika upacara akad nikah dilakukan.


“Sudah tentu perasaan berdebar saya lebih apabila melihat bapa mertua sendiri yang melakukannya. Namun begitu saya rasa bangga dan bersyukur kerana semua berjalan lancar,” ujarnya yang mengakui mudah berasa gemuruh.

Sementara itu, Emrizal ketika ditemui mengakui turut gementar kerana kali pertama menikahkan anaknya.


"Saya juga terkejut kerana ini kali pertama menikahkan anak, sebelum ini kakak Elyana dinikahkan oleh Imam.

"Tapi atas nasihat imam agar pernikahan ini lebih afdal apabila dilakukan sendiri oleh bapa, saya ambil tanggungjawab tersebut," katanya.


Dalam pada itu, ketika ditanya tentang perancangan selepas ini, Elyana memberitahu mereka akan meneruskan kehidupan seperti biasa dengan kerjaya masing-masing.

Dia juga mengakui komitmen utama selepas ini ialah tanggungjawab terhadap keluarganya.

“Khairul tidak menghalang saya untuk terus menyanyi atau berlakon, jadi saya akan teruskan kerjaya saya selagi ia tidak manjejaskan perhatian terhadap keluarga.

“Namun jika sudah mempunyai anak kelak saya mungkin akan lebih mengutamakan mereka dari kerjaya,” katanya selepas upacara akad nikah, Jumaat.


Jelas Elyana, perancangan untuk berbulan madu masih lagi belum dibuat memandangkan terlalu hampir dengan cuti sekolah.

“Kami tidak fikir lagi memandangkan akhir tahun banyak cuti termasuk cuti sekolah, kalau boleh kami tidak mahu sama dengan cuti sekolah. Insya-Allah mungkin Januari atau Februari tahun hadapan untuk berbulan madu.

“Lokasi belum ditentukan juga, kalau boleh tempat tersebut ada tempat bersejarah dan membeli belah kerana tidak terlalu bosan jika di pantai dalam tempoh yang panjang,” ujarnya yang berhasrat untuk berbulan madu di Mesir.


Ketika ditanya tentang anak pula, pasangan tersebut memberitahu tidak pernah merancang malah menerima jika dikurniakan dalam masa terdekat.

"Kami tidak pula merancang kerana orang tua-tua cakap tak elok kalau terlalu merancang. Jadi sekiranya ada rezeki, kami terima dengan tangan terbuka. Lagi pun umur suami saya sudah 35 tahun, lebih baik kami dapat anak awal supaya dapat membesarkannya bersama,"

Majlis persandingan pihak lelaki akan berlangsung pada minggu hadapan di Mentakab, Pahang.




.

Sebulan tinggal dengan mayat mangsa


AUCKLAND: Seorang lelaki menjerut teman wanitanya, warga Thailand dan kemudian tinggal dengan mayatnya selama sebulan.

Gordon Hieatt, 48, didakwa membunuh Nuttidar Vaikaew, yang juga berusia 48 tahun selepas mereka bertengkar di apartmennya April tahun lalu.


Dia kemudian membasuh mayat wanita itu dan tidur bersamanya di atas katil.

Hieatt bagaimanapun menolak dakwaan dia mengadakan seks dengan mayat itu.

Pendakwa raya, Rachael Reed memberitahu mahkamah semalam, Hieatt juga meletakkan gaun pengantin di kepala mayat Nuttidar dan meneruskan kehidupan hariannya seperti biasa.


Menurut Rachael, pembunuhan itu hanya diketahui apabila tuan rumah Nuttidar yang datang untuk mengutip sewa menyedari bau teramat busuk dari dalam rumah itu apabila Hieatt membuka pintu.

Apabila polis datang untuk menyiasat pada awal Mei, mereka mendapati kipas dihala ke mayat itu dengan tujuan untuk mengurangkan bau busuk itu.

Rachael berkata, Hieatt mengaku membunuh wanita Thai itu ketika bersembang menerusi Internet dengan seorang pelacur di Thailand.

Hieatt bagaimanapun mem- beritahu mahkamah, dia tidak berniat membunuh Nuttida.

Perbicaraan bersambung esok.





Koo/Tan Gagal Pertahan Emas


Beregu utama dunia Koo Kien Keat dan Tan Voon Heong gagal mempertahankan pingat emas apabila tewas kepada pasangan Indonesia Markis Kido/Hendra Setiawan pada perlawanan akhir badminton beregu lelaki pada Sukan Asia ke-16 di sini malam Sabtu.

Selepas mengatasi set pertama 21-16, beregu negara itu kalah tipis 24-26 sebelum tunduk 19-21 pada perlawanan penentuan di Pusat Sukan Tianhe di sini.

Selepas perlawanan itu, Koo berkata beliau berpuas hati dengan pingat perakwalaupun dia dan pasangannya telah memberi persembahan terbaik mereka.

"Malangnya, kami gagal mengekalkan gelaran juara Sukan Asia yang dirangkul di Doha, Qatar, pada 2006," katanya kepada pemberita di sini.


Terdahulu itu, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan menentang juara Olimpik Lin Dan dari China pada perlawanan akhir acara perseorangan lelaki Ahad.

Pada perlawanan separuh akhir, Chong Wei, yang juga juara All-England, menewaskan juara dunia Chen Jin dari China 14-21, 21-15, 21-7 manakala Lin Dan dengan mudah menumpaskan pemain Korea Selatan, Park Sunghwan, 21-14, 21-10.


Chong Wei berkata beliau agak teruja untuk beraksi pada perlawanan akhir buat julung kali pada temasya sukan itu dan berharap untuk meraih emas kerana temasya ini mungkin kali terakhir beliau menyertainya.


P/S - Kecewa tgk double td..patutnya  boleh emas..adehh..




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!