Kalau di kebanyakan negara, kecantikan dilabelkan dengan langsing, namun, tidak demikian halnya dengan di Mauritania. Di negeri yang terletak di barat laut Afrika itu, justru berlaku tradisi berbeza : big is beautiful. Besarnya bentuk badan wanita menunjukkan besarnya cinta mereka kepada si suami.
Namun, ada benang merah yang menghubungkan leblouh -demikian tradisi itu disebut di Mauritania- dengan trend kelangsingan. Iaitu, sama-sama menyiksa wanita. Diet untuk menjadi langsing boleh menimbulkan bulimia, sedangkan jika ingin gemuk dengan cepat, wanita-wanita di Mauritania dipaksa mengamalkan makanan dan minuman dalam kadar yang luar biasa. Jika mereka muntah, muntah itu juga harus ditelan.
Seperti dipetik dari The Guardian, leblouh sebenarnya sudah ditinggalkan bertahun-tahun. Namun, sejak kembalinya pemerintahan junta militan ke negeri bekas jajahan Perancis Barat tersebut tahun lalu, tradisi lama itu dihidupkan.
Aminetou Mint Ely, seorang pejuang hak asasi wanita, mengatakan bahawa tradisi itu berkait rapat dengan budaya kahwin muda. Di wilayah pedalaman negeri muslim berpenduduk sekitar 3.3 juta tersebut, gadis berusia lima, tujuh, dan sembilan tahun memang lazim dipaksa menikah. Lalu sebelum dipertemukan dengan calon suami, mereka dipaksa menjalani ritual leblouh.
Gadis-gadis belia yang akan menjalani leblouh dipisahkan dari keluarganya untuk dibawa ke tempat “penggemukkan”. Di sana mereka akan diasuh oleh makcik atau nenek. Mereka diberi makan nasi serta minum susu unta dan air dengan jumlah yang banyak. Dalam sehari mereka diharuskan makan dua kilogram nasi yang dicampur dengan dua gelas mentega dan 20 liter susu unta.
“Di Mauritania, ukuran tubuh wanita mencerminkan seberapa luas dia menempati hati suaminya,” ujar Mint Ely.
Menurut Mint Ely yang juga ketua Asosiasi Wanita Ketua Rumah Tangga itu, kembali berkembangnya leblouh itu adalah sebuah kemunduran. “Sedangkan, kita sudah mempunyai menteri urusan wanita. Kuota 20 peratus wanita di parlimen sudah dipenuhi. Kita juga mempunyai diplomat dan gabenor perempuan.
.
6 Penyokong CHELSEA:
Salam Lulu..hayoooo!!gemuknya.Klu kat mesia ada tradisi camni kan best..hihi.Gemok itu seksi di mata llaki :D
ayoyoyo, takutnya kena makan nasi 2kg sehari, pengsan haha
klu lah kat malaysia takde diskriminasi untuk org gemuk, mesti best kan
adoi..menyeksa je..dah la makanan x sihat..kalau berlebihan pun x ok jugak...diorang xde penyakit ke agak2 nye..
haha ~ sy pun kene tmbh lg berat ni .. bmi x ok
Gemuk Itu Menarik :D
Gemuk itu da bommbb.... Hahakkk..
Post a Comment