Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menangkap seekor ular sawa batik sepanjang sembilan meter yang sedang mengeram 35 biji telurnya di dalam tunggul pokok kelapa di Kampung Laut dekat sini, semalam.
Menurut Pengawai JPAM Tumpat, Mohd. Fuad Ismail, kemunculan ular sawa seberat 50 kilogram itu disedari penduduk, Mohd. Razif Ibrahim, 23, apabila ternampak berpuluh-puluh biji telur dalam tunggul terbabit.
Katanya, ular sawa itu tiba-tiba sahaja muncul dari bawah timbunan telur itu ketika Mohd. Razi menguis telur-telur itu menggunakan sebatang kayu.
"Anggota JPAM bergegas ke Kampung Laut selepas menerima panggilan Mohd. Razif kira-kira pukul 7.20 malam. Operasi menangkap ular itu diketuai oleh Nik Huwaina Nik Hassan bersama empat anggota lain," katanya ketika ditemui di pejabat JPAM sini, hari ini.
Jelasnya, semua telur itu menetas di pejabat JPAM di sini hari ini.
"Sebanyak 35 ekor anak ular hidup dikurung dalam sarang ular sebelum diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan," ujarnya.
.

kalau ada gambar telur dan sambil mengeram best lagik...
ReplyDeletewah besar gila!!!!!
ReplyDeletegelinya ularrrrrrr...tak suka
ReplyDeletefizah law jumpa ular mcm nie.. pengsan teruss.... hahaaha
ReplyDeletegilerk arrr
ReplyDelete35 telor
euwww ngeri !!!!
fuuhhhh...35biji telur?? kalau mnetas semua...aiyaaa,,,
ReplyDeleteAda siapa2 yang interested nak jadi Pengacara untuk new Malay food website? Tak ada expereince pun tak apa: http://bit.ly/nAhEBr
ReplyDelete