Thursday, January 6, 2011

Miraculous escape after..

Miracle escape: Rescuers line the sides of the bridge after the lorry flipped upside down and rolled over the barrier above a 200ft drop
Miracle escape: Rescuers line the sides of the bridge after the lorry flipped upside down and rolled over the barrier to end suspended upside down


The driver of this lorry had a miraculous escape after his vehicle was left suspended over a 200ft drop... by a single punctured tyre.

The man lost control of his vehicle along a major road, clipped the concrete wall of a bridge and the heavy lorry rolled over as it slid perilously close to the edge.

A passerby caught the moment on camera as the momentum of the lorry carried it into the barrier and flipped it over the top.


But thanks to the punctured tyre and pieces of torn sheet metal on the ground near the diesel tank, the lorry was somehow pinned in place suspended upside down over the deep gorge below.

Rescuers tentatively approached the vehicle and managed to pull the driver to safety, despite the fact the tyre could have given way at any time.

The barriers on the bridge are clearly too low to be an effective safety measure for lorries and it is unknown if the vehicle was recovered, or allowed to fall into the gorge.


Lucky man: A punctured tyre - nearest the camera - and pieces of sheet metal left on the road are all that stopped the lorry and its driver from a 200ft drop
Lucky man: A punctured tyre - nearest the camera - and pieces of sheet metal left on the road are all that stopped the lorry and its driver from a 200ft drop


The pictures, which circulated over a year ago on the internet, have just emerged within China which has strict bans on internet use.
Last year, another lorry driver had a lucky escape when the container on his vehicle hit the underside of a bridge and catapulted the cab nose first into the bridge in Changchun city.

.

Mahalnya awak yer..


Seekor ikan tuna raksasa jenis bluefin dijual pada harga tertinggi dalam sejarah, sebanyak AS$396,000 (RM1.23 juta) pada majlis lelong pertama tahun ini di pasar ikan terbesar di dunia, di Tokyo hari ini. Harga jualan meningkat ke paras itu berikutan pembidaan sengit sebelum subuh.

Ikan seberat 342 kilogram yang ditangkap di perairan pulau Hokkaido, utara Jepun, jatuh ke tangan dua pembeli yang membuat tawaran bersama sebanyak 32.49 juta yen (RM1.23 juta), kata seorang pegawai di pasar ikan Tsukiji.

Harga itu mengatasi rekod sebelum ini sebanyak 20.02 juta yen (RM756,734) yang dibayar untuk seekor ikan tuna bluefin pada 2001.

Sepotong ‘sashimi’ atau ikan mentah daripada spesimen gergasi itu dianggarkan boleh dijual pada harga kos sebanyak 3,450 yen (RM128), lapor media tempatan.



Ikan itu dibeli oleh dua pemilik restoran sushi, seorang dari Jepun dan seorang lagi dari Hong Kong, yang juga membuat tawaran bersama untuk membeli seekor ikan tuna ‘bluefin’ pada harga tertinggi semasa upcara lelong pertama pada tahun lepas di pasar ikan Tsukiji, pasar seluas lebih 40 padang bola sepak.

“Saya berasa lega kerana ikan itu jenis yang baik. Harga menjadi tinggi kerana pembeli di luar negara turut membuat permintaan untuk tuna,” kata pemilik restoran sushi dari Hong Kong itu.

Pembida dari China, di mana populariti tuna bluefin gred tinggi semakin meningkat, telah membantu melonjakkan harga jualan ke paras tertinggi, lapor media.

“Globalisasi makanan membawa kepada harga tinggi. Ini berita baik yang merangsang seluruh pasaran dan diharapkan ekonomi Jepun akan turut meningkat,” kata seorang peserta lelong.



.

Masuk Hospital Akibat Jangkitan Usus


Aktor Fauzi Nawawi terkejut apabila isterinya Lisdawati merahsiakan tentang berita dimasukkan ke hospital ekoran jangkitan usus.

Kata Fauzi, dia hanya dimaklumkan oleh Lisdawati tentang perkara itu selepas isterinya ditahan di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, malam Selasa.

Fauzi yang baru pulang dari Kedah kerana terlibat dengan penggambaran drama sebelum ini berkata, isterinya mengadu tentang sakit kepala dan pernah pitam sejak minggu lalu namun tidak menjangka keadaan itu akan melarat sehingga terpaksa ditahan di wad.

"Saya hanya dimaklumkan oleh Lisda pada malam semalam (Selasa) tentang perkara itu. Kebetulan pula saya berada di Kedah sehingga kelmarin kerana terlibat dengan penggambaran.

"Apabila pulang ke Kuala Lumpur, saya terkejut apabila dia memberitahu sudah ditahan di hospital kerana jangkitan usus," katanya.
Tambah pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010 itu, Lisdawati sengaja merahsiakan berita kejadian berkenaan agar tidak mengganggu tumpuannya di lokasi penggambaran.

"Dia masuk hospital pada pukul 3 petang semalam dan tidak memberitahu saya kerana tidak mahu mengganggu jadual penggambaran saya.

"Memang Lisda ada mengadu tentang keadaannya yang kerap pitam dan hilang selera makan sejak minggu lalu tapi saya sangka keadaannya tidak serius.

"Namun, apabila keadaan itu berlanjutan sehingga minggu ini, dia pergi mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan terus ditahan sejak Selasa lalu," katanya.
Mengenai perkembangan terkini Lisdawati, Fauzi mengesahkan isterinya kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih lagi ditahan di hospital memandangkan doktor perlu memantau keadaannya.

"Menurut doktor, punca sebenar Lisda mendapat jangkitan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak seimbang atau keracunan makanan.

"Lisda sepatutnya dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini (Rabu) tetapi doktor masih menahannya bagi memantau perkembangan semasa.

"Bagaimanapun, dia berada dalam keadaan stabil dan cuma memerlukan rehat yang secukupnya buat masa ini," kata aktor yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Yang Terpuji.



.

Janggal diinterviu Siti Nurhaliza


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku berasa janggal apabila ditemu bual oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai salah seorang tetamu dalam program bual bicara pertama artis itu yang diberi nama Siti.

Tokoh negarawan berusia 85 tahun itu berkata, beliau sebelum ini hanya mendengar Siti Nurhaliza menyanyi ketika mengadakan persembahan pentas.


“Ini merupakan kali pertama saya ditemu bual oleh Siti. Saya rasa ganjil sikit. Namun, saya dapati dia sangat fasih sewaktu mengendalikan program pertamanya ini.

“Malah, saya nampak dia cepat dan mahir menjadi seorang pengacara dengan melontarkan soalan-soalan yang bernas,” jelasnya ketika ditemui pada rakaman episod pertama Siti di Filem Negara Malaysia di sini semalam.


P/S - Tun, senyum.............Siti agak berisi sekarang....mengandung eh?.


.

Berusia 111 tahun....


Ramai yang tidak menyedari bahawa Kampung Baru di sini yang merupakan penempatan utama masyarakat Melayu di tengah-tengah ibu kota akan berusia 111 tahun hari ini.

Sehubungan itu, pelbagai program bakal dianjurkan oleh Centrepro Sdn. Bhd. bersama
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia akan turut diraikan kira-kira 35,000 penduduknya.

Menurut Pengarah Urusan Centrepro Sdn. Bhd., Ishak Abdul Kadir, acara akan bermula hari ini dengan majlis tahlil dan kesyukuran di Masjid Jamek dan beberapa buah surau di kawasan itu.


"Acara kemuncak sambutan ialah majlis makan malam yang dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan atau bulan berikutnya," katanya yang merupakan Penyelaras Acara Kampung Baru Warisan di sini semalam.

Kampung Baru berkeluasan 122.93 hektar mula dibuka pada tahun 1899 dan merupakan sebuah perkampungan rizab Melayu tunggal di tengah-tengah Kuala Lumpur.



.

Cinta di sempadan

Lelaki Malaysia bersekedudukan dengan wanita Thailand


HATYAI (Selatan Thailand): Isu lelaki Malaysia mengahwini gadis Thailand bukan perkara baru. Namun tidak ramai tahu ada antara mereka sebenarnya hidup sebumbung dengan gadis negara berkenaan seolah-olah suami isteri semata-mata untuk seks, tanpa sebarang ikatan perkahwinan.

Percaya atau tidak, realitinya amalan sedemikian banyak dipraktikkan terutama di kalangan lelaki bujang yang menetap di beberapa negeri di utara Semenanjung, termasuk Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dengan majoritinya terdiri daripada golongan eksekutif muda syarikat swasta dan kakitangan kerajaan atau ahli perniagaan.

Malah, ada juga di kalangan kumpulan itu yang dikatakan sudah berkeluarga, namun lebih gemar mencari kepuasan seks di Thailand.

Difahamkan, kumpulan ini majoriti hidup bujang di negeri utara Semenanjung kerana faktor kerja dan lebih cenderung mengambil kesempatan cuti hujung minggu ke Thailand, berbanding pulang ke kampung halaman untuk bertemu anak isteri atau keluarga.

Berdasarkan maklumat diterima, senario itu pada mulanya hanya sekadar suka-suka, namun selepas merasai nikmat belaian manja serta mainan cinta gadis Thai, kebanyakan mereka menjadi semakin ketagih, sehingga ada yang mula curi-curi memasang 'isteri' di negara jiran berkenaan.

Paling teruk, ada kalangan mereka semakin lama semakin hanyut sehingga mula melupakan tugas serta tanggungjawab kepada keluarga. Malah, wang gaji yang diterima setiap bulan juga tidak pernah mencukupi, semata-mata kerana memenuhi kehendak serta permintaan teman wanita di Thailand.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Malik Hussin, ketika ditanya mengenai senario itu tidak menolak kemungkinan wujudnya hubungan sedemikian antara lelaki Malaysia termasuk dari Perlis, dengan gadis Thai.
Senario sedemikian katanya, banyak dipengaruhi faktor kedudukan Perlis sendiri yang terletak bersebelahan Thailand, apatah lagi urusan keluar masuk sempadan juga begitu mudah iaitu dengan hanya menggunakan pas sempadan.

Namun, sehingga kini, beliau berkata, belum ada maklumat sahih diterima mengenai kegiatan rakyat Perlis yang mempunyai perempuan simpanan di Thailand. Bagaimanapun, itu tidak bermakna kes sedemikian tidak berlaku.

"Apa pun, kita yakin ada antara rakyat Perlis sendiri yang menyimpan wanita di Thailand. Cuma status mereka sama ada berkahwin secara sah atau tidak, itu tidak dapat dipastikan.

“Ramai rakyat Perlis diyakini mengambil wanita Thailand sebagai isteri nombor dua atau ketiga termasuklah secara rahsia untuk mengelak diketahui isteri pertama di Malaysia.

"Justeru, setiap dua minggu atau sebulan sekali, lelaki ini akan ke Thailand untuk bertemu isteri muda itu dan kemungkinan besar tindakan ini menimbulkan andaian kurang senang, bahawa mereka memiliki perempuan simpanan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kadar lelaki Perlis yang dilapor berkahwin dengan gadis Thailand sehingga kini dilihat masih amat rendah iaitu kurang 10 pasangan setahun.

Jumlah ini, katanya, jauh lebih rendah berbanding angka pasangan lelaki dan perempuan Malaysia yang memilih untuk berkahwin di Thailand terutamanya di wilayah selatan yang kebiasaannya mencecah sehingga ratusan pasangan setahun.



.

Api misteri masih ekori keluarga Sidek


Walaupun telah berpindah ke rumah baru, serangan api misteri masih berlaku dalam kehidupan keluarga seorang penoreh getah, Mohd. Sidek Hamid, 51, sejak 30 November lalu.

"Saya tidak tahu ke mana hendak pergi lagi setelah rumah lama kami di Kampung Cerok Meranti, Mukim Sungai Batu, Serdang diserang api misteri.

"Saya ingat segalanya akan berakhir apabila pindah ke rumah lain tetapi nampaknya api misteri itu masih mengekori kami sekeluarga," kata Mohd. Sidek ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Kelisa Emas, Bandar Baharu semalam.

Menurut Mohd. Sidek, api misteri yang muncul berulang lagi di rumahnya telah menyebabkan banyak barangannya musnah.

Antara barang yang terbakar ialah baju, seluar dan kasut sekolah milik dia dan anaknya.
"Serangan api misteri ini kerap berlaku ke atas diri saya dan anak perempuan saya, Zuraidah, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selama.



.

Hoh...ular pun nak tengok tv..


Ketenangan sebuah keluarga di Kampung Tengah, Ulu Pauh dekat sini yang sedang berehat di ruang tamu bertukar kecoh apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter muncul ketika mereka menonton televisyen semalam.

Kejadian tersebut menyebabkan penghuni di rumah berkenaan bertempiaran lari keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Operasi JPAM, Mohd. Farhan Abdul Aziz berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut yang bersembunyi di belakang rak televisyen rumah itu.

"Pemeriksaan dilakukan di seluruh sudut rumah penduduk itu dan akhirnya kami menemui ular itu di belakang rak tersebut.

"Kami terpaksa menggunakan cangkuk besi untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar besi," katanya.

Jelasnya, ular tersebut yang berwarna kuning dipercayai datang dari arah bukit berhampiran bagi mencari tempat yang lebih panas untuk bersembunyi.

"Ular itu adalah spesies reptilia berbisa yang paling besar pernah kami tangkap setakat ini," ujarnya.



.

Kejayaan memang datang bergolek....weee...


Salam..Selamat pagi....
Baguslah cuaca hari ni...cerah....cerah sangat....
Sudah berhari-hari cuaca asyik mendung dan hujan...
Huhu, nak bangun pagi pun susah....
(Eh, korang dah mandi ker? ngeee..)


Sejak akhir-akhir ni kejayaan memang datang bergolek...
Wah lancar jer kan..
(Tapi apasal gambar kat atas sedih pula?)
jgn lah....errr.......
mungkin sebab terharu sangat dengan kejayaan kot...
respek.....


Tahniah Chelsea...
Huhu sebab mengekalkan kejayaan yang berganda...
Kerana mengekalkan prestasi yang buruk sejak beberapa minggu ni..
yeah..semangat!
(Mesti penyokong team lain terutama Menyu tak sabar2 nak kutuk fan chelsea ni..)
Lulu dah rasa...
Chelsea memang akan kempunan piala BPL musim ni..
Awal musim wah....bukan main eh...
Jaringan besar..
confident level tinggi...


So, siapa harus dipersalahkan?
(Alasan yang sering digunakan oleh fan bila team kalah..)
Eheh, lulu dah lama dah tak nak CA (Pengurus chelsea)..
Asal lepas main jer, mesti terus check, eurosport..
Tunggu owner pecat CA..
Dan sehingga skrg CA masih kebal..
Entah apa ilmu si CA ni...
(Dan adakah lepas CA di sack chelsea akan kembali ke jalan yang benar?)



Dan sekian kalinya...
(Walaupun selalu kecewa dek persembahan buruk chelsea)
Lulu tetap penyokong chelsea..
yang setia....
sampai bebila....



P/S - Fan liberpul, kita serupa..ngee..



.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!