Tuesday, March 8, 2011

Bas terbalik..



Lima orang termasuk seorang rakyat Thailand cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik dalam parit besar sedalam dua meter di KM 38, Pagoh Jaya, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Felda Belara hari ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu, ASP Che Khazahari Amat berkata, kejadian pada pukul 11.05 pagi itu membabitkan bas yang membawa 12 penumpang termasuk lima rakyat Thailand yang dalam perjalanan ke Setiu.

"Sampai di satu selekoh di kawasan kejadian, bas itu dipercayai hilang kawalan kerana keadaan jalan yang licin ekoran hujan renyai-renyai.
“Bas itu kemudian bergesel dengan sebuah kereta Perodua Kancil dari arah bertentangan sebelum terbalik ke dalam parit besar itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, rakyat Thailand yang cedera dikenali sebagai Arifah Wan Muda, 20, manakala empat rakyat tempatan yang cedera dalam kemalangan itu ialah Nor Wahidah Mat Ti, 21; Mohd Lim Abdullah, 60; Mohd Zulkifli Zohor, 20; dan pemandu bas Md Amin Mohd, 40.
Kesemua mereka dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh orang awam dan ambulans Jabatan Pertahanan Awam negeri.



.

Tinggal bersama 24 ekor buaya...


Bagi orang awam, buaya adalah haiwan buas yang sangat mengerikan. Namun, bagi seoranglelaki dari Oxford beserta keluarganya, tinggal bersama dengan buaya adalah hal yang justeru melengkapi keakraban keluarga.

Shaun Foggett, 30 tahun, memelihara 24 buaya di kebun belakang rumahnya. Dia juga tinggal bersama tunangnya, Lisa Green (29), dan tiga anak mereka.

Dia pun telah membuat kandang untuk haiwan peliharaan yang hampir pupus seperti Black Cayman, Buaya Kuba serta buaya dari China. Suhu kandang juga dibuat serupa dengan wilayah tropika.

Foggett telah mengumpulkan dana sebesar 100 ribu poundsterling dalam waktu dua tahun, demi membuat kebun binatang buaya pertama di England. Seakan belum puas dengan apa yang telah dilakukannya, dia tetap mencari untuk lokasi yang lebih besar lagi.


Foggett menghabiskan dana 8.000 poundsterling setahun, untuk memberi makan haiwan peliharaannya, "Saya tertarik dengan buaya sejak masih kecil, mereka merupakan haiwan yang sangat mengagumkan," ungkap Fogget.

Ketiga anaknya nampaknya tidak takut untuk hidup dengan buaya-buaya tersebut.



.

Apa yang aku lakukan, demi anak !!


Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh menyifatkan tindakan dia memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz adalah disebabkan anak yang dikandung isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Menurut Jimmy, usia kandungan isterinya kini telah memasuki lima bulan.
“Saya buat kerana anak. Doakanlah yang terbaik,” katanya semasa ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa.

Terdahulu, Jimmy, 31, menghadiri prosiding sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap Nursuhaila, 25, yang telah tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.
"Dia sekarang tinggal di rumah keluarganya di Sungai Buloh (Selangor)," tambah Jimmy.
Berdasarkan rekod, permohonan untuk kembali taat difailkan sendiri oleh Jimmy pada 3 Januari lalu diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.

Bagaimanapun, semasa disoal mengenai alasan kedua-dua permohonan tersebut dibuat, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus memberitahu, perkara tersebut hanya akan didedahkan pada perbicaraan kelak.
"Lazimnya, permohonan tersebut hanya akan dibuat apabila suami memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk isteri mentaati suami dalam perkara-perkara yang telah diarahkan," katanya.

Prosiding mahkamah hari ini hanya dihadiri oleh Jimmy yang memakai kemeja merah dan berseluar 'slack' hitam serta bersongkok. Pada prosiding itu, Mohd Noor Aizan pada awalnya memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk kedua-dua kes walaupun saman tersebut tidak disampaikan secara terus kepada Nursuhaila.

Menurut Mohd Noor Aizan, saman tersebut diserahkan kepada anak saudara Nursuhaila pada 6 Februari lalu.
"Tiga hari selepas itu, iaitu pada 9 Februari lalu, Nursuhaila telah melantik seorang peguam syarie bernama Saadiah. Sehubungan itu, saya menyatakan penyampaian saman telah sempurna.

"Walaupun telah 30 hari saman diserahkan, kami masih belum menerima sebarang pembelaan daripada pihak Nursuhaila.
"Oleh itu, saya mohon supaya kedua-dua kes dibicarakan bersama dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya.
Hakim Syarie Saharuddin Selamat bagaimanapun tidak membenarkan permohonan tersebut kerana menyifatkan penyampaian saman itu tidak boleh dibuktikan dengan tindakan Nursuhaila melantik peguam syarie.

"Mahkamah akan memberi peluang kepada Nursuhaila untuk dia hadir di mahkamah memfailkan pembelaan,' katanya.
Justeru itu, beliau menetapkan kes itu disebut semula pada 4 April depan.

Peguam syarie yang mewakili Nursuhaila juga tidak menghadiri prosiding itu dan menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya hanya menerima panggilan telefon daripada kakitangan peguam terbabit memaklumkan beliau mempunyai kes di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis repsepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dekat sini.
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu apabila Jimmy tidak menyangkal perkahwinannya bergelora seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tabloid.



.

Will you be my mum? Spider monkey rejected by its mother clings to teddy



This baby spider monkey clings on to the back of a stuffed version of herself, looking for familiar love and warmth, having been abandoned by her real mother when she was born.
Keepers at Melbourne Zoo in south-eastern Australia are working around the clock to look after tiny Estela, who was born on January 17.
Without maternal love and guidance, she has not had the opportunity to develop normally and carers, who fear for Estela's life, are even taking turns to sleep next to the fragile two-month-old so that she can be nursed back to strength after been traumatised.
Her mother, Sunshine, rejected her baby and the pain has hard to take for Estela.


After witnessing Estela being shunned, the keepers stepped in and nursed the spider monkey's feelings.
They found that this stuffed monkey and some other cuddly toys would be able to provide some vital love and support for the two-month-old baby.
Estela even sleeps strapped to the back of a toy cat - thanks to a tightly wrapped towel.


Jess McKelson, a primate supervisor at the zoo, said that the past few weeks have been very anxious for everyone in her department.
'We're taking turns to stay overnight with Estela to monitor her condition and provide the overnight feeds,' she said.
'Keeping Estela alive has been a big challenge, and she has had ups and downs over this time, with several infections that have been a real threat to her survival.
'Our veterinary department has been right there for us, ensuring that Estela has had the best possible chance of surviving.'


Spider monkeys are often found in the tropical forests of Central and South America, from southern Mexico to Brazil.
They have disproportionately long limbs and a long prehensile tail makes them one of the largest New World monkeys and gives rise to their common name.
Spider monkeys usually live in the upper layers of the rainforest and forage in the high canopy, from 25 to 30metres (82 to 98ft).


They primarily eat fruit, but will also occasionally consume leaves, flowers, and insects.
Due to their large size, spider monkeys require large tracts of moist evergreen forests and prefer undisturbed primary rainforest.
They are social animals and live in bands of up to 35, but will split up to forage during the day.



P/S - Sedangkan haiwan perlukan ibunya..Apatah lagi manusia...Bayi????


 
.

Whoaa..besarnya...memang tak boleh habis..


Satu burger gergasi yang didakwa terbesar di Britain mengandungi 13,000 kalori menjadi menu hidangan tengah hari di Restoran Over De Flames, Norwich, lapor sebuah akhbar semalam.

Mempunyai diameter berukuran 30 sentimeter, burger yang diberi nama Over de Flames itu mengandungi tiga kilogram daging lembu dan 40 keping keju serta dihidang bersama sos tomato, mayonis, dua biji bawang, tiga biji tomato dan salad.


Pemilik restoran itu, Sudeep De yang mewarisi perniagaan daripada bapanya pada bulan September tahun lalu mendapat inspirasi menghasilkan burger gergasi itu selepas menonton rancangan televisyen Amerika yang bertajuk Man v Food.
Burger Over De Flames itu berharga £30 (RM148.70) tetapi ia percuma jika pelanggan berjaya menghabiskan makanan itu dalam masa dua jam.

Dia kini menawarkan £200 (RM989.70) kepada sesiapa yang berjaya menyahut cabaran menghabiskan burger tersebut.


Sehingga kini hanya 26 orang yang tampil untuk mencuba menghabiskan burger dan hidangan sampingan seperti kentang goreng.
Namun, mereka semuanya gagal untuk menghabiskan burger tersebut.



.

Kemalangan yang menyayat hati


Sungguh menyayat hati apabila seorang gadis yang baru mengikat tali pertunangan kelmarin, menemui ajal bersama dua ahli keluarga lain selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Batu Kikir di sini, semalam. Sebelum kejadian, Sharifah Saodah Mohd Nazir, 22, yang memandu Proton Wira dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felcra Lakai, Simpang Durian, Jelebu, dekat sini, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang.

Turut bersama mangsa kakaknya, Norhashikin Mohd Nazir, 27, dan anak saudaranya, Natasha Amirah Isa, 6, dan Mohd Iskandar Fahmi, 3.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh sebuah bas sekolah dari arah bertentangan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan Sharifah Saodah mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Norhashikin dan Natasha yang cedera parah turut menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Juaseh, dekat sini.

Mohd Iskandar pula hanya patah kaki kanan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Seremban, untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, tiga bersaudara itu baru pulang selepas mengambil motosikal Suzuki Panther milik suami Norhashikin, Isa Rahmat, 32, yang sudah dibaiki, berhampiran bandar itu.

Malah, lebih memilukan apabila Isa yang menunggang motosikal itu berada beberapa kilometer dari kereta yang turut membawa isterinya.

Isa berkata, hanya Allah tahu isi hatinya apabila diberitahu kejadian yang menimpa isteri dan saudaranya yang lain kira-kira jam 3 petang.

“Panggilan dibuat seorang ahli keluarga itu memaklumkan isteri, kakak dan anak saudara sudah meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui Bilik Mayat Hospital Kuala Pilah di sini, semalam.

ISA tidak mampu menahan kesedihan melihat mayat isterinya di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Batu Kikir, semalam.


Sementara itu, kakak ipar Norhashikin, Aslinda Muhamad, 33, berkata, dia terkejut apabila menerima khabar sedih yang meragut tiga nyawa insan kesayangannya itu.

Menurutnya, semua mangsa datang ke rumahnya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka, kira-kira jam 10 pagi semalam, namun mereka tidak sempat berbual panjang.

“Ketika itu, ibu mentua saya, Nurhidayah Awang, 50, baru saja tiba di rumah selepas mengetahui menantu serta dua cucunya itu datang dari Simpang Durian.

“Saya melihat dia (Norashikin) beria-ria mencium kedua-dua pipi ibu mentua saya sambil ketawa.

“Dia kemudian memberitahu mahu segera pulang kerana ada benda mahu diselesaikan di kampung dan takut tidak dapat berjumpa lagi,” katanya yang tidak menyangka ia petanda mangsa akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.



.

Putihmerahbiru 1st Giveaway


Antara putih, merah dan biru mana satu pilihan lulu?
Whoaa mestilah biru...Kerana lulu adaah peminat setia chelsea....Keep the blues flying high yer....
Tidak pada putih, lagi-lagilah tidak pada merah.....


Ok kena tag 2 orang kawan...
Lulu suka tag makbed dan nini d sebab mereka ni tetap akan buat...ngee...
(klik pada banner untuk 'terbang' ke blog penganjur)


Tarikh Tutup : 30.04.2011  @ 11.50PM


Psstt...Kepada penganjur, sila menangkan saya..ngee


.

Giveaway From Sabah



Untuk pertama kalinya blog cambestjerk dengan bermurah hati ingin memberikan anda hadiah sempena trip Wan ke Sabah. Selain itu juga ianya bertujuan untuk berkongsi kegemberiaan bersama korang semua sepanjang trip Wan di negeri di bawah bayu berkenaan.


Giveaway ni memang best..Walaupun ada masa lagi nak join, tapi dalam hati tertanya-tanya juga apa hadiah dari sabah yang bakal menjadi hadiah...Lulu teringin nak dive kat Pulau Mataking..Dah pernah pergi sekali..best sangat..Dan teringin nak pergi lagi dan lagi....whoaa...Adakah hadiahnya, memenangi tempat percutian ke sabah especially Pulau Mataking? *mimpi...


Nak tahu lebih lanjut, sila klik pada banner...
Tarikh Tutup : 1 April 2011



.

CONTEST I LOVE RED


Lulu tak kira...nak juga ikut contest ni walaupun terasa memakai baju merah seperti penyokong menyu yang tak best...Ngee...Kalau tak menang pun takpe sebab dah biasa kalah...lalala....
Jom kita tengok gambar yang lulu pertaruhkan..



Lepas ni sila jangan tanya lulu sokong team apa...
Tetap chelsea walaupun berbaju merah....ngee...
Nak tag makbed, nini D dan cik bintang...



Tarikh Tutup : 31.02.2011


.

Pucat dan biru lebam...lemas selepas kemalangan


Malang menimpa seorang pemandu lori sebuah ladang apabila dia lemas selepas kenderaan yang dipandunya itu terjunam ke dalam sungai di Kilometer 30, Jalan Kahang-Mersing di sini semalam.
Kejadian pukul 11 pagi itu menyebabkan Liew Soon Fatt, 23, mati di tempat kejadian selepas gagal menyelamatkan diri apabila tersepit di tempat duduk pemandu. Ketika kejadian, dia menaiki lori itu bersama seorang kelindan warga Bangladesh dikenali sebagai Helaludin, 30-an.
Menurut Helaludin, kejadian itu berlaku apabila lori yang membawa muatan baja itu gagal dikawal lalu tergelincir ke dalam sungai.
Katanya, ekoran itu, Soon Fatt dari Lahat Datu, Sabah tidak sempat menyelamatkan diri kerana tersepit manakala Helaludin pula hanya cedera ringan.



.

Yeah berita gembira buat penggemar dunia hiburan...


Semua orang dah tahu...bahawasannya paknil akan menjadi pengacara akademi fantasia terakhir iaitu yang ke 9...
Sejak beberapa AF, memang sunyi tanpa Paknil...Yeah..welcome back paknil...

Paknil akan kembali mengendalikan program itu pada 2 april ni...tak sabar pula nak tengok...
Peserta yang masuk, tak berbakat takpe...Janji ada paknil, pasti program tu akan meriah...

Pemilihan Aznil dibuat berikutan pihak Astro ingin mengembalikan semula kenangan Akademi Fantasia musim pertama lalu. AF9 pada tahun ini merupakan program terakhir.
Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, kehangatan musim terakhir ini bakal menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan peminat.
"Kami mahu musim terakhir ini menjadi sejarah dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kita ingin beri yang terbaik dan Aznil merupakan pengacara pertama dan sudah sinonim dengan kewujudan AF.
"Kredibiliti dan keupayaan Aznil sebagai pengacara memang tidak dapat dinafikan. Saya percaya dia dapat menjalankan tanggung jawabnya dengan mengembalikan memori kegemilangan AF dengan gaya tersendiri," katanya dalam majlis sidang media berhubung perkara itu di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Azlin turut menafikan keputusan membawa masuk Aznil sebagai salah satu taktik memancing semula penonton AF yang semakin berkurang.
"Rating AF merupakan yang tertinggi dalam program terbitan Astro, setiap tahun rating masih kekal sama. Ia juga tidak dipengaruhi oleh pengacara," katanya.
Sementara itu, Aznil memberitahu peluang yang diberikan ini akan dilakukan sebaik mungkin.
"Saya menerima pelawaan untuk kembali semula adalah disebabkan ini merupakan musim kemuncak dan terakhir.
"Ramai yang akan merindui program ini selepas musim sembilan ini berakhir. Jadi saya mahu ia akan mengimbau kembali memori-memori lama," katanya.
Tambah Aznil, ia juga sebagai tanggung jawabnya yang bekerja di bawah stesen televisyen berbayar itu.
"Saya masih mengikat kontrak dengan Astro dan tiada sebarang isu tentang saya dibayar dengan harga yang tinggi untuk musim ini," katanya.
Akademi Fantasia musim kesembilan akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam di saluran 104.



.

Err Chelsea pun tak mahu kalah?


Lambat sikit update mengenai ni...
Tapi standard lah kan kalau lewat beberapa jam??
Subuh tadi ada game...ya...game Blackpool menentang team chelsea...
Superb lampard jaring 2...lama tak jaring, macam balas dendam pula yer..


secara keseluruhan, kemenangan 1-3 awal pagi tadi, nampaknya menguatkan harapan
untuk chelsea kembali bersaing mengekalkan kejuaraan BPL..
Boleh ke tak, itu belum pasti...
Sama juga tak pasti samaada menyu atau arsenal yang akan jadi juara liga...
Harapan memang tinggi menggunung woo...



Eh Torres belum ada gol...huhu apa cerita?



.

34 Kereta Remuk Dihempap Pokok


Sebanyak 34 buah kereta remuk setelah dihempap pokok ekoran hujan lebat dalam dua kejadian berasingan di tempat letak kereta swasta di Jalan Tun Razak di sini, Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian pertama berlaku berhampiran dengan Wisma Time di Jalan Tun Razak di mana 30 kereta remuk apabila lima pokok termasuk empat pokok besar tumbang dan menghempap kereta yang dipakir di situ pada pukul 5.30 petang.

Pada masa yang sama empat kereta remuk apabila sebatang pokok besar di tempat letak kereta swasta berhampiran bangunan Bank RHB, yang terletak seberang jalan Wisma Time, tumbang dan menghempap kereta tersebut, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Isnin.

Beliau berkata, seramai 20 anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang itu sejak pukul 5.50 petang hingga 9 malam ini.



.

Gypsy wife becomes world's youngest grandmother... at 23


A gypsy wife has become the world's youngest grandmother - aged just 23.
Rifca Stanescu, from the village of Investi, Romania, told how she gave birth to her daughter, Maria, while only 13.
Despite her mother's pleas to stay in school, Maria gave birth to son Ion at the age of 11.


Rifca, now 25, told the Sun: 'I am happy to be a grandmother but I wished something else for Maria - and something else for me.
'Ion is a good boy - and he is already engaged to a girl aged 8. Boys are always good to have - they don't have to suffer as much girls I think.'
Born in 1985, Rifca defied her family's wishes and ran away with jewellery seller Ionel Stanescu when she was 11 and he was 13.


A year after they were married, Rifca fell pregnant with Maria.
She said: 'I wanted to marry him, so I agreed, and of course after we had spent the night together then there was no way anyone could separate us. I had been promised to another boy's family since I was two years old but I didn't want that.'
In gypsy culture virginity is greatly prized and women are married young so that new husband's can be sure their new wives are virgins who affect a good dowry from the families of prospective husbands. Loss of virginity means a deal is cancelled.


She added: 'Before that there was a lot of fighting - once my father had even attacked my husband with a knife. He wanted him to pay 500,000 lei in compensation. My family even took me home but after three days I ran away again to be with him.'
After Maria's birth, Ionel's family paid Rifca's father a dowry and all was settled.
Maria's birth made Rifca's mother a grandmother aged 40.
Rifca said she begged daughter Maria to stay in school and finish her education.
Maria decided to follow in her footsteps and marry herself. Within six months she too had fallen pregnant with Ion.
She told how in Romanian gypsy community it is common for couples to marry young.
Rifca added: 'I did not try to stop my daughter getting married because this is the tradition, it's what happens.'
The youngest British grandmother was an unnamed 26-year-old from Rotheram, Yorkshire whose 12-year-old daughter gave birth in 1999.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!