Sunday, March 13, 2011

Kerana Isteri Cerewet, Suami Lompat ke Sungai


Lantaran tak sanggup mendengar isterinya yang suka mengomel, seorang lelaki berusia 45 tahun melompat ke dalam Sungai Yangtze dari sebuah kapal.

Sebelum melompat, lelaki bernama Zhou itu sempat berteriak: "Aku ingin kedamaiaaaan...."

Disiarkan di Xinhua, pada awalnya,penumpang-penumpang di atas kapal berfikir Zhou akan tenggelam kerana derasnya arus air. Namun dia beruntung boleh berenang ketepi dan polis tempatan menemuinya.

Melihat suaminya tetap hidup, Hu (42), isterinya yang cerewet, memeluk Zhou dan berjanji mencuba menjadi orang yang sabar.


P/S - Ekeke....



.

Perempuan China Kahwin dengan Gaun Sepanjang 2 Km


Pengantin perempuan yang berasal dari China ini mempunyai cara agar perlahwinannya menjadi perhatian ramai orang. Dia menggunakan gaun pengantin sepanjang 2.24 kilometer.

Zhao Peng, yakin gaunnya adalah yang terpanjang di dunia sehingga dia mendaftarkannya ke buku world of record.

Bilik berita Xinhua melaporkan lebih dari 200 orang diperlukan untuk memegang gaun itu. Selain itu gaunnya juga dilengkapi dengan 9999 buah mawar merah.

Zhao mengakui gaunnya itu dibuat sengaja untuk mengalahkan rekod dunia gaun pengantin terpanjang sebelumnya, yaitu 1.579 meter.

"Panjang gaun dan jumlah mawar yang digunakan dalam perkahwinan itu boleh tercatat dalam sejarah. Namun tak masalah jika tak tercatat di Guinness," kata perempuan berusia 28 tahun itu.

Zhao mengatakan dia telah mengirim permohonan ke Guinness World Records dan juga akan mengirim video rakaman perkahwinannya dengan lelaki 25 tahun yang berkerjaya sebagai guru itu.

Ibu Zhao pada mulanya melarang Zhao membuat gaun yang bernilai sebesar USD6.000 itu. Gaun itu siap dalam waktu 2 bulan.

"Menurut saya itu membazir. Namun saya faham dia ingin menunjukkan sesuatu di hari besarnya," kata ibu Zhao.

Rekod sebelumnya di pegang pengantin perempuan yang berasal dari Romania yang berkahwin pada April lalu.


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!