Monday, April 18, 2011

Yeah akhirnya boleh keluar rumah


Seorang lelaki dengan berat 310kg pernah dianggap orang paling gemuk di dunia meninggalkan rumahnya untuk pertama kalinya dalam lima bulan dengan bantuan forklift dan trak platform.

Manuel Uribe pergi ke tepi tasik di Mexico utara tanpa meninggalkan tempat tidurnya. Sebuah forklift mengangkat tempat tidur ke trak, yang kemudian menariknya ke tasik, di mana dia menjamu ikan dan sayuran dan berbual dengan pengemudi perahu disitu.

Melihat kerajinan kecil tukang perahu itu, Uribe bergurau, "Sayang sekali aku tidak boleh berada di atasnya - kerana ianya akan tenggelam."


Setelah dianggap lelaki paling gemuk di dunia ketika berat mencecah lebih dari setengah ton, lebih dari dua tahun diet stabil telah membantu berat Uribe menjadi sekitar 310kg pada bulan Jun - 250kg berat kurang dari mantan rekod Guinness dari 560kg.




.

Blogger kena saman..


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk 'Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?' dan 'PKR cabar Rais sumpah laknat' dipaparkan pada 3 Januari lalu.

Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul 'Rais Yatim seperti belut' dan ‘Video pengakuan rakan Robe Ngah' di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini.



.

3rd batches - GiveAway!


Ohoh, ni kali ketiga dah join, dan memang tak bernasib baik untuk 2 giveaway yang lepas..
Best kalau menang, sebab hadiahnya kain, leh buat baju untuk raya nanti..
Kan dah dekat nak raye, eh puasa...ekeke..



Klik pada banner untuk lebih lanjut eh..



.

I Love My ......... Contest!!!



Jom memeriahkan contest terbaru Nini....
Pada mulanya tak reti, tapi setelah baca 10x whoaa baru faham...
Maklumlah subuh tadi lewat tidur tengok bola (Arsenal VS Liberpul)..
So kepala susah nak fikir jauh-jauh..ngee...
Sila klik pada banner untuk lebih lanjut yer.


Nini, semoga jawapan lulu betul dan menepati kehendak eh...
I Love My Family..


Lulu nak tag Kak Risa (Kak, pass to you........)



Tarikh Tutup :  18 April jam 12 tengah hari hingga 30 April jam 12 tengah hari




.

Elak dari dicuri


Seorang petani, John Heard di sini sanggup mewarnakan bulu sejumlah biri-biri miliknya dengan warna oren bagi mengelak ia dicuri, lapor sebuah akhbar kelmarin.

"Ia akan kelihatan seperti biri-biri yang ganjil tetapi muslihat itu berjaya dan saya hanya hilang seekor biri-biri pada tahun ini," kata Heard yang berusia 49 tahun.


Menurutnya, sebanyak 250 ekor biri-biri miliknya sebelum ini hilang sejak beberapa tahun lalu sebelum dia membuat keputusan untuk mewarnakan bulu haiwan itu.

"Muslihat itu berjaya kerana haiwan itu mudah untuk dibezakan (dengan ternakan lain) menjadikan saya dan jiran-jiran saya mudah untuk mengawal haiwan tersebut," katanya.

Biri-biri itu mempunyai kepala yang berwarna hitam.


Dia mendapat idea itu daripada seorang anak lelakinya, James yang melihat biri-biri diwarnakan di Scotland.

Kejadian mencuri biri-biri menjadi satu masalah besar di wilayah itu dengan haiwan betina bernilai £140 (RM690.92) seekor.



.

Pengajaran buat semua


Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.

Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.
Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.

“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.

“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.

“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya.

Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu.

Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan.

“Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.

“Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.
“Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.

Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda.




.

Warga tua rempuh api selamatkan suami uzur



Seorang isteri warga tua sanggup menggadai nyawa dengan merempuh api untuk menyelamatkan suaminya yang uzur, dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah, di Pondok Tafiz Darulnaim, Kampung Kubang Bongor, Padang Halbam, dekat sini, petang kelmarin.

Pengorbanan Aminah Harun, 70, menarik keluar Masud Ahmad, 86, yang tidak dapat melihat dan berjalan, berjaya menyelamatkan suaminya itu daripada menjadi mangsa kebakaran.
Aminah berkata, sebelum kejadian, beliau sedang membaca al-Quran sebaik selesai sembahyang Asar, manakala Masud pula berehat di ruang tamu rumah berkenaan.

Katanya, sebaik selesai membaca al-Quran, beliau terhidu bau sesuatu terbakar lalu membuka pintu belakang rumahnya untuk mengetahui punca bau berkenaan.

"Selepas membuka pintu belakang itu, saya melihat rumah berhampiran sudah terbakar dan api marak dengan pantas, menyebabkan saya terus menerpa ke arah suami yang sedang berehat di ruang tamu rumah.

"Saya terpaksa menarik suami keluar rumah dan ketika itu, api mula marak membakar rumah sehingga saya gagal menyelamatkan sebarang harta benda.
"Saya bersyukur kerana suami yang uzur selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku terhadap penghuni rumah yang terbabit dalam kebakaran itu,” katanya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tujuh rumah papan berdekatan, musnah, tetapi tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana sebahagian besar penghuni tiada di rumah kerana bekerja.

Seorang guru pondok berkenaan, Mohd Zukri Othman, 40, berkata beliau terlihat asap dari sebuah rumah dan cuba memadamnya dengan menggunakan air daripada paip berhampiran.

"Api marak dengan pantas. Mujurlah ketika kejadian kebanyakan penghuni rumah berkenaan keluar bekerja,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ketereh, Azman Yasok, berkata sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.29 petang.

Katanya, sebaik tiba, semua rumah papan terbabit sudah 80 peratus hangus dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak kepada 30 lagi kediaman berhampiran.

"Kami juga dibantu dua jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu bersama 12 anggota dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

"Kerugian dianggarkan kira-kira RM70,000 dan punca kejadian masih disiasat," katanya.




.

Kerana minat memancing


Ketaksuban terhadap hobi memancing memberi inspirasi luar biasa kepada seorang mekanik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihan di sebuah kolam ikan di Kuala Ibai di sini kelmarin.
Ariffin Mohd., 53, yang merupakan seorang pemancing tegar memilih seorang suri rumah, Normazliza Mat Zin, 26, untuk melalui detik penuh bahagia itu sambil disaksikan keluarga dan rakan terdekat.

Melengkapkan lagi tema perkahwinan pasangan itu, puluhan joran dihias cantik sebagai penyeri kepada majlis perkahwinan bersejarah itu.

Malah, Ariffin yang berpakaian pengantin sempat memancing bersama Normazliza selama 10 minit sebelum berjaya memancing seekor ikan siakap.
Menurut Ariffin, dia memilih konsep tersebut kerana minat mendalamnya terhadap aktiviti memancing dan mahu menjadikan kenangan itu sebagai detik terindah dalam hidupnya.




.

Tiga maut..


Tiga terbunuh dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Toyota Vios, sebuah lori dan sebuah motosikal di Kilometer 2.82 Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) arah Putrajaya awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Polis Kontinjen Selangor Superintendan Zulkifli Jonit ketika dihubungi berkata kejadian kira-kira jam 1 pagi itu bermula apabila pemandu kereta Toyota dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke lorong kiri lalu merempuh bahagian belakang sebuah motosikal yang melalui jalan yang sama.

“Kereta itu kemudian turut merempuh sebuah lori rosak yang berada di laluan kiri jalan dan kejadian terbabit menyebabkan pemandu serta dua penumpang kereta mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.

Mereka yang maut pemandu kereta Toyota, Sak Jia Kit dan dua penumpang, Tan Jun De dan Johson Sia Boon yang masing-masing berumur 20 tahun.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Seorang lagi penumpang kereta dan penunggang motosikal turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital yang sama untuk menerima rawatan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur, mengalami kecederaan di bahu akibat terjatuh ekoran dilanggar seorang penunggang motosikal yang cuba meloloskan diri daripada ‘Ops Trafik Motosikal’ di ibu negara awal pagi ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata anggotanya dilanggar ketika sedang membuat pemeriksaan kenderaan itu di Jalan Raja Laut pada kejadian jam 2 pagi semalam.




.

Gilis anak sendiri


“Dia merengek sambil menangis mahu mengikut saya keluar menyebabkan saya terpaksa memujuknya berkali-kali memberitahunya tidak dapat membawa dia bersama kerana mahu pergi kerja,” kata Khairul Azhar Abdullah, 46, yang terlanggar anaknya sendiri ketika mengundurkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero di hadapan kedai makannya di sini, tengah hari semalam.

Dia yang sebak ketika ditemui di tempat kejadian berkata anaknya, Siti Nur Hazwani, 3, yang juga anak bongsu daripada lapan beradik amat rapat dan manja dengannya.

“Ketika mengundur kenderaan, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan kenderaan. Saya terkejut apabila melihat anak kesayangan terbaring berlumuran darah di bawah Pajero,” katanya.

Menurutnya, dia langsung tidak menyedari anaknya itu berada di belakang kenderaan ketika mengundurkannya di depan kedai makan milik keluarga di Kampung Batu 21, Bukit Ara, dekat sini kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

“Sebelum menggerakkan kereta, saya pasti dia sudah masuk ke dalam kedai selepas memujuknya kerana tidak dapat membawanya bersama. Saya tidak sangka dia keluar semula dan berdiri di belakang Pajero ketika saya mengundurkan kenderaan itu,” katanya.

Khairul Azhar yang sesekali mengesat air matanya berkata dia terkejut sehingga tidak dapat bergerak hampir lima minit apabila melihat tubuh anaknya terbujur di bawah kenderaan dengan kepalanya berlumuran darah.

“Saya terus menghubungi polis melalui telefon bimbit dan polis meminta saya membawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Namun, saya sudah tahu anak saya sudah meninggal dunia dan tidak dapat menahan pilu ketika mengangkatnya ke dalam kenderaan untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Isterinya Wan Nurul Hilayati Wan Muhammad, 33, ketika kejadian berada dalam bilik air dan tidak menyedari Siti Nur Hazwani berada bersamanya di depan kedai mereka.

“Apa yang saya ingat Siti Nur Hazwani menangis hampir sejam sebelum tidur malam tadi (kelmarin) dan tidak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami,” katanya yang membuat laporan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada jam 5.30 petang semalam.

Mayat mangsa dibawa untuk dibedah siasat di Hospital Hulu Terengganu sebelum jenazahnya dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Gebok, Bukit Ara, di sini, selepas solat Maghrib.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang berusia tiga tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mengklasifikasikan kematian kanak-kanak berkenaan sebagai mati mengejut,” katanya.



.

Main 102 minit tapi dua gol dari penalti??


Wah rupanya malam ni ada game besar.. selepas Rafael Nadal juara Monte Carlo Masters, rupanya malam ni ada game lagii yang menyeri malam ahad...eheh..



Bila tengok game Arsenal Vs Liberpul ni, terserlah kesungguhan pada setiap pemain untuk meraih gol dan mendapat 3 mata penuh... Sehingga minit 90, kedua-dua pasukan masih gagal meraih gol..
Huh, dasyat sungguh... Tengok Arsene Wenger dah tak senang duduk...
Hoh, Capello duduk sebelah Ferguson eh...kat tempat penonton..



Malangnya, selepas habis 90 minit + 8 min masa tambahan, arsenal dihadiahkan penalti dan disudahkan dengan tendangan cantik oleh Van Persie diminit ke 90... (OWh kerana tutup mata, tak nampak gol itu...ekeke ~ tapi 102 minit setia depan stadium de astro..)... Dan seperti dalam movie, seperti perlawanan yang dirancang, maka, liberpul pun dihadiahkan penalti dan disudahkan oleh Kuyt...



Maka, tajuk entri adalah kesimpulan diatas keseluruhan perlawanan yang mengambil masa 102 minit..
Sekian dan terima kasih *tahniah liberpul kerana berjaya mengikat arsenal dari dapat 3 mata penuh...yeah



.

Unlikely friends as real life Tom and Jerry play cat and mouse together



This real life Tom and Jerry were caught playing the ultimate game of cat and mouse with each other.
Just like the cartoon duo, each of them seems to be trying to outsmart the other one.
They were snapped by amateur photographer Bill McIntosh, who couldn't believe his eyes.

 The 81-year-old said: 'When I first saw the cat I thought it had a bird in its mouth, but when I got closer to it, I could see it was a mouse.



Bill added: 'The cat was occasionally looking at the mouse and then looking away as if to make the mouse think it had forgotten about it.
'Then the mouse would run away and the cat would catch it in its claws again.
'I left them playing together. I have no idea if the cat ate the mouse. I like to think it didn't.'




P/S - More Cats? [ ~~ , ~~]




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!