Friday, April 22, 2011

Kerana 20 sen

Seorang pelajar berusia 14 tahun cedera selepas dibelasah seorang pelajar senior selepas mangsa enggan menyerahkan wang syiling 20 sen di sebuah sekolah di Bagan Datoh, di sini dua hari lalu.

Semasa kejadian 1.30 petang itu, Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU), ditahan pelajar senior ketika sedang berjalan di hadapan kelasnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen tetapi mangsa enggan memberikan wang itu lalu mereka menendang di bahagian perut dan kepala.

"Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh pelajar lain," katanya di sini hari ini.

Goh Kok Liang berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) oleh guru sekolah berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, bapa mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripada pelajar senior terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, K Agashdin, 41, seorang pekerja kilang kelapa sawit di Sungai Dulang, Bagan Datuh, terkejut apabila diberitahu kejadian itu dan bergegas ke HTI untuk melihat anaknya.

Agashdin kesal dengan kejadian itu dan berharap pihak sekolah dapat mengambil tindakan terhadap pelajar senior terbabit.



.

Semuanya mati..


Empat sekeluarga yang sedang dalam perjalanan untuk meraikan hari lahir datuk mereka yang ke-81 berakhir tragedi apabila kesemua mereka maut selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di KM63 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi.
Kesemua mangsa dikenali sebagai Diong Kah Keng, 24 serta isterinya, Koh Kiah Hui, 23; adiknya Diong Kah How, 21 dan seorang saudara mereka, Choi Kok Sin, 23.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata ketika kejadian pada 4.50 pagi tadi, kereta jenis
Perodua Myvi yang dipandu Kah Keng sedang berkonvoi bersama dua lagi kereta ke Kuantan untuk meraikan hari lahir datuk Kah Keng.
Bagaimanapun, katanya setiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut melanggar bahagian kanan lori treler yang dipercayai terkeluar daripada laluannya.


"Ini menyebabkan kereta tersebut berpusing sebelum terperosok ke bawah lori terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya bomba mengambil masa hampir dua jam bagi mengeluarkan mayat kesemua mangsa yang tersepit di dalam kereta berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat.


Yahaya berkata setakat ini, pemandu lori terbabit masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Sementara itu, ibu mangsa, Ong Yuet Lian, 43, berkata, mereka bertolak dari Johor Baharu kira-kira 1 pagi.
Katanya dia yang berada berada di hadapan sekali dalam konvoi berkenaan hanya menyedari kemalangan itu selepas dihubungi seorang lagi anaknya, Diong Kah Sian, 15, yang menaiki sebuah lagi kenderaan.



.

Jom tangkap anaconda




Ular raksasa ini adalah ular lagenda.



Umumnya, anaconda hidup di perairan dan kawasan sekitar Bolivia, Paraguay, Uruguay, Brazil bahagian barat, dan Argentina bahagian utara.


Di alam liar, makanan mereka berupa Rusa, babi hutan, Burung, binatang air seperti ikan dan lain-lain. Ular ini terkenal sangat ganas.


Tapi ternyata ada juga orang yang berani menangkap ular ini di sarangnya,bahkan dengan menggunakan kaedah yang sangat sederhana.



P/S - Korang nak cuba?




.

Ala, dia tu adik jer..


Pelakon dan pengarah Azma Aizal Yusoof memberitahu hubungannya dengan pelakon Sharifah Amani hanya sekadar rakan baik sahaja.
Dia berkata, rasa sayang yang ada pada mereka adalah seperti perasaan adik beradik dan tidak lebih daripada itu.

“Dia adalah kawan yang sangat dekat dengan saya. Saya sayang dia seperti sayang kepada adik beradik sendiri.
“Masa kontroversi yang hampir menjatuhkan saya, keluarga mereka yang banyak beri semangat dan menjaga saya,” ujar Azma pada sidang media drama Cita dan Cinta, Khamis.

Azma menjelaskan perkara tersebut selepas timbul gosip mengatakan dia kini bercinta dengan pelakon filem Sepet itu.
Katanya, perkara tersebut berikutan dia meletakkan status hubungannya dengan Sharifah Amani dalam laman sosial Facebook miliknya.

Jelas Azma, dia tidak mahu hubungan baik tersebut rosak kerana masalah yang diperkatakan.
“Walaupun kami serasi dan rapat tapi tidak sampai bercinta. Saya tidak mahu cerita cinta merosakkan hubungan ini.
“Bagaimanapun kita tidak menolak jodoh yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Azma selaku pengarah Cita dan Cinta turut menampilkan Amani sebagai teraju utama drama tersebut.
Jelasnya, dia lebih selesa mengambil pelakon-pelakon yang rapat dengannya bagi memudahkan kerja penggambaran tersebut.

“Memang saya ambil pelakon-pelakon yang saya rapat sebab mudah untuk kerja dengan mereka. Saya seorang yang sangat cerewet dan mereka sangat memahami kehendak saya.
“Lagi pula mereka merupakan pelakon-pelakon terbaik dan saya sendiri kagum dengan bakat mereka,” katanya.

Drama remaja dan konflik percintaan tersebut turut membariskan pelakon lain seperti Chomel Fana, Beto Khusyairi, Nadia Aqilah dan Keifli Idir.
Menurut Azma, drama ini menyelitkan mesej bagaimana konflik yang berlaku di kalangan remaja sekarang.

“Apa yang saya cuba paparkan ialah masalah remaja dan bagaimana mereka atasinya. Begitu juga bagaimana mereka mengejar cita-cita dengan pelbagai cara.
“Lokasi penggambaran ialah di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana tempat ini sangat sesuai dengan apa yang saya sampaikan,” katanya.




.

Melindungi adik....


Seorang anak berumur 6 tahun di Florida sudah mulai pulih setelah dikerjakan oleh sekumpulan anjing ketika melindungi adiknya yang berumur 4 tahun.

Pada ketika itu Timo Peres dan adiknya Carlos yg berumur 4 tahun serta jirannya sedang bermain dibelakang rumah mereka di Homestead, Florida, ketika itu tiba-tiba sekumpulan anjing lari dari halaman di seberang jalan dan menyerang, dan Timo menyembunyikan adik dan rakannya di bawah trak yang diparking dan menggunakan tubuhnya sebagai perisai.

"Aku ingin menyelamatkan adikku,"kata pahlawan kecil itu. "Kemudian anjing itu mula menyerang saya."

Anjing-anjing itu terus mengerjakan kanak-kanak itu, menggigit dia di kepala dan bahu, melihat hal itu ayahnya berlari dan memukul binatang itu.

Dia dibawa ke hospital terdekat, di mana doktor harus membalut luka di kepalanya, lengan dan bahu. 

Para penyelamat mengatakan, serangan itu tidak membuatnya takut kepada anjing.






.

Britain's smallest egg... and just in time for Easter



A hen has laid Britain's smallest egg  - which is the size of a 50p coin - just in time for Easter.
Stunned Chloe Heath-Byard, 15, was collecting eggs at her grandmother's house when she spotted the tiny shell, measuring just 1.3 inches tall and 1 inch wide.
An average hen's egg is 2.3 inches tall and 1.75 inches wide, meaning the tiny egg is half the size of a normal one.

 The shell was laid by one of the five hens kept by Chloe's gran Lin Byard in Longhope, Gloucestershire.
Chloe said: 'I went into the hutch to pick up any eggs that had been laid and was really shocked. It was tiny, really small.
'It's about the same size as a 50p coin and at first I thought something else must have got into the hutch and laid it but that isn't possible.
'None of the chickens have ever laid one that small before. It was a huge shock.'  


Grandmother-of-three Lin, 56, has kept eggs for her passion cake baking for more than 25 years.
She currently has three cockerels and five chickens at her home - but has never seen an egg as small as the one laid last Tuesday.
'I couldn't believe it when I saw the egg,' she said. 'It is definitely a chicken egg though.
'It must be the smallest egg in Britain, it really is tiny. I only hope it doesn't start a trend for our hens because we don't want any more eggs this small.
'It is particularly funny because Dolly lays such big eggs in Huntley.'
Chloe and Lin are planning to preserve the egg by filling it with plaster of Paris and say they will keep it for as long as possible.




.

Saya mengaku, mencintainya sejak..


Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu.
Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisiti murah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.

"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut.

"Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," kata Hafiz.
Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selama lima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadis kelahiran Ranau, Sabah itu.

"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing.

"Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.

Sementara itu, Adira yang dihubungi mengakui intim dengan penyanyi lagu Awan Nano itu sejak lima bulan yang lalu.
"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.

"Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya.
Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadap gosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata: "Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untuk mempertahankan diri daripada gosip sedemikian.

"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."
Pengakuan eksklusif hubungan mereka ini sekali gus turut menangkis gosip hubungan Adira dengan juara AF8, Shahir.

Terbaru, Adira dan Hafiz dikhabarkan akan berduet untuk lagu tema filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini.



.

Tengok, habis pecah...


Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.


Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.

Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.


Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!