Meh Jenguk~Blog alin

MAKBED: The Journal

Sunday, October 2, 2011

Tragedy of modern day Romeo and Juliet

Two Iranian lovers have been described as the modern day Romeo and Juliet after being driven to suicide by their country’s regime.

Nahal Sahabi, 28, and her boyfriend Behnam Ganji, 22, who were both active bloggers, committed suicide four weeks apart after being imprisoned just for being friends with a human rights activist.

Mr Ganji was detained for eight days, while Ms Sahabi was held for three days at Tehran’s infamous Evin prison – soon after being released they were both dead.

Mr Ganji was a science student at Tehran University and lived with his close friend and human rights activist Koohyar Goudarzi, 26.

Mr Goudarzi, a member of the Committee for Human Rights Reporters (CHRR) had been previously arrested in demonstrations following President Ahmadinejad’s re-election in 2009.

After spending a year in prison, he continued his activism, which led to him being banned from attending university and again sought after by authorities.

On their hunt for Goudarzi, security agents thought to be from Iran’s ministry of intelligence, burst into the men’s flat and arrested both him and his flatmate Mr Ganji, The Times reported.
They were both taken to Evin prison on July 31, followed by Ms Sahabi and Mr Goudarzi’s mother being arrested shortly after.

Although it has been reported that Mr Ganji spent some of his imprisonment in solitary confinement, details of exactly what happened to him during his time in Evin have not been revealed.

He is said to have come out ‘a broken man’ after the ordeal and would not talk to, see or take calls from anyone after being released.

A friend of Ganji, named Amir, told The Times his friend was beaten by interrogators in the prison and forced him to falsely condemn Mr Goudarzi as a member of the MEK, a criminal opposition group.

Amir believes his friend was tortured, while another friend, Farya Barlas, told the newspaper that Mr Ganji and Mr Goudarzi were apparently raped in front of each other by guards.


The student is said to have become depressed and committed suicide in his flat on September 1 with an overdose of prescription drugs.

Mr Goudarzi however, has not been seen since his arrest and his lawyer told the Guardian by phone that he is still missing.

Authorities at Evin prison deny that he is still there and claim to not know where he is.

Ms Sahabi, a kindergarten teacher, was apparently not as traumatised as her boyfriend after being released by interrogators, but lived in constant fear of rape after guards threatened to ‘dishonour’ her.

When she found out of her lover’s suicide, she was devastated and wrote on her blog: ‘Hey Behnam. Damn you, what am I supposed to do in your absence?

‘Maybe if you can understand someone loves you so much, you could return from death.’

On Thursday, she was found dead in her room at her parents’ house in Tehran after also taking an overdose.

She wrote one last blog before her suicide, reading: ‘So it’s Thursday again. Come, Behnam. Let’s dance together on Thursday once more.’

Their mutual friend Amir said: ‘It’s a story of two young people who were not political, loved each other, and just wanted to get on with their lives, but all of a sudden end up in prison.’

‘Everyone can identify it. Everyone [in Iran] feels it could happen to them. No one is safe.’
Bloggers in Iran have voiced their views on the tragic tale, with one named Darius posting: 'Nahal was a girl of love. Long live love. Long live life. Death to the dictator.'
Ali Zamani posted: 'Do not despair that the black ravens live longer than the canaries.
'It is the singing of the canaries that will live forever.'










James Bond kulit hitam pertama?


Pelakon yang dikenali menerusi drama HBO, The Wire, Idris Elba disebut-sebut bakal menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond yang seterusnya.
Jika ia menjadi realiti, Elba akan 'dinobat' James Bond kulit hitam pertama dalam filem bersiri sejak tahun 1962 itu.

Idea pemilihan itu datang dari Craig sendiri selepas melihat Barack Obama yang berkulit hitam dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).

Elba ketika ditemuramah rangkaian televisyen CNN baru-baru ini menyatakan yang dia amat berminat dengan watak tersebut tetapi tidak mahu digelar 'James Bond berkulit hitam yang pertama'.
"Sean Connery tidak digelar sebagai James Bond rakyat Scotland dan Daniel Craig juga tidak dipanggil dengan gelaran James Bond bermata biru.

"Jadi, jika saya memainkan watak itu, saya tidak mahu digelar James Bond berkulit hitam," katanya.
Elba semakin memantapkan popularitinya apabila mendapat dua pencalonan Anugerah Emmy tahun ini bagi lakonannya dalam The Big C dan drama siri pendek, Luther.







.

Bayi yang sukakan makanan pelik..


Kelakuan yang luar biasa ini ditunjukkan oleh Dafa Muhammad Rezky. Bayi lelaki yang berusia 22 bulan itu hobinya makan kertas. Dia melahap kertas seolah-olah ianya makanan ringan.

Dafa merupakan anak pertama pasangan Wiwin (24) dan Suryana (25), warga dikawasan Kelurahan Sadang Serang, Kecamatan Coblong, Kota Bandung.

"Dafa memulakan kebiasaan memakan kertas itu ketika berusia satu tahun," ujar Wiwin ketika ditemui di rumahnya.

Menurut Wiwin, aksi aneh Dafa diketahui ketika dia merangkak. Selagi merayap itulah, kata Wiwin, anaknya tersebut meraih kertas dan tanpa pengetahuan mereka, memakan kertas.

Dafa yang kini sudah boleh berjalan, semakin biasa memasukan kertas ke mulutnya. Lalu perlahan-lahan mengunyah kertas itu sehingga lembut dan menelannya.

"Sekarang jadi kebiasaan. Kalau jumpa kertas, seperti surat khabar atau kertas buku, langsung dimakan," akui Wiwin.

Dafa sekarang memiliki berat badan 9 kilogram. Dia memang dilihat sihat. Meskipun memiliki keunikan tersebut, Dafa tetap makan makanan yang layak buatnya.

"Dafa tetap makan nasi dan minum susu selama ini," terang Wiwin yang bekerja sebagai Sales Promotion Girl (SPG) ini.

Warga sekitar yang mengetahui khabar aneh ini, berkumpul di rumah Dafa. Mereka kelihatan ingin tahu dan hairan melihat perilaku bayi tersebut.






.

Mereka masih di wad


Kelahiran Nur Shazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie yang baru berusia seminggu disambut oleh ibu bapa mereka dengan perasaan bercampur gembira dan keresahan terutama mengenai masa depan yang bakal diharungi mereka.

Semasa dalam kandungan, ibu bapa mereka telah dimaklumkan tentang kemungkinan mendapat anak kembar, namun tidak sesekali menduga mereka bukan sekadar dilahirkan bersama malah berkongsi badan yang bercantum pada bahagian pusat hingga dada.
Kedua-dua mereka selamat dilahirkan dengan berat 4 kilogram pukul 11.12 pagi pada 22 September lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini kini masih ditempatkan di hospital itu untuk rawatan lanjut ekoran menghidap demam kuning.

Biarpun pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mereka berkemungkinan berkongsi hati dan jantung, namun bapa kepada kedua bayi ini, Zulkifli Ngah, 41, dan ibunya, Noraini Mohamad, 31, reda dengan anugerah yang dikurniakan kepada mereka.

Ujar Zulkifli, seawal enam bulan pertama kandungan isterinya, dia telah mengetahui tentang risiko dan keadaan kedua-dua anaknya itu, namun tidak gentar dengan ujian Tuhan, malah menerimanya dengan hati terbuka.

Tambahnya, dia tidak terkejut ketika mengetahui isterinya mengandungkan anak kembar ekoran keluarga isterinya turut mempunyai keturunan kembar.
"Ketika menjalani imbasan semasa kandungan berusia enam bulan, pihak Hospital Kemaman memaklumkan bahawa bayi di dalam kandungan isteri saya seperti melekat dan ia disahkan juga oleh HSNZ ketika membuat imbasan di sana.

"Untuk kepastian, kami ke Hospital Kuala Lumpur dan mereka turut mengakui keadaan bayi itu dan ketika itu kami berserah dan berdoa agar bayi kami ini selamat dilahirkan biarpun bercantum di dada," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dia bersyukur kerana isterinya, Noraini tidak mengalami sebarang komplikasi dan dibenarkan pulang ke rumah keluarga di Kampung Gong Pak Maseh di sini manakala dia berulang alik ke hospital setiap hari untuk mengetahui perkembangan terkini bayi kembar Siam itu yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).








.

Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa



Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa yang lebih dalam perkahwinan kali ini. Lagi tinggi harapan kita pada pasangan, kalau tak dipenuhi akan menyakiti saya juga.
Jadi apa yang ada sudah cukup untuk saya melayari alam rumah tangga kembali.” jelas Dira Abu Zahar terus terang.
Tidak mahu menyorok apa-apa daripada sesiapa juga, jelas Dira dia sudah bersedia untuk membina rumah tangga buat kali kedua. Tidak ada istilah trauma ataupun serik dalam erti sebuah perhubungan, Dira yakin ada yang terbaik buat dirinya.

Melihat rumah tangga lalu yang hancur berkecai menyembah bumi, dia tidak mahu menoleh kebelakang lagi. Apa yang berlaku sudah disimpan dalam lipatan sejarah buat panduan pada masa hadapan.
Lantas, dia cukup gembira kerana bertemu dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof yang berjaya mencuri hatinya. Sudah bertunang pada Februari yang lalu, mereka berdebar saat akan disatukan pada 11 November ini di Melaka.

“Alhamdulillah semuanya persiapan kahwin saya berjalan dengan lancar. Kalau nak sebut angka, hampir 70 peratus sudah siap dengan bantuan perunding perkahwinan yang saya lantik.
“Bukan soal persiapan yang saya utamakan. Tetapi soal membina rumah tangga buat kali kedua yang jadi taruhan. Memang saya cukup harap rumah tangga yang bakal dibina ini akan kekal sampai akhir hayat.

“Saya anggap perkahwinan ini sebagai rahmat buat saya. Sebagai manusia biasa saya mahu memperbaiki kesalahan lalu. Itu yang paling penting dalam sebuah perhubungan.
“Macam saya cakap sebelum ni, saya tak harap lebih daripada Helmi. Cukuplah kalau saya bahagia macam sekarang. Saya tak mahu kecewa bila apa yang saya harap tak jadi nyata. Nanti bukan saya seorang yang sakit tapi semua orang akan rasa tempiasnya,” kata Dira lagi.

Enggan menoleh ke belakang lagi, Dira sebenarnya cukup optimis dengan perkahwinan kali kedua nanti. Sambil menyifatkan bakal suaminya sebagai lelaki yang cukup prihatin, Dira yakin dia mampu mengecap bahagia bersama insan yang cukup disayanginya.
Malah, tanpa ragu-ragu dia berkata Helmi sebagai lelaki yang cukup degil tetapi tahu tanggungjawabnya sebagai lelaki yang akan hidup bersamanya.

“Dia degil tetapi dia tahu apa yang dia kena buat. Memang sikap-sikap macam itulah yang buat saya suka pada dia sampai berani untuk bergerak ke fasa yang lebih jauh lagi.
“Kurang daripada setahun masa percintaan kami. Ambil keputusan untuk bertunang pada awal tahun dan terus berkahwin hujung tahun ni. Memang orang tanya kenapa cepat sangat. Mungkin dah jodoh saya kot.

“Lagi satu saya nak bina kebahagiaan. Saya selalu ingatkan dia yang saya datang dengan pakej. Dapat saya dapat juga anak. Jadi kalau dia nak sayang saya banyak mana sekalipun, dia kena sayang pada anak saya sekali.
“Saya tak mahu dia lebihkan saya tapi abaikan anak saya. Apa yang saya dapat, anak saya kena dapat juga. Maklumlah nak hidup bersama saya kena terima kelebihan dan kekurangan saya,” katanya tertawa.


Semakin serasi

SEMENJAK mengacarakan program hiburan Melodi!, sudah jarang wajah manis Dira terpampang di kaca tv. Ada juga beranggapan yang Dira sudah melupakan terus bidang yang banyak menaikkan namanya untuk memberi tumpuan pada bidang pengacaraan.
Tidak pernah terlintas untuk terus melupakan lakonan, akui Dira dia memang mengurangkan aktiviti lakonan pada awal kemunculannya dalam rancangan itu.
Bukan tidak yakin pada dirinya, Dira seboleh-bolehnya mahu memberikan tumpuan pada kerjaya baru memandangkan program itu bersiaran secara langsung setiap hujung minggu.

“Pada awal-awal memang Dira jaga jadual agar tidak memberi masalah pada siaran langsung setiap minggu. Kadang-kadang jadual lakonan habis lambat dan saya tak mahu ia mengganggu tumpuan pada Melodi!
“Nampak gayanya semua dah semakin baik dan saya semakin serasi dengan rancangan tu. Jadi saya boleh ambil balik tawaran berlakon macam dulu.” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama Ku Sangkakan Siang Kiranya Malam, arahan Jurey Latif.

Kalau ada yang masih ingat, pada awal kemunculan bersama Zizan Razak mengemudi program popular itu, mereka cukup hebat dikritik pelbagai pihak.
Ada yang mengatakan Dira dan Zizan seperti tidak ada keserasian dan tak kurang juga yang mula membanding mereka bersama pengacara terdahulu. Tidak boleh meminggirkan apa juga cakap-cakap orang, Dira tidak berkecil hati dengan apa juga kata-kata kurang enak mengenainya.

“Tiap-tiap hari orang memberikan komen dan kritikan pada saya. Saya dengar dan saya ambil apa juga komen itu untuk memperbaiki kelemahan diri saya. Kita pun masih baru, masih banyak yang saya kena belajar.
“Soal keserasian tu memang satu perkara yang cukup subjektif. Orang dah berkahwin bertahun-tahun pun kadang-kala tak ada keserasian, ini kan pula kami yang berjumpa seminggu sekali ini.

“Alhamdulillah semua itu dah dapat saya perbaiki mana salah silap. Lama-lama memang saya dan Zizan boleh bekerjasama dan berinteraksi dengan baik. Ini program siaran langsung, jadi komitmennya kena lebih untuk nampak baik.
“Zizan tahu apa yang dia kena buat dan saya tahu apa yang saya perlu lakukan. Kalau tak beri kami peluang macam mana kami nak bukti yang kami boleh lakukan,” luah Dira jujur.









.

Bukannya mustahil..


“JIKA dahulu ramai orang tidak pernah terfikir rakyat Malaysia mampu memiliki kelab bola sepak di Eropah, namun percaya atau tidak, kita kini sudah mampu berbuat demikian.
“Sama seperti Mohd. Safee Sali dan Safiq Rahim, jika mereka berjaya mempamerkan aksi terbaik ketika menjalani latihan bersama Cardiff City, maka tidak mustahil untuk menyarungkan jersi Cardiff.”
Pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata demikian selepas memberi bayangan kepada kedua-dua pemain negara itu yang berkemungkinan mempunyai harapan cerah untuk menyertai pasukan yang dikenali sebagai Bluebirds itu yang berpangkalan di selatan Wales.

Katanya, selepas Safee membuktikan kemampuan anak Malaysia ketika menjalani latihan bersama Cardiff selama dua minggu pada bulan lalu, ramai pihak di England mula membuka mata mengenai potensi pemain-pemain negara yang kini mula mendapat perhatian.

“Selepas Safee (Sali) menjalani sesi percubaan bersama Cardiff (City), ramai pihak di sini (England) mula menyedari pemain- pemain kita memiliki bakat yang begitu besar.
“Pengurus Cardiff, Malky Mackay selalu menghamburkan pujian kepada Safee yang begitu berdisiplin, rajin dan gigih semasa menjalani latihan bersama pasukan selain suka melihat gaya permainan Safee,” katanya.

Tien Ghee yang mengambil alih Cardiff pada 27 Mei tahun lalu berkata, keputusan pemilihan pemain diserahkan kepada pengendali berasal dari Scotland itu memandangkan bekas pemain Queen Park Rangers tersebut yang menentukan pemain berdasarkan strateginya.
Jelasnya, beliau amat gembira dengan pencapaian Safee ketika menjalani latihan bersama Cardiff, namun Malky dikatakan ingin melanjutkan sesi percubaan kepada dua minggu lagi buat penyerang Pelita Jaya itu yang dijangka akan bersama dengan Safiq Rahim.

“Malky memberitahu yang beliau perlukan lebih banyak masa untuk menilai prestasi kedua-dua pemain itu (Safee dan Safiq) dan tempoh selama dua minggu yang Safee lalui sebelum ini terlalu awal untuk dinilai.
“Namun, ia merupakan suatu petanda yang positif kepada Safee (sekiranya dipanggil semula menjalani sesi percubaan) dan Safiq yang dijangka tiba awal November (di Cardiff).

Tambahnya, dengan pendedahan sebegini, kedua-dua pemain itu dilihat mampu menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak England dan mampu membantu negara dalam meningkatkan mutu permainan.
Penyerang handalan Asia Tenggara dan pemain tengah serba boleh, Safee dan Safiq akan menjadi kebanggaan negara sekiranya berjaya menyarung jersi kelab Eropah.

Namun, isu permit itu timbul berikutan syarat pihak imigresen di England yang menetapkan, pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara yang menduduki ranking dunia ke-70 ke atas menjadi penghalang impian besar buat dua pemain harapan negara ini.

Menjawab mengenai isu permit kerja ini, Tien Ghee percaya perpindahan ini dapat dilaksanakan sekiranya Malky memberi ‘lampu hijau’ untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain ini.
“Saya mengakui agak sukar untuk Safee dan Safiq sekiranya mereka terpilih (bersama skuad Cardiff) untuk mendapatkan permit kerja dan visa berikutan peraturan ketat di negara tersebut.
“Malah, Safee pernah memberitahu kepada saya agar pemilihannya untuk bersama skuad Cardiff berdasarkan bakat dan tidak mahu diberi pilih kasih. Saya amat mengagumi keberanian Safee dan percaya dia mampu menjadi seorang pemain yang berjaya kelak.

“Namun, pihak kami akan bantu sedaya upaya mencari jalan penyelesaian dan membantu merealisasikan perpindahan sensasi ini (sekiranya Safee dan Safiq berjaya terpilih di dalam skuad Malky) mengikut undang-undang di England,” katanya.








.

Koma di Thailand

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (PKM), Chin Peng kini koma di sebuah hospital swasta di Bangkok.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 86, kini hidup dalam buangan di Thailand.

Sumber yang rapat dengan keluarganya berkata, Chin Peng yang telah dimasukkan ke hospital itu sejak sebulan lalu.

"Dia semakin uzur, malah ahli keluarganya tidak tolak kemungkinan bimbang Chin Peng akan menamatkan riwayatnya di atas katil hospital,'' katanya yang enggan identitinya didedahkan.

Usaha Chin Peng untuk pulang ke Malaysia menerusi saluran undang-undang gagal pada tahun 2005, malah kerajaan tidak membenarkan dia pulang kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak, terutamanya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam perang menentang komunis.








.

Deritanya...........


Deria penglihatannya terpaksa dibuang, manakala kedua-dua kelopak mata ditutup serta dijahit dan sedikit lubang ditinggalkan bagi membolehkan air matanya mengalir keluar.
Begitulah sengsara ditanggung seorang pemandu lori, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 25, yang menderita akibat disimbah asid oleh seorang individu di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini pada Mei lalu.

Muhamad Hanif menjadi sedemikian rupa disebabkan simbahan asid tersebut terkena matanya yang mengakibatkan pancaindera tersebut terpaksa dibuang selain dia melecur hampir 50 peratus di muka dan badan.

Dia memberitahu, kulit pada belakang badan, paha dan kaki dijadikan pengganti kulit di bahagian muka dan badan depannya yang rosak teruk terkena simbahan asid tersebut.

“Kini seluruh badan saya terpaksa berbalut kerana sedang bersalin kulit dan ini menyukarkan saya bergerak selain hanya mampu terlantar di atas katil.
“Dulu saya tidak macam ini tetapi kini dah jadi begini, saya hanya mampu reda dan cuba menyesuaikan diri,” katanya.








.

Mereka serentak menerimanya..


Tiga sekeluarga dianugerahkan diploma dan ijazah masing-masing serentak dalam Istiadat Konvokesyen Keenam di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini semalam.
Pasangan Dr. Mokhtar Ibrahim, 57, dan isterinya, Dr. Hamidah Alus, 54, bersama anak mereka, Farah Layana, 24, menerima diploma dalam istiadat yang disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mokhtar dan isteri dianugerahkan Diploma Eksekutif Pengurusan Projek, manakala Farah Layana menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Teknologi Gas.
Ketua keluarga itu yang juga Pengarah Urusan Kayrul Constructions Sdn. Bhd. ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana berpeluang menerima diploma bersama isteri dan anaknya.

"Semua penat lelah kami sekeluarga selama ini hilang apabila mengecapi kejayaan dan menjadi kenangan bermakna bagi kami sekeluarga," katanya di sini semalam.
Hamidah pula berkata, beliau komited menyambung pengajian di universiti tersebut meskipun sibuk menguruskan perniagaan berasaskan hidroterapi.







.

Semuanya terkorban...


Kesemua 18 penumpang dan anak kapal pesawat Cassa 212-200 milik PT Nusantara Buana Air (PT NBA) yang terhempas di Hutan Bahorok, Langkat, Sumatera Utara, Khamis lepas, telah ditemui meninggal dunia.
Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional Daryatmo berkata kesemua mereka meninggal dunia di tempat duduk masing-masing.

Ketika pasukan penyelamat menemui bangkai pesawat itu, pintunya didapati dalam keadaan tertutup, katanya di Medan, seperti yang dipetik agensi berita Antara.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan kesemua mayat berkenaan dan usaha itu disulitkan oleh cuaca buruk dan keadaan lereng bukit serta hutan tebal di sekitar tempat pesawat itu terhempas.
Sementara itu, portal berita VIVAnews melaporkan bahawa semua jasad mangsa nahas udara itu telah dimasukkan ke dalam beg jenazah dan ditempatkan di helipad kecemasan di kawasan hutan itu namun mayat-mayat itu akan hanya akan diterbangkan dari tempat kejadian pagi ini.








.

IKLAN BERBAYAR

Photobucket _______2carloscamejo1_zps545f9fdf Photobucket Photobucket

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!