IKLAN BERBAYAR

Photobucket Photobucket  Banner  Banner Photobucket create your own banner at mybannermaker.com!

Meh Jenguk~Blog alin

Wednesday, February 29, 2012

Hanya kerana pakaian


Dua aktres terkenal, Angelina Jolie dan Jennifer Lopez mendapat perhatian di laman sosial Twitter kelmarin berhubung pakaian mereka pada Anugerah Academy kali ke-84 di Hollywood.

Pada anugerah itu, Jolie, 36, memakai gaun labuh yang mempunyai belahan dan berwarna hitam.

Jolie juga kerap mendedahkan paha dan kaki kanannya semasa dia berjalan dan berdiri.

Lopez, 42, yang juga dikenali sebagai JLo mengenakan gaun putih hampir menampakkan keseluruhan payudara kirinya ketika dia dan Jolie menaiki ke pentas bagi menyampaikan anugerah Oscar pada Ahad lalu.


Dalam tempoh kurang satu jam, seorang pengguna telah mewujudkan satu akaun Twitter @AngiesRightLeg berhubung dengan kaki kanan Jolie.

Ia mempunyai lebih 15,500 pengikut pada Isnin lalu.

"Lihatlah saya!," kata mesej di Twitter tersebut selepas 45 minit Jolie naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah dengan gayanya yang menggoda tanpa rasa malu ketika mendedahkan kaki kanannya.

Sementara itu, akaun Twitter tentang payudara Lopez, @JLosNipple diwujudkan lebih awal daripada @AngiesRightLeg.

"Bukan salah JLo, Saya tidak boleh bernafas," kata salah satu mesej di Twitter.


Namun, menurut laman akhbar Los Angeles Times, akaun Twitter @JLosNipple tidak begitu popular seperti @AngiesRightLeg kerana ia hanya diikuti kira-kira 2,500 pengikut pada Isnin lalu.






Sejauh mana anda sanggup berkorban demi cinta??




.

1 Penyokong CHELSEA:

ciksukaberangan on February 29, 2012 4:27 PM said...

haha... hanya kerana pakaian je... walhal bukan dorang yang design...

Labels

Aku (235) Aneh (714) Artis kita (731) Artis Luar Negara (875) Berita (771) Bintang sukan (213) BPL (41) Buat Renungan (615) Cabaran 30 hari (31) Chelsea FC (127) Contest/GiveAway (175) Etika (1329) Follower Bertuah (13) Gambar (112) Hobi (2) Holiday (11) info (608) Kami Prihatin.. (323) Kemalangan (710) Kesihatan (16) Lucu (41) Mari masak With LULU (19) Movie (61) Segmen (110) Skandal (61) Sukan (50) Tutorial Lulu (11) Wordless Wednesday (44)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!