Kecanduan pada dadah itu sudah biasa kita dengar. Bagaimana dengan kecanduan hamil? Hal inilah yang dihadapi oleh Jill Hawkins. Kecanduannya ini bermula dari dia menjadi ibu pengganti.
Setelah mengalami komplikasi serius saat hamil anak ke-8, dia bersumpah untuk berhenti menjadi ibu pengganti. Tetapi rasa kecanduannya menepis sumpahnya. Di usianya kini, dia baru saja melahirkan bayi ke-9 dan ke-10, sebelum ulang tahunnya ke-48.
Meskipun proses kelahiran ini mengancam jiwanya, Hawkins tidak akan berhenti di situ. Wanita yang bekerja sebagai setiausaha ini akan menjalani kehamilan dua kali lagi sebelum usia ke-50.
Selama kehamilan pada 2010, Hawkins menghabiskan cuti tahunannya berhari-hari di tempat tidur, kerana rasa mual dan sakit kepala yang melandanya. Meskipun telah melahirkan lebih dari satu anak, janin yang dikandung bukanlah janinnya, bahkan Hawkins adalah seorang wanita bujang.
Harga yang ditawarkan untuk khidmatnya cukup mahal, apatah lagi dengan risiko yang ada. Untuk sekali kehamilan dia dibayar sebanyak 12000 poundsterling.
.










0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment