Saturday, January 28, 2012

26 Planet Baru


Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) pada Jumaat mengesahkan bahawa misi Teleskop Kepler berjaya mengesan 26 planet baru di luar sistem solar bumi.

Agensi tersebut berkata, semua planet itu mengelilingi orbit yang kelihatan sangat rapat dengan pusat bintang untuk meneruskan hayat.

Kebanyakannya bertaburan di semua 11 sistem planet di angkasa lepas tetapi suhu planet itu mungkin terlalu panas untuk diduduki.

Ini kerana semua planet itu mengelilingi pusat bintang yang dekat dengan Zuhrah - planet kedua terletak dari Matahari yang mempunyai suhu permukaan 464 darjah Celsius.

Saintis NASA masih meneruskan misi tersebut sambil mengesahkan jumlah dua kali ganda bilangan planet sejak mula menjalankan misi itu pada 2009.











.

Wanita Sarat Mengandung Cedera Parah Diterkam Harimau Bintang


Seekor harimau bintang menerkam dua orang termasuk seorang wanita yang sarat mengandung pada Jumaat selepas haiwan itu sesat dan memasuki timur laut bandar Assam.

Ia merupakan serangan ketiga dalam tempoh beberapa minggu ini.

Kehadiran harimau bintang itu mencetuskan panik apabila ia memasuki bandar Guwahati, tempat di mana seorang lelaki berusia 20 tahun dan wanita mengandung diserang.

Pekerja buruh, Abid Ali yang merupakan suami kepada wanita mengandung itu memberitahu isterinya kehilangan banyak darah dan pengsan di tempat kejadian.

"Belakang kepalanya cedera parah," katanya.

Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Moziz Hag berkata, dia juga mengalami kecederaan di kepala.

Binatang tersebut kemudiannya ditembak dеngаn ubat pelali οlеh ѕаtυ pasukan hidupan liar dan dihantar ke sebuah zoo.


Dalam insiden mengerikan yang berjaya dirakamkan menerusi kamera, tiga orang cedera manakala seorang terbunuh dalam serangan harimau itu pada 7 Januari lalu.

Tiga orang turut cedera dalam serangan berasingan minggu lalu.










.

The power of nature: Rare tornado spotted hurtling across the Mediterranean


Keen photographer Lionel Cironneau was in the right time at the right place when he took these stunning shots of a tornado.

The twister was spotted swirling off the coast of France at Nice near the island of Corsica in the Mediterranean Sea.

The vast majority of tornadoes form in the U.S. although they do occur on other continents and have even been spotted in the U.K.

They are formed when moist air rises upwards to a great height before producing a thunder cloud. A rotating column of air links the cloud to the surface of the Earth, which is encircled at its base by debris and dust.
Most tornadoes have windspeeds of less than 110mph, measure 250ft across and can travel for several miles.

The most extreme tornadoes can attain wind speeds of more than 300mph, stretch more than two miles across, and stay on the ground for dozens of miles.











.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!