Thursday, February 23, 2012

Kemalangan kereta api yang padat dengan penumpang


Sekurang-kurangnya 49 maut manakala 600 cedera apabila kereta api komuter yang padat dengan penumpang melanggar dinding penghadang, , Rabu (waktu tempatan), ketika waktu puncak di Buenos Aires.

Saksi berkata, brek kereta api itu gagal berfungsi ketika ia tiba di salah satu hentian di wilayah barat, luar Buenos Aires.
Katanya, dalam sekelip mata penumpang tercampak ke atas satu sama lain serta lantai, di mana sebahagian daripada mereka tidak sedarkan diri atau cedera parah.
“Malangnya kami terpaksa mengumumkan 49 terbunuh dalam kemalangan itu, termasuk kanak-kanak,” kata jurucakap polis Argentina, Nestor Rodriguez dalam sidang media di sini, hari ini.











.

Bahan dalam kunyit boleh cegah penyakit Alzheimer

Sekumpulan saintis di Sweden menemui sejenis bahan yang terkandung dalam kunyit mampu membantu mencegah penyakit Alzheimer atau nyanyuk di kalangan warga emas - satu lagi sebab untuk kita menyenaraikan bahan tersebut dalam menu harian.

Kajian yang diketuai Profesor Per Hammarstrom dari Universiti Linkoping dilakukan terhadap lalat buah yang mempunyai masalah saraf yang sama dengan penyakit kemerosotan neuro.
Lalat tersebut diberi ekstrak kunyit dan didapati curcumin, iaitu bahan aktif yang terdapat dalam rempah tersebut mampu memanjangkan jangka hayatnya sehingga 75 peratus.

Alzheimer dikaitkan dengan ikatan protein dalam otak dipanggil plak amyloid, yang berfungsi merosakkan pendawaian dalam sel otak.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal PLoS One, membuktikan mengapa kadar nyanyuk di kalangan warga emas di India kurang berbanding dengan masyarakat Barat.
Beberapa penyelidikan yang dijalankan sebelum ini juga menunjukkan Alzheimer hanya menyerang kurang satu peratus masyarakat berumur lebih 65 tahun di beberapa perkampungan di negara itu.

Melalui pengambilan curcumin, saintis mendapati plak amyloid yang terdapat pada otak atau mata serangga tersebut tidak berkurang, namun ia berupaya memacu formasi fiber saraf dengan mengurangkan jumlah bahan yang menyebabkan Alzheimer, yang dipanggil oligomer daripada terbentuk.

"Keputusan tersebut mengesahkan kepercayaan kita selama ini bahawa oligomer sangat berbahaya kepada sistem saraf," katanya.

Beberapa teori mengesahkan bagaimana oligomer bertindak memulakan proses penyakit Alzheimer. Menurut satu hipotesis, ia terperangkap pada persimpangan saraf menyebabkan signal impuls tersekat.
Curcumin bukan sahaja baik untuk mencegah nyanyuk, malah beberapa kajian sebelum ini membuktikan ia membantu menentang jangkitan kuman dan serangan jantung, mencegah trombosis serta kanser.











.

Nada dering telefon boleh lemahkan otak


Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.

Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit.
Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

“Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai , tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup,” kata Jill Shelton.

Kajian termasuk eksperimen dijalankan Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg berdering secara berterusan dengan kuat selama 30 saat.

Hasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25 peratus lebih rendah berbanding n sebelum gangguan itu.
Pelajar yang diuji sukar mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan.

Pelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.
Pada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.

Lagu dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football university itu dimainkan sekejap-sekejap.

Lagu itu juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.

“Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama.

“Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa.

“Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka,” kata Shelton.

Kajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!