Saturday, March 10, 2012

Jessica Biel akhirnya mendedahkan cincin pertunangannya dengan Justin Timberlake


Dia senyap beberapa bulan kebelakangan ini setelah dunia heboh mengenai pertunangannya dengan penyanyi terkenal, Justin Timberlake. Tetapi Jessica Biel akhirnya menunjukkan cincin pertunangan berliannya itu untuk kali pertama.

Pelakon, 30, memakai berlian gaya vintaj, potongan persegi sambil menikmati hidangan makan tengahari romantis dengan bakal suaminya di restoran Tavern di Brentwood, California pada hari Khamis.
Pelakon itu kelihatan tenang dengan gaun berwarna aqua dan blazer putih.


Adalah dipercayai Justin memainkan peranan dalam mereka bentuk cincin pertunangan itu.
Namun pada musim anugerah baru-baru ini, Biel telah mendedahkan cincin di tangan kirinya itu.
Walaupun pasangan itu tidak mengesahkan pertunangan mereka, nenek Timberlake, Sadie Bomar berkata kepada RadarOnline lebih awal pada bulan Januari: 'Ya, Justin telah bertunang'.





.

Chelsea - Punca Villa-Boas tersingkir


Ketua pasukan Chelsea, John Terry mengkritik rakan sepasukannya yang menjadi punca kepada kegagalan Andre Villa-Boas dan tersingkir sebagai pengurus pasukan Stamford Bridge itu.

Terry baru pulih daripada kecederaan lutut akan dapat diturunkan ketika Chelsea menentang Stoke Sabtu ini, selepas terpaksa berehat tujuh perlawanan.

Villa-Boas dikatakan tidak dihormati oleh para pemain senior dan ia menjadi punca kepada kegagalan jurulatih dari Portugal itu.

“Saya sedih dengan nasib malang yang menimpa Andre, saya harap para pemain bangkit kembali selepas sedar akan kesilapan mereka lakukan sebelum ini,” kata Terry

Chelsea kini di bawah kendalian bekas pemain kelab itu Roberto di Matteo dan memulakannya dengan kemenangan ketika menentang Birmingham pada pertembungan Piala FA. - AFP






.

Aurora borealis. Apakah itu?


Satu cahaya berwarna hijau di langit yang dikenali sebagai aurora borealis menghiasi langit dekat Yellowknife, kelmarin.

Kemunculan cahaya itu berpunca daripada gelombang radiasi di atmosfera Bumi kesan ribut solar yang berlaku kerana letusan di matahari.

Ribut solar yang melanda Bumi kelmarin adalah yang paling kuat dalam tempoh lima tahun.


Fenomena langit berwarna itu dapat dilihat oleh pemandu trak yang pulang dari beberapa lombong emas yang terletak sekitar 330 kilometer ke timur laut bandar Yellowknife.




.

Tiga sekeluarga maut..


Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis Proton Waja yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 210.4, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang awal pagi semalam.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta tersebut yang merupakan Eksekutif Kualiti di kilang Proton di Shah Alam, Norazman Ibrahim, 43, isterinya, Norhayati Ibrahim, 42, dan anak mereka, Akif Iskandar, 17.
Anak perempuan mereka, Nur Rudiana, 12, pula mengalami patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa sekeluarga yang menetap di Taman Puchong Perdana, Selangor dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke Kemasik, Kemaman, Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara Norazman.

Kakak kepada Norazman, Noordinal, 49, berkata, dia dimaklumkan kejadian terbabit oleh rakan adiknya kira-kira pukul 2.30 pagi semalam melalui telefon.

Katanya, secara kebetulan rakan adiknya itu dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur telah terserempak dengan kemalangan terbabit dan mengecam nombor plat kereta mangsa.

“Arwah sepatutnya bertolak hari ini (semalam) ke Terengganu, dia juga tidak beritahu kepada saya untuk bertolak awal, mungkin sudah ajal mereka.

“Mujur anak bongsu arwah, Nur Rudiana hanya cedera. Saya belum memaklumkan kematian ibu bapa dan abangnya lagi memandangkan dia masih trauma,” katanya ketika ditemui di HTAA.

Katanya, tiga beranak terbabit akan dikebumikan di kampung Norhayati di Kuala Berang, Hulu Terengganu.





.

Kerana berjudi, mereka menerima hukumannya


Lima lelaki Aceh yang didapati bersalah berjudi dirotan di khalayak ramai di sini semalam.

Mereka dirotan di wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam.
Mereka dirotan enam kali pada setiap Jumaat di hadapan beratus-ratus orang di sebuah padang di bandar ini, Aceh Timur.

Indonesia yang merupakan negara Islam dengan 240 juta penduduk mengamalkan dasar sekular tetapi membenarkan Aceh melaksanakan undang-undang syariah.

Ketua bahagian jenayah di pejabat pendakwa raya Aceh, Putra Masduri berkata, kelima-lima lelaki tersebut adalah antara 20 orang yang didapati bersalah melanggar undang-undang syariah pada Januari lalu.


Lima lelaki itu dirotan sebanyak enam kali.
Mereka dirotan di sebuah padang dan disaksikan ratusan orang yang menyorak semasa hukuman tersebut dilaksanakan.

Sebahagian daripada mereka menjerit dan mempersoalkan kenapa pesalah tersebut hanya dirotan sebanyak enam kali. - Agensi





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!