Sunday, April 29, 2012

Bayi tiga tangan dilahirkan


Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di sini menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana memiliki tiga tangan, kes yang hanya berlaku satu dalam sejuta kelahiran. Bayi yang baru berusia lima hari itu mempunyai sepasang tangan sempurna di sebelah kiri dan kanan serta satu lagi tangan yang bersambung di bahagian belakang berdekatan saraf tunjang.

Bapanya, Waqar Ahmed, dari perkampungan Tuansa Sharif, daerah Dera Ghazi Khan, di sini membawa bayi itu ke hospital selepas dilahirkan Isnin lalu. Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Nishtar bagi mendapatkan pandangan pakar untuk proses pembedahan membuang tangan ketiganya. Dr. Ghulam Shabbir berkata, bayi perempuan itu mengalami keadaan luar biasa yang dipanggil polymelia, yang mana seseorang itu dilahirkan dengan anggota tangan atau kaki yang lebih.

Keadaan tersebut berlaku apabila sel tidak terbentuk dengan sempurna ketika perkembangan embrio di dalam rahim. Beliau berkata, seandainya pembedahan membuang tangan ketiga itu dijalankan, ia menjadi yang pertama dilakukan hospital tersebut. Awal bulan ini, seorang bayi lelaki, Umar Farooq yang dilahirkan di Sukkur, Pakistan mempunyai enam kaki. Bagaimanapun, bayi itu selamat menjalani pembedahan membuang kaki berlebihan selama lapan jam di sebuah hospital di Karachi, pada 19 April lalu. - AGENSI






.

Awas! Pencuri Kini Lebih Suka Produk Apple Daripada Isi Dompet


Jika kebanyakan pencuri di mengambil semua barang berharga yang dimiliki oleh mangsanya, maka trend kecurian di kota New York sedikit berbeza. Kerap kali hanya barang-barang tertentu yang diambil dari mangsa, salah satunya adalah gadget keluaran Apple, iPhone dan iPad. Seperti yang dipetik oleh New York Daily News, peratus jenayah di salah satu kota terbesar di AS itu dicatatkan terus merangkak naik. Yang menarik, barang curian yang dicuri kini lebih ditujukan kepada telefon bimbit popular seperti iPhone atau iPad.

Menurut catatan mereka, pencurian produk Apple naik 44% mulai dari awal tahun hingga 15 April. Pihak polis New York (NYPD) menyebut bahawa ada kira-kira 1197 gadget Apple yang dicuri di berbagai jalan di kota New York. Jumlah tersebut meningkat naik mendadak dibandingkan dengan 831 pencurian barang Apple tahun lalu. Salah satu contoh adalah kes pembunuhan yang menimpa Hwang Yang, seorang tukang masak berusia 26 tahun, yang ditembak oleh seorang pencuri di kawasan Riverdale ketika pulang dari tempat kerjanya.

Yang

Yang menarik, teman keluarga mangsa mengatakan bahawa penembak hanya mengambil iPhone milik Yang dan meninggalkan dompet serta wang yang ada di dalamnya. Hingga saat ini pihak polis masih terus mencari suspek yang menembak Yang. Bahkan mereka telah menawarkan wang ganjaran sebesar USD 12 ribu sebagai hadiah bagi orang yang mengetahui dimana penembak itu berada.

Menurut sumber dari polis, naiknya populariti gadget milik Apple seperti iPad dan iPhone membuat banyak pencuri yang mengalihkan target mereka ke barang-barang tersebut. Apalagi permintaan yang tinggi mempermudah mereka untuk menjualnya kembali dengan harga yang lumayan. "Itu (membawa iPhone atau iPad di tempat umum) sama saja dengan anda memegang wang ratusan dolar di tangan," kata seorang sumber.

Demi memerangi kejahatan ini, pihak polis telah mengumumkan kerja sama dengan pembuat gadget untuk membuat sebuah data base nombor ID khusus untuk setiap telefon bimbit yang berfungsi sebagai alat pengesan.






.

Ahli parlimen luar negara memeluk islam


Ahli Parlimen Bradford West, George Galloway didakwa memeluk Islam dalam satu majlis rahsia lebih sedekad lalu. Perkara tersebut didedahkan dalam satu artikel majalah New Statesman yang ditulis oleh bekas isteri legenda kriket Pakistan, Imran Khan, Jemima Khan. Khan mendakwa, Ahli Parlimen tersebut mengambil bahagian dalam satu majlis 'mengucap kalimah syahadah' yang dihadiri oleh Persatuan Muslim Great Britain.

Wanita tersebut mendakwa, beliau mengenali seseorang yang menghadiri majlis tersebut yang diadakan di barat laut London. Galloway yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Bradford West dalam pilihan raya kecil bulan lepas menafikan majlis tersebut berlaku. Bagaimanapun, Ahli Parlimen berumur 57 tahun dan pernah berkahwin sebanyak empat kali itu enggan menafikan dakwaan beliau beragama Islam.

Media tempatan sering merujuk Galloway sebagai penganut Katolik. Khan yang menemubual Galloway selepas kemenangannya itu memulakan artikel berkenaan dengan menulis 'George Galloway, Ahli Parlimen Bradford West adalah seorang penganut agama Islam.' "Beliau memeluk agama Islam lebih 10 tahun lalu dalam satu majlis di sebuah hotel di Kilburn, barat laut London yang dihadiri anggota Persatuan Muslim Great Britain," tulis wanita itu dalam artikelnya.

Khan memberitahu Galloway bahawa beliau mengenali seseorang yang menghadiri majlis itu dan menanyakan adakah Ahli Parlimen itu sudah memeluk Islam. Menurut artikel itu, Galloway menjawab, 'Saya tidak boleh menjawab soalan itu, Tuhan tahu siapa menganut Islam.' - AGENSI





.

Aplikasi baru facebook Humoticon Skype


Siapa yang tidak mengenali emoticon, karakter icon yang telah lama memainkan peranan dalam membantu kita dalam mengekspresikan emosi secara online dari icon tersenyum, tertawa, menangis, dan ada banyak ikon kecil yang kita kenal sekarang ini untuk menyampaikan bagaimana perasaan kita pada saat kita online.

Skype telah mengeluarkan aplikasi baru facebook yang akan diharapkan lebih mewakili perasaan kita pada suatu icon, aplikasi terbaru facebook dari skype ini disebut Humoticons, Humoticons merupakan bahagian dari Skype yang ingin menggunakan icon ini untuk menempatkan manusia kembali ke dalam cara berkomunikasi dengan orang lain setiap hari.

Aplikasi ini memungkinkan anda untuk meniru emoticon biasa dengan menangkap gambar ekspresi wajah dari para pengguna itu sendiri dengan cara mengambil gambar anda sendiri menggunakan webcam atau dengan cara mengupload sebuah foto anda dari komputer, kemudian anda dapat memposting di galeri Humoticons Skype atau berkongsi terus ke dinding facebook anda





.

Jamie Oliver is world richest chef


He may have come under fire for his weight recently but it seems Jamie Oliver doesn't just have a bigger frame, he also has a bulging wallet. The pukka chef is now the world's richest chef after stirring up a £150million fortune. From recipe books to restaurants, in the last year alone his wealth has rocketed by £44million.

The dad-of-four, 36, is now Britain’s 501st richest person in the 2012 Sunday Times Rich List, leaving pal Gordon Ramsay, 45, and football loving chef Delia Smith, 70, in the shade.But according to The Daily Star the chunky chef is planning in building an even bigger empire in the US, where he is already a household name. His massive following means he has topped the weekly bestseller chart 30 times with his 15 cookbooks, including the 30-Minute Meals which sold more than a million copies.

It seems the chef, who left school with two GCSEs, can't do any wrong as his latest book Jamie’s Great Britain, which was linked with his Channel 4 show, also went straight to number one. He can now boast beating Harry Potter’s JK Rowling to the spot of Britain's best selling author. And it isn't just Britain and the US, Jamie's TV shows, made by his own production company, are shown in more than 40 countries.

The 2012 Sunday Times Rich List is out tomorrow.




.

Koala kini spesies terancam


Haiwan herbivor, koala, disenaraikan sebagai spesis terancam selepas bilangannya semakin berkurangan berikutan kemusnahan habitatnya dan juga perubahan iklim kawasan setempat. Beberapa kajian di Sydney menunjukkan, bilangan haiwan itu kini kurang 80,000 ekor, turun 75 peratus sejak 1993. Menteri Alam Sekitar Australia, Tony Burke menjangka, habitat koala di Queensland, tenggara Australia berada dalam keadaan 'terancam' manakala haiwan itu yang berada di timur New South Wales pula terdedah kepada kepupusan.

Ketua Eksekutif Yayasan Koala Australia, Deborah Tabart memberitahu Australia Broadcasting Corp, Burke sudah membayangkan bahawa beliau tidak mampu untuk menyelamatkan koala di habitat tersebut. Sementara itu, pakar ekologi, David Paull yang menjalankan penyelidikan di sebuah lagi habitat koala, Gunnedah, kira-kira 400 kilometer di barat laut Australia menyatakan, kepupusan habitat tersebut berpunca daripada kemarau dan cuaca panas yang berlaku sejak sedekad lalu.

"Banyak koala mengalami kekurangan air dan saya fikir ia petanda awal kepada perubahan iklim. "Koala di kawasan-kawasan lain di Australia juga hilang habitat, berpunca daripada pembangunan perumahan, kemalangan jalan raya dan juga serangan anjing,'' ujar Paull. - AGENSI





.

Maut tersepit jentera


Seorang peniaga pasar malam maut selepas tersepit di antara jentera pembajak kecil dengan lantai kayu tingkat atas sebuah rumah petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Hishammudin Yusoff, 22, mahu mengeluarkan jentera jenama Jentani milik bapanya yang disimpan di ruang bawah rumah neneknya, Ton Yaakob, 70, di Simpang Empat Kangkung di sini.

Bagaimanapun, jentera tersebut secara tiba-tiba terjungkit menyebabkan mangsa yang duduk di tempat duduk terangkat ke atas lalu tersepit di lantai kayu rumah tersebut. Bapa mangsa, Yusoff Ayob, 59, berkata, dia yang berada di tempat kejadian cuba menurunkan bahagian jentera yang terjungkit itu namun tidak terdaya kerana terlalu berat. "Saya cuba menyelamatkan anak saya tetapi tidak boleh kerana bahagian dadanya dihimpit besi jentera dan belakangnya pula tersepit kayu lantai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat Kangkung di sini semalam.-kosmo





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!