Sunday, May 6, 2012

World Trade Center kembali jadi yang Tertinggi di New York


One World Trade Center, bangunan pencakar langit yang didirikan untuk menggantikan menara kembar yang hancur dalam serangan teroris 11 September 2001 mengukuhkan nama sebagai bangunan tertinggi di New York pada isnin (30/4). Hal itu terjadi setelah pekerja mendirikan tiang besi yang menjadikan rangka bangunan yang belum selesai itu kini memiliki tinggi 381 meter, lebih tinggi berbanding Empire State Building.

Pejabat Kota New York dan para pekerja bertepuk tangan saat tiang seberat 12 ton itu dipasang di atap bangunan tersebut. "Projek ini bukan sekadar keluli dan bata simen. Ini adalah simbol kesuksesan bagi Amerika Syarikat," ujar David Samson, Ketua Port Authority, badan yang memiliki World Trade Center. One World Trade Center dijangka akan siap pada tahun depan. Setelah selesai, bangunan itu dijnagka akan menjadi yang tertinggi di Amerika Syarikat dan ketiga di dunia.





.

Cinta Monyet Dilarang di Sekolah China


Di saat banyak kes pelajar hamil di negera ini yang diperbolehkan mengikuti Ujian Nasional, justru peraturan yang ketat dan disiplin tinggi sedang diterapkan disebuah sekolah menengah di China Timur. Sekolah Yueqing Yucai di Kota Yueqing ini menerapkan beberapa peraturan kontroversi bagi murid-muridnya. Tujuannya, untuk menghindari terjadinya cinta monyet di kalangan para pelajar sekolah tersebut.

Dalam pengumuman baru tersebut, pihak sekolah melarang para murid berlainan jenis berdua-duaan di tempat sunyi. Contohnya, di sudut-sudut yang gelap atau di bawah pokok. Mereka juga dilarang saling memberikan hadiah mahal. Berpegangan tangan, berangkulan dan berciuman juga dilarang keras. Bahkan murid-murid perempuan dan lelaki tidak dibolehkan berjalan beriringan di halaman sekolah.

"Kami harap semua pelajar kami boleh tetap rasional dan menahan diri jika menyangkut cinta remaja sehingga mereka fokus sepenuhnya pada pelajaran mereka," demikian pengumuman tersebut seperti diberitakan China Daily dan dipetik oleh News.com.au. Diingatkan bahawa jatuh cinta di usia muda belia akan mengganggu pelajaran akademi. Juga boleh menimbulkan gangguan fizik serta tidak menghasilkan apa-apa.

Setiap siswa yang didapati melanggar peraturan ini akan dihukum dan orangtua mereka akan diberitahu. "Cinta monyet kian marak belakangan ini dan sukar diatasi," kata Li Chunlian, direktor umum sekolah tersebut. "Kami harap peraturan-peraturan ini akan mencegah para murid terlibat dalam cinta monyet terlalu awal," tambahnya. Menurut Li, kebanyakan orangtua dan murid-murid sekolah tersebut menyokong peraturan baru ini.

Namun sebahagian juga menentangnya. "Mengeluarkan peraturan yang didasarkan alasan bahawa cinta monyet boleh mempengaruhi pelajaran seseorang adalah menggelikan," cetus Mo Ding, seorang pelajar di sekolah tersebut. "Saya kenal beberapa pasangan, namun mereka giat belajar dan bahkan saling mendorong satu sama lain," ujarnya.






.

Hotel mewah dasar laut


Bandar raya Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sememangnya terkenal sebagai tempat kediaman bagi orang kaya dan bagi memenuhi cita rasa golongan ini, sebuah hotel mewah di dasar laut bakal dibina di bandar raya itu. Syarikat pembinaan Drydocks World telah menandatangani satu kontrak dengan syarikat Switzerland, BIG InvestConsult untuk membangunkan hotel di dasar laut di rantau itu, termasuklah projek Water Discus Hotel di Dubai, lapor news.au.com.


Rancangan pembinaan projek Water Discus Hotels itu melibatkan dua bangunan seperti kapal angkasa yang dibina di atas permukaan air dan di bawah permukaan air. Hotel itu mempunyai tiga tiang dan satu struktur bangunan menegak yang menempatkan lif dan tangga yang menghubungkan bahagian atas permukaan dan bawah permukaan air. Ia direka untuk menempatkan 21 bilik, pusat menyelam serta sebuah bar yang kesemuanya terletak 9.8 meter di dasar laut.


Setiap bilik turut dilengkapi pencahayaan khas bagi membolehkan tetamu melihat dengan jelas kehidupan di dasar laut. Bagi mendapat pengalaman sebenar berada di dalam laut pula, pengunjung boleh menaiki kenderaan mini untuk mengelilingi kawasan dasar laut di sekitar hotel itu. Deep Ocean Technology merupakan syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi ini. Dubai juga menjadi tapak bagi projek "The World" - yang merupakan projek pulau-pulau berbentuk Bumi dengan kira-kira AS$18 bilion dibelanjakan untuk projek tersebut, termasuk projek Burj Khalifa, yang merupakan bangunan tertinggi di dunia. - AGENSI





.

9 mayat ditemui tergantung, 14 tanpa kepala


Sembilan mayat ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan. Laporan berkenaan yang memetik kenyataan pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup.

Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000 penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan Amerika Syarikat. Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar ini. Polis kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas ais di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo. Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.

Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan sengketa beberapa kartel dadah yang beroperasi di bandar berkenaan. Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!