Monday, May 21, 2012

Kembali ke alam nyata.. Benarkah sudah kembali?


Salam buat semua pembaca..
Setelah meninggalkan laptop beberapa hari, walaupun sebelum ni, tak pernah miss 1 hari pun dari mengetuknya, lulu rasa sangat janggal. Walaupun hati ini terpanggil-panggil untuk menjenguk blog, memang sepatutnya lah lulu kembali ke alam nyata. Benarlah kata orang, hidup perlu diteruskan. Mahu ataupun tidak.


Beberapa hari yang lalu, lulu kehilangan seorang yang paling lulu sayangi. Perginya hanya sekelip mata.. Menangis? Hanya Allah yang Maha mengetahui, betapa kuatnya cubaan ni untuk lulu terima. Segera kenangan dan bayangan arwah menerpa dikotak ingatan terus pada ketika itu, dan masih lagi sehingga ke hari ini.. Pedihnya.. Bolehkah kalau semua ini hanya mimpi ngeri? bila terbangun, semuanya seperti sedia kala? Bolehkah?


Perginya meninggal satu ruang kosong yang amat besar dalam hati ini. Tidak mungkin akan ada sesiapa pun yang menggantinya. Kasih sayang dan perhatiannya..owh..
Mahu tidak mahu, kena terima juga.
Arwah yang disayangi, sudah terbujur kaku tidak bergerak. Orang selalu berkata, sayangilah ibu bapa sebab takut terlambat.. Lulu? TAK... lulu tak pernah rasa terlambat. Alhamdulillah, walaupun hati terasa berat untuk melepaskannya, namun, lulu terima kenyataan ini.. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas mu. :(



Lulu ucapkan terima kasih diatas ucapan takziah yang bertalu dari FB dan blog. Juga bacaan al-fatihah, hanya Allah mampu membalasnya. Ada yang siap buat entri. Lulu tahu, lulu dah baca... Terima kasih. Doakan hati lulu kuat menerima cubaan besar ini..







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!