Monday, July 30, 2012

Aneh!! Boleh makan ayam hidup-hidup


Warga Dusun Jangan Asem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabo, Sidoarjo, gempar dengan seorang perempuan (38) yang mempunyai hobi aneh. Keanehan yang dimiliki oleh Miskaulah tersebut adalah makan daging ayam dan ular hidup-hidup. Selain itu darah dari binatang tersebut juga diminumnya. Pertama kali hobi tersebut diketahui, ketika seorang ibu dua anak tersebut datang berkunjung ke rumah sahabatnya di Pasuruan, . Tidak diduga sebelumnya, tiba-tiba dia meminta seekor ayam hidup kepada tuan rumah. Ayam tersebut tidak dipelihara, melainkan ayam tersebut dimakan mentah-mentah. Bahkan tanpa rasa jijik, darah segar yang keluar dari ayam tersebut pun diminumnya.

Ketika Miskaulah menyantap ayam mentah tersebut, terlihat sangatlah lahap. Awal mulanya ayam hidup tersebut dia gigit di bahagian lehernya hingga mati. Kemudian tanpa ragu ibu dua anak tersebut mencabut bulu dan mengulit ayam dengan giginya. Setelah bersih, daging ayam segar tersebut dimakannya dengan lahap. Berdasarkan pengakuan dari seorang ibu tersebut, hobi yang aneh itu telah dilakukannya sejak duduk dikelas 4 SD. “Saat itu saya sering ikut bapak ke sawah untuk membuat batu bata. Kerana sering merasa lapar di sawah, saya mencari ikan, dan kala jengking. Saya terus memakannya,” kata Miskaulah selesai memakan ayam. Dan kebiasaan itu berterusan seingga dia dewasa.

Kebiasaannya makan ayam dan ular hidup tersebut, kini sudah menjadi hobinya. Bahkan dia mengakui kalau sehari tidak makan ayam mau pun ular mentah, badannya akan terasa demam dan lemas. Dengan melakukan terapi, kini dia berusaha untuk menghentikan perilakunya yang aneh tersebut. Dahulu sebelum melakukan terapi, setiap hari boleh 3-5 ekor ayam mentah yang dimakannya. Namun setelah melakukan terapi kini hanya 1-2 ekor setiap harinya. Kini berat badan perempuan tersebut mencapai 101 kg.





.

Budak yang dibesarkan oleh lembu..


Moscow: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hidup dengan lembu, tidak boleh bercakap dan cuma mampu berkomunikasi menerusi bunyi ‘moo’. Budak berkenaan diselamatkan polis Russia selepas jirannya di daerah Solikamsk membuat laporan.

“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk,” kata polis.

Pihak berkuasa dihubungi oleh jiran yang tinggal berhampiran ladang kecil yang diuruskan ibu bapa budak itu. “Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk”. - Jurucakap polis Pegawai berkata, jiran memberitahu mereka seorang kanak-kanak perempuan tinggal dengan lembu. “Ketika menyiasat dakwaan itu, kami mendapati ia benar,” katanya. Ketika ditemui kanak-kanak itu tidak memakai sebarang pakaian dan tinggal dengan lembu di ladang berkenaan. Dia juga selalu dikurung dalam bilik stor oleh ibu bapanya. Selepas dihantar ke pusat pemulihan, kanak-kanak itu kini ditempatkan dengan keluarga angkat.



Bukan kes pertama 

Dia bukan kanak-kanak pertama ditemui dibesarkan oleh haiwan di Russia. Pada tahun 2009, Natasha Mikhailova ditemui dibesarkan dengan sekumpulan anjing di kediaman bapanya di Chita. Natasha, yang juga berusia lima tahun ketika ditemui, cuma menyalak untuk berkomunikasi, menyedut makanan dan cuma sebesar kanak-kanak berusia dua tahun. - Agensi






.

Pizza pun ada muzium


Sebuah muzium piza bakal dibuka di sini bermula bulan depan, sekali gus menjadi muzium piza terbesar di dunia yang mempamerkan beratus-ratus barangan berkaitan makanan Itali itu yang telah dikumpul sejak bertahun-tahun lalu. Muzium Pizza Brain yang mempunyai slogan 'Tingkatkan Kepingan', dibuka oleh Brian Dwyer dan rakan-rakannya dengan bantuan laman web kewangan Kickstarter yang berjaya mengumpul dana untuk digunakan dalam projek tersebut. Muzium yang turut menempatkan restoran itu akan menjadi tempat simpanan bagi beratus-ratus koleksi peralatan berkaitan dengan piza seperti majalah, alat permainan, iklan, komik dan pemotong piza yang telah dikumpul oleh Dwyer sejak sekian lama.


Malah, usaha Dwyer itu turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness Book of World Records pada Julai tahun lalu. Dia memiliki lebih 500 koleksi barangan piza yang tidak akan dipamerkan sekali dalam satu-satu masa. Sebaliknya, dia merancang untuk mempamerkan koleksinya secara bergilir-gilir agar pamerannya sentiasa kelihatan segar dengan barangan piza yang berlainan. - AGENSI






.

Mati dalam keadaan sadis..


Seorang pekerja kilang warga Nepal maut akibat kecederaan parah di bahagian usus selepas duburya ditusuk dengan hos mesin angin dalam satu pergaduhan di sebuah kilang di Jalan Seremban-Jelebu, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin ketika dihubungi hari ini berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa Sanjaya Yadav, 25, dipercayai bergaduh dengan seorang rakan senegaranya yang bekerja di kilang sama.

Katanya, dalam pergelutan itu suspek berusia 33 tahun bertindak mengambil hos mesin angin dan terus menusuk ke dalam dubur mangsa. "Akibatnya mangsa menjerit kesakitan sebelum kemudiannya pengsan dan suspek yang panik dengan keadaan itu telah memaklumkan kepada penyelia kilang berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, penyelia kilang terbabit kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. "Siasatan awal mendapati mangsa mati akibat kecederaan parah di bahagian usus akibat tekanan angin dari mesin terbabit," katanya.


Saiful Azly berkata, polis menahan rakan mangsa untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!