Saturday, August 4, 2012

Info : Cara baru untuk halang atau perlahankan penyakit Alzheimer ditemui..


Larutan dari kon pokok pine telah didapati memiliki bahan yang boleh menghalang atau memperlahankan penyakit Alzheimer, demikian menurut laporan eksklusif akhbar The Sun, UK pada Khamis. Ia adalah penemuan yang pertama seumpama itu, menurut laporan tersebut. Ujian telah mendapati, satu tablet sehari yang diberikan kepada pesakit yang baru mula menunjukkan tanda-tanda awal penyakit ini telah berjaya memperlahankan sel-sel otak daripada terus rosak. Ia juga didapati berjaya memperlahankan progres penyakit itu ke atas pesakit-pesakit yang telah lama mengidap Alzheimer. Alzheimer adalah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan daya ingatan dan akhirnya membawa kepada ketidakmampuan untuk bertutur.

Ia ditemui oleh seorang saintis Jerman bernama Alois Alzheimer pada tahun 1906. Sehingga kini, tidak ada saintis yang berjaya menemui penawar kepada penyakit ini yang secara umumnya dihidapi oleh mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Sehingga tahun 2006, adalah dianggarkan terdapat 26.6 juta pengidap penyakit ini di seluruh dunia. Antara selebriti yang telah didiagnos sebagai pengidap penyakit ini termasuklah bekas presiden Amerika, Ronald Reagan, pelakon terkenal Charlton Heston dan Rita Hayworth. Menurut akhbar The Sun, penemuan baru ini turut mendapati bukan sahaja larutan dari kon pokok pine mengandungi bahan yang dapat mengubati penyakit ini malah bahan yang sama turut ditemui pada kulit pokok pine.


Bahan yang terkandung dalam kulit pokok pine mengeluarkan proten “amyloid” iaitu proten yang mampu melindungi sel-sel otak daripada dirosakkan oleh penyakit ini. Pasukan saintis di sebalik penemuan ini adalah terdiri daripada kakitangan firma ubat-ubatan Humanetics dengan kerjasama Mount Sinai School of Medicine New York. Ketua Penyelidik Penyakit Alzheimer UK, Dr Simon Ridley menyifatkan penemuan terbaru ini sebagai sesuatu yang memberansangkan dan satu pencapaian yang besar dalam dunia sains.






.

Ular apa? Ular spesis baru..


Makhluk yang unik, atretochoana eiselti, ditemukan setelah kerajaan mengeringkan sebuah bendungan air yang membentang sungai yang terhubung ke Amazon. Ahli biologi menemukan enam mahluk yang aneh dan tidak pernah dilihat di bahagian dasar sungai Madeira di Rondonia, di Brazil. Para ilmuwan genius ular mengklasifikasikan bahawa makhluk aneh yang hanya dilihat sejak pertama kali pada tahun 1968.


Ahli Biologi, Julian Tupan, yang bekerja untuk Santo Antonio Energi perusahaan yang membangunkan bendungan berkata: "Dari enam yang kami kumpulkan, satu mati, tiga yang dilepaskan kembali ke alam liar dan dua disimpan untuk kajian.








.

Ikan paus terperangkap dikolam renang


Seekor ikan paus sepanjang 32 meter dengan berat 30 ton dan sebesar bas tingkat terperangkap di kolam renang setelah dihempas gelombang besar. Ikan itu kemudian mati di dalam kolam renang tersebut. Tubuh raksasa laut yang terdampar di Newport Beach, dekat Sydney, Australia, mulai mengeluarkan bau busuk.

Sesekali gelombang besar masih menjangkau tubuhnya di kolam renang yang terletak di tepi pantai itu. Penduduk tempatan menunggu untuk melihat apakah air pasang berikutnya akan meningkat cukup tinggi untuk membawa kembali bangkai ikan itu kembali kelaut. Jika tidak, petugas haiwan liar New South Wales harus mencari jalan untuk menghilangkan bangkai itu.







.

Menarik : Pulau ini dipenuhi oleh arnab


Sebuah pulau di Hiroshima, Jepun dihuni ribuan arnab. Malah, populasi arnab jauh lebih besar dari manusia. Okunoshima atau Pulau Arnab memiliki kisah kelam sebelum menjelma jadi pulau hebat seperti sekarang. Pada masa Perang Dunia II, pulau ini dijadikan pembuatan senjata biologi. Pulau yang tak berpenghuni ini memproduksi banyak gas beracun. Yang menjadi bahan percubaan senjata biologi tersebut adalah arnab. Setelah Perang Dunia selesai, pulau ini dibiarkan kosong dan arnab pun dibebaskan. Tahun-tahun berlalu, gudang senjata biologi sudah dibersihkan oleh kerajaan Jepun. Kini, Pulau Okunoshima terbuka untuk mereka yang ingin bercuti. Ada sebuah hotel yang boleh dijadikan tempat penginapan disini.

Ada juga pusat informasi untuk pelancong dan sebuah bangunan yang melayani sewaan motorsikal. Kebanyakan pelancong yang datang ke sini kerana ingin melihat arnab yang tidak takut dengan manusia. Memang banyak sekali arnab di sini, kebanyakan dari mereka tidak lari jika didekati dan malah datang tanpa rasa takut.





.

Mari lihat Al-Quran yang sangat unik


Sebuah Al Quran kuno yang terdiri dari 400 halaman masih terpelihara dengan baik di Masjid purbakala di Bukit Salabose, Majene, Sulawesi Barat. Al Quran tersebut adalah warisan Syeh Abdul Mannan yang merupakan ulama penyebar Islam pertama di tanah Mandar. Usia Al Quran tersebut diperkirakan 350 tahun, sejak awal abad ke-16. Kitab suci itu adalah yang tertua di Majene. Uniknya, huruf-huruf dalam kitab suci tidak ditoreh dengan tinta, melainkan getah pohon kurma. Kertasnya dari sejenis kulit kayu. Saat ini Al Quran itu dijaga oleh Muhammad Gaus, keturunan dari Syeh Abdul Manan.

"Usianya tidak dapat dipastikan , keberadaan beliau [Syeh Abdul Manan] di awal abad ke-16," kata Muhammad Gaus kepada tvOne. Dia menambah, warisan berharga itu dijaga turun-temurun oleh keturunan Syeh Abdul Manan. Tradisi itu akan diteruskan. Kerana usianya yang tua, Al Quran tersebut tidak dipakai pada hari biasa, hanya dikeluarkan dari kotak kayu dua kali setahun dalam momentum istimewa, peringatan Maulud Nabi Muhammad dan bulan Ramadan.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!