Saturday, August 25, 2012

Hadiah buah pinggang dihari lahir


Apa hadiah yang pernah diberikan seseorang kepada orang tercintanya di saat hari lahir? Bunga? Wang? Hadiah? Cincin? Kereta? Itu semua biasa… Tapi hadiah yang satu ini sangat luar biasa. Seorang wanita di Amerika Syarikat menghadiahkan satu buah pinggangnya untuk sepupunya di hari lahir sepupunya tersebut. Seperti dipetik dari portal MyfoxAtlanta.com, Harry Stokes yang sedang menyambut hari lahirnya yang ke-39 menerima hadiah buah pinggang dari sepupunya sendiri.

Sepupunya yang baik bernama Channon Weeks itu mempersembahkan hadiah yang selama ini diidamkan oleh Harry. Harry sendiri sudah tiga tahun menderita gagal buah pinggang dan harus melakukan cuci darah 3 kali seminggu. Hingga datang hari istimewa tersebut. Luar biasa!!! Seperti ditayangkan oleh Channel Fox 5, Harry begitu terharu menerima hadiah istimewa tersebut.







.

Hebat : Benda yang dibuat daripada kadbod


Seni patung ternyata tidak hanya berkaitan dengan objek keras sebagai medianya, seperti batu atau kayu. Pematung Chris Gilmour yang berasal dari Inggris dan menetap di Itali ini hanya menggunakan kadbod dan gam untuk membuat berbagai patung yang menakjubkan. Di tangan Chris, bahan yang bagi orang awam terlihat tidak ada harganya, boleh menghasilkan karya seni yang bernilai tinggi.


Mulai dari patung motorsikal, kereta Fiat 500, jam antik, motor Harley-Davidson, piano, bahkan Ratu Victoria, semua dibuat dalam ukuran yang sebenarnya dan 100% dibuat dari kadbod. Uniknya lagi, sering kali Chris meninggalkan sedikit label atau logo kadbod pada karyanya untuk mengingatkan orang-orang yang melihat patungnya, walaupun hanya terbuat dari kadbod tetapi kita boleh mendapatkan hasil yang menakjubkan.







.

Kenali durian merah yang unik


Semua orang pasti mengenali buah durian. Tapi, kalau durian berwarna merah, pasti belum ramai yang mengetahuinya. Bahkan, mungkin, sukar mempercayainya. Buah itu benar-benar ada, dan tumbuh di Desa Kemiren Banyuwangi, Jawa Timur. Bahkan kerana popularnya buah ini, warga Desa Kemiren, yang mempunyai satu-satunya pokok durian berbuah merah. Tak hairan bila musim durian tiba, rumah Serad tak pernah sepi pengunjung. Apalagi durian merah sudah menjadi buah primadona disitu. Menurut Serad, durian merah lebih manis dibandingkan buah sejenisnya. Bahkan, tambahnya, durian merah dipercayai boleh meningkatkan kecergasan kaum lelaki. Sejauh mana kebenarannya?







.

Kerana dipatuk, balasannya gigit sampai mati


Seorang petani Nepal yang dipatuk ular tedung ketika bekerja di sawah telah membunuh reptilia itu dengan menggigitnya beberapa kali, Selasa lalu. "Penjinak ular memberitahu saya jika dipatuk ular, kita gigit sehingga ia mati dan tiada apa yang akan berlaku kepada kita," kata Mohammed Salmodin kepada BBC. Mohammed kini sudah dibenar keluar dari hospital di mana dia menerima rawatan akibat dipatuk ular. Pegawai mengatakan bahawa petani itu tidak akan didakwa kerana reptilia itu tergolong dalam spesis yang tidak terancam. "Apabila saya menyedari ular telah mematuk saya, saya pulang ke rumah untuk mengambil lampu suluh dan saya lihat ia adalah ular tedung.

Lalu saya menggigit ular itu hingga mati," katanya yang ditemui di Biratnagar. Selepas dipatuk ular, Mohammed menjalani aktivitinya seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku. Namun akhirnya dia bersetuju mendapatkan rawatan selepas ahli keluarga, jiran dan polis mendesaknya. Kejadian berlaku Selasa lalu di sebuah kampung 200 kilometer dari Kathmandu. Ular yang dibunuh itu dilaporkan spesis ular tedung biasa. Nepal mempunyai pelbagai spesis ular, banyak yang berbisa - seperti ular tedung.


Terdapat kira-kira 20,000 kes dipatuk ular setahun, kebanyakannya di selatan Terai, menyebabkan 1,000 kematian, laporan agensi berita AFP. Nasihat kepada mangsa gigitan ular berbeza kerana ular yang tidak sama jenisnya memiliki racun yang berbeza.





.

Penumpang kapal terbang ini terlepas destinasi akibat tertidur


Gara-gara tertidur, seorang penumpang Pakistan International Airlines (PIA), yang sepatutnya turun di Paris terpaksa patah balik ke Lahore sebelum meneruskan penerbangan ke ibu negara Perancis itu. Penumpang itu hanya tersedar dari tidur apabila pesawat hendak mendarat di Lahore, tempat dia berlepas pada hari sebelumnya. Patrice Christine Ahmed, seorang warganegara Perancis, berlepas dari Lahore menggunakan PIA, Selasa lepas dan sepatutnya terbang ke Paris melalui Milan, Itali. Setibanya di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, dia sedang tidur dan tidak dikejutkan oleh krew penerbangan semasa pesawat melakukan singgah selama dua jam.


Apabila tersedar, dia mendapati dirinya kembali ke Lahore. Patrice, yang berkahwin dengan lelaki Pakistan, tidak memberitahu krew kabin mengenai situasinya dan kesilapan itu hanya dapat dikesan apabila pegawai imigresen mendapati visanya telah tamat setibanya di Lahore pada pagi Rabu. Dia telah mengembara selama 18 jam dan melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer. Berikutan itu, keluarga wanita tersebut merancang semula perjalanannya ke Paris tetapi menggunakan syarikat penerbangan berbeza. Jurucakap syarikat penerbangan sedang menyiasat kejadian itu, tetapi menjadi tanggungjawab penumpang untuk mendarat di destinasi mereka.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!