Monday, October 29, 2012

Pengorbanan pelik masyarakat Guangdong China


Tempat tidur berduri yang biasanya fotonya sangat terkenal dan sering diperlihatkan dimana mana adalah merupakan kegiatan tradisional masyarakat barat Guangdong China. Seperti yang dipetik dari weibo.com bahawa, mereka melakukan ini bertujuan untuk melakukan pengorbanan agar kehidupan desa menjadi lebih baik.


Ritual tradisional ini dilakukan dengan cara memasang duri di atas alas yang menyerupai tempat tidur dan para “korban suci’ berguling di atasnya dengan tidak berpakaian. Boleh anda bayangkan betapa sakitnya pengorbanan tradisional itu. Namun para penduduk yang melakukannya sangat gigih walaupun mengalami kesakitan.






.

Pengantin perempuan yang paling 'bersinar'


Lie Cheng yang berasal dari China mungkin akan menjadi pengantin wanita paling ‘bersinar’ yang pernah ada. Bagaimana tidak, ketika perkahwinannya, Lie Cheng akan mengenakan perhiasan emas dalam jumlah yang sangat banyak, hingga jika dijumlahkan, perhiasannya saja mencapai 200,000 pound sterling! Ibu Liu Cheng sendiri menghabiskan waktu hampir satu jam untuk memakaikan semua perhiasan kepada si anak.

Alasan keluarga Liu Cheng menghabiskan wang yang sangat banyak demi si anak, ialah tak lain kerana mitos di China, bahawa emas boleh membawa keuntungan dalam rumah tangga. Selain itu keluarga Liu Cheng ingin menunjukan pada keluarga pengantin lelaki, bahawa anak mereka berasal dari keluarga baik-baik yang sangat menyayangi anaknya.





.

Kenapa ibu ini sanggup membakar anaknya hingga mati?


Seorang ibu yang sanggup membakar anaknya yang berusia sembilan tahun, sebagai hukuman kerana merokok dan dia dihukum penjara selama 11 tahun. Noluthando Nomavayi , (37), warga Delft, Cape Town, Afrika Selatan, itu menyiramkan cairan parafin ke atas tubuh dua orang anak lelakinya lalu melontarkan bara api ke arah mereka, ketika didapati merokok pada Mei 2011. Anak tertua selamat dari maut, namun yang terkecil menderita 90 peratus luka bakar dan meninggal di Rumah Sakit Palang Merah Cape Town enam minggu kemudian. Menurut hasil siasatan klinik pskiatri, Noluthando, didagnos menderita penyakit sakit jiwa, kemurungan, dan sudah dua kali merancang membunuh diri. Dalam perbicaraan dia dinyatakan telah terbukti melakukan pembunuhan dan merancang melakukan pembunuhan.





.

Kerana sikap ibunya, dia yang merasai akibatnya.. :(


Ini benar-benar nyata dan bukan dibuat-buat. Kisah seorang kanak-kanak malang yang tinggal di Pondok Aren, Tangerang. Kanak-kanak bernama Ari (12 tahun) seperti biawak, dan rakan-rakan engejeknya komodo. Dia mendapat kutukan seperti ini gara-gara ibunya. Doktor pakar kulit juga tidak mampu berbuat apa-apa. Kasihan.. Gara-garanya si ibu semasa mengandung Ari suka menyeksa biawak yang dia tangkap ketika kebetulan biawak tersebut masuk ke rumah. Si ibu mengikat biawak, menyeksa dan mempermainkan biawak tersebut walaupun sudah diperingatkan orangtua dan jirannya tapi tidak diendahkannya. Hingga saat dia melahirkan anak ini...anak ini berkulit seperti biawak dan kelihatan bekas-bekas ikatan tali di tubuh Ari. Ini peringatan buat ibu-ibu yang sedang hamil agar jangan melakukan sesuatu yang jahat.






.

Pertandingan lontar telefon bimbit nokia..


Nokia adalah telefon bimbit yang beberapa lama mengetuai pasaran telefon bimbit di seluruh dunia. Malangnya, kini sudah tidak lagi. Bahkan usahasamanya dengan Microsoft dalam wujud sistem operasi Windows Phone tidak berhasil menggoyang kejayaan iOS, Android dan bahkan BlackBerry sekalipun. Jadi, tidak hairanlah apabila di Finland sendiri diadakan pertandingan melontar telefon bimbit Nokia terjauh (tentu saja telefon bimbit yang di lontar akan menjadi rosak). Nampak sangat tak suka dengan Nokia kan? Pertandingan ini walaupun seperti main-main tapi ia tetap serius dan diikuti oleh peserta lebih dari 50 negara dan juga melibatkan teknologi canggih dalam pertandingannya.





.

Benarkah dia adalah wanita kerdil paling tua di dunia?


Seorang wanita India berusia 113 tahun mendakwa dia merupakan wanita kerdil paling tua di dunia. Zeenat Bi yang tinggal di Bhopal, menerima wang persaraan daripada kerajaan yang merekodkan umurnya kini 101 tahun. Bagaimanapun, wanita tersebut mendakwa umur sebenarnya adalah 12 tahun lebih tua daripada yang direkodkan. Menurut Guinness World Records, Lowell Deforest Mason, 74, merupakan pemegang terkini rekod tersebut. Zeenat yang setinggi 914 sentimeter atau tiga kaki berkata, dia masih ingat kehidupannya ketika India masih di bawah pemerintahan Britain dan apabila Putera India, Putera Nawab masih berpengaruh di negara ini.

Jika umur sebenarnya adalah 113 tahun maka Zeenat dilahirkan ketika pemerintahan Ratu Victoria yang dikenali sebagai Maharani India. Wanita itu berkata, dia melihat negara ini membangun ketika dia membesar. ''Saya masih ingat ketika pemerintahan Britain, bandar ini masih sebuah hutan. ''Saya juga masih ingat apabila orang Britain pertama kali memperkenalkan roti buatan mereka. Roti itu sangat sedap.'' katanya. Zeenat melahirkan dua hasrat yang ingin dicapainya sebelum dia meninggal dunia iaitu bertemu pelakon Bollywood, Salman Khan dan menunaikan haji. - Agensi





.

Aneh : Kutip mayat jadi sumber rezeki


Ravi baru berusia tujuh tahun ketika lari dari rumah, menaiki kereta api dari utara India ke Mumbai. Selepas 25 tahun dia masih berada di landasan kereta api, melakukan kerja yang langsung tidak terlintas di fikiran ketika tiba di bandar raya itu berurusan dengan mayat untuk mencari rezeki. Memindahkan mayat dari landasan kereta api di bandar raya itu memang tugas menggerunkan tetapi Ravi cukup terdesak untuk melakukannya. Ramai yang maut ketika cuba menyeberangi landasan. Sebanyak 6,000 maut setahun akibat perbuatan itu di Mumbai, menurut satu kajian. Segelintir lagi membunuh diri atau jatuh ke atas landasan dan yang lain terkena tiang trek ketika bergantung di luar kereta api yang penuh sesak.

Mayat cacat teruk sehingga seseorang itu perlu khayal sebelum mengutipnya. Kami menghidu sebelum mengutip mayat, jika tidak kami tidak dapat melakukannya, jelas Ravi, 35, yang menghidu pakaian yang direndam dalam cecair pencuci menyebabkan ketagihan. Duduk dalam gerabak kosong dalam lingkungan stesen Gothic CST, Ravi berkata, dia menghidu tiga botol kecil cecair itu setiap hari, setiap satunya berharga tiga sen Amerika Syarikat (9 sen) dan digunakan untuk membersihkan peralatan pejabat. Seharian mereka hidup dengan melakukan kerja pengangkut tidak rasmi, berharap kepada ehsan penumpang dan melakukan kerja pelik bagi pihak berkuasa.

Namun apabila mayat atau orang yang cedera dikesan atas landasan berhampiran CST, pegawai stesen memberitahu mereka tugas yang boleh menggandakan pendapatan harian. Mereka menceritakan bagaimana pindahkan mangsa dari rel dengan pengusung atau kadangkala membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke rumah mayat selain mereka yang masih hidup. Sebagai balasan, kuli pengusung ini memperoleh sehingga 100 hingga 150 rupee (RM6 hingga RM9).





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!