Friday, November 9, 2012

Lelaki ini muat turun gambarnya, sedang bakar al-quran di facebook..


Seorang lelaki Serbia telah ditahan setelah memuat turun gambar di Facebook yang memperlihatkan dirinya sedang membakar kitab suci umat Islam, Al-Quran. Pendakwa, Branko Stamenkovic mengatakan pada hari Rabu yang lalu, bahawa lelaki Serbia tersebut disyaki menghasut “kebencian agama dan intoleransi.” Dan dia boleh menghadapi hukuman lapan tahun penjara. Stamenkovic membuat pendedahan bahawa lelaki tidak bermoral itu adalah sebagai Predrag Cosovic dari ibukota Beograd Serbia. Polis menahan Cosovic pada hari Selasa lalu, sehari setelah dia disyaki memuat turun gambar-gambarnya sedang membuat pembakaran Al-Quran.





.

Masjid unik yang dibina oleh makhluk ghaib?


Masjid unik ini dinamakan Masjid Nando. Masjid ini terletak di kampung Nando, Mali, Afrika Barat. Masjid yang dibina sekitar abad ke-12 Masehi ini, menyimpan beberapa misteri, terutama dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya. Menurut masyarakat tempatan, Masjid Nando tidak dibina oleh manusia, melainkan oleh makhluk ghaib yang menyerupai raksasa. Ramai masyarakat Nando yang mempercayainya. Di tambah lagi jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan untuk membina masjid , hingga adanya bekas tapak kaki raksasa pada salah satu sisi masjid. Masjid Nando ini tergolong unik, sebab pada bangunan ini tidak dijumpai adanya marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid pada umumnya.


Seluruh bangunan ini hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid. Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan bentuk lama. Meskipun demikian, pada tiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga terbuat dari lumpur.Berdirinya Masjid Nando adalah pengaruh dari Islam ke Afrika Barat yang mulai tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua suku ini merupakan suku yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara. Bagaimana menurut anda? Benarkah Masjid unik Nando ini dibina oleh makhluk ghaib? Wallahu A'lam.






.

Mengejutkan! Pelakon utama Transformer yang baru


Siapa tak minat dengan filem hebat, Transformer.. Malah setiap filem barunya ditunggu-tunggu peminat. Dan berita terkini mengenai Transformer, pengarah filem blockbuster Transformers Michael Bay mengesahkan aktor bertubuh sasa, Mark Wahlberg bakal membintangi bahagian keempat filem itu. Menurut laporan berita AP, Bay dalam kenyataan pada blognya pada Khamis (waktu tempatan), menyifatkan aktor berusia 41 tahun itu sebagai lelaki paling sesuai untuk menyuntik elemen kecergasan pada francais terbaru filem berkenaan.


Sebelum ini, Bay pernah menafikan pembabitan aktor itu dalam filem aksi pengembaraan tersebut. Dua karyawan seni itu turut bekerjasama dalam projek filem terbaru berjudul Pain and Gain. Transformers 4 yang bakal diedarkan studio filem Paramount Pictures dijadualkan berada di pawagam pada 27 Jun 2014. Bay juga berkata, filem berikutnya itu akan memaparkan hala tuju baru francais tersebut. Tiga bahagian pertama filem itu dibintangi oleh Shia LaBeouf dan Peter Cullen sebagai alih suara watak Optimus Prime. Siri ketiga yang berjudul Dark of the Moon mencatatkan rekod sebagai filem kedua dengan kutipan tertinggi bagi 2011. - AP




P/S - Siapa agaknya pelakon wanitanya?





.

Pawagam salah tayang filem seram untuk kanak-kanak


Gara-gara menayangkan sedutan beberapa babak filem seram, sebuah pawagam dekat sini memohon maaf dan menawarkan tiket percuma sebagai ganti rugi kepada kanak-kanak yang menjadi sebahagian besar penonton filem di situ. Insiden di Pawagam Vue, Reading dekat Berkshire semalam, berlaku ketika kanak-kanak itu sedang menunggu tayangan filem animasi Frankenweenie. Kanak-kanak yang menjadi sebahagian besar penonton, tiba-tiba dikejutkan dengan sedutan babak filem seram sekali gus membuatkan mereka menangis ketakutan sambil keluar meninggalkan pawagam. Bapa kepada seorang kanak-kanak, Ricky Purser berkata, kanak-kanak itu mula ketakutan selepas pihak pawagam menyiarkan sedutan babak filem Paranormal Activity 4 dan beberapa filem seram lain.

''Saya dihubungi penjaga kepada kanak-kanak lain mengenai insiden itu dan saya dapat mendengar tangisan anak saya. ''Sudah tentu saya amat marah dengan kejadian ini kerana kami akan mengalami masalah sukar untuk tidur selepas ini,'' katanya. Sementara itu, jurucakap Vue mengesahkan dan mengakui kejadian itu berpunca akibat kesilapan teknikal. Katanya, pihak pengurusan telah menemui kanak-kanak itu dan meminta maaf sambil memberikan tiket percuma kepada mereka sebagai ganti rugi. - AGENSI






.

Inilah gambar bayi kembar yang dinamakan Obama dan Romney


Seorang wanita Kenya semalam menamakan bayi kembarnya sempena nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan calon Presiden yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden ke-57, Mitt Romney. Akhbar Standard melaporkan, wanita itu, Millicent Owuor, 20, melahirkan bayi lelaki kembar terbabit di sebuah hospital di Siaya pada hari yang sama Obama memenangi pilihan raya tersebut, kelmarin.


Hospital berkenaan terletak berdekatan dengan Kagelo yang merupakan kampung nenek moyang kepada bapa Obama dan nenek Presiden AS tersebut, Sarah Obama masih tinggal di negara Afrika Timur itu. - dpa






.

Pelik, beruang itu pandai tunjukkan reaksi ketika minta makanan


Kebiasaannya, pelanggan akan mengangkat tangan dan melambai ke arah pelayan di sesebuah restoran untuk meminta pesanan atau memerlukan sesuatu. Namun, keadaan itu bukan sahaja dilakukan oleh manusia, malah, seekor beruang di Zoo Duisburg di sini, turut melakukan aksi yang sama untuk meminta makanan. Beruang yang diberi nama sebagai Huanca itu akan mengangkat tangannya dan melambai ke arah penjaga zoo untuk meminta kacang sebaik sahaja bekalan makanannya habis.


Aksi menarik itu sempat dirakam oleh seorang jurugambar amatur dari Amerika Syarikat (AS), Rainer Paul, 56, baru-baru ini. Dengan berdiri menggunakan dua kaki belakangnya, aksi beruang berusia lima tahun itu kelihatan sama seperti pelanggan memanggil pelayan di restoran. "Huanca merupakan seekor beruang yang bijak kerana pandai menyesuaikan diri dan menjadi perhatian pengunjung. "Beruang itu mempunyai sifat semula jadi yang istimewa," kata Paul. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!