Saturday, November 17, 2012

Ular raksasa benar-benar wujud. Ini buktinya......


Anaconda adalah ular raksasa yang sering dikisahkan dalam filem. Namun, benarkah ukurannya sebesar itu? Seorang penyelam Swiss, Franco Banfi, telah membuktikannya sendiri ketika ke daerah Mato Grosso di Brazil. Daerah ini termasuk habitat semulajadi Anaconda. Demi mengabadikan momen-momen istimewa bersama Anaconda, dia memberanikan diri untuk menyelam di sungai yang keruh. Aksi tersebut sangatlah berbahaya, mengingatkan Anaconda bukan ular yang berukuran kecil. Ia boleh saja menyerang dan melilit mangsanya dengan mudah. Tanpa fikir panjang, penyelam profesional berusia 53 tahun itu menyusuri kedalam air yang sangat keruh. Hanya membawa kamera air, Franco berhasil menemukan seekor Anaconda raksasa, yang telah lama dicarinya.


Penyelaman itu dilakukannya selama 10 hari. Sama sekali tak ada rasa takut ketika berdekatan dengan Anaconda berukuran 8 meter. Sebaliknya, Franco malah semakin dekat ke arah ular raksasa tersebut. Beberapa foto yang berhasil diabadikannya menunjukkan momen-momen istimewa seperti seekor Anaconda raksasa yang sedang berjemur di tepi sungai. "Segalanya mungkin terjadi. Tetapi, saya tidak berfikir bahwa ia (Anaconda) akan memakan manusia. Saya sangat dekat dengannya dan bahkan boleh menyentuhnya," Franco menggambarkan betapa tidak ada rasa
takut di dalam dirinya ketika itu.







.

Gambar lukisan ini mampu membuatkan kamu lapar


Seorang seniman berbakat ini mampu mengubah lukisannya menjadi menu makanan menggiurkan, dan membuat orang tergoda untuk merasainya. Seniman berbakat itu adalah lelaki berusia 58 tahun yang berasal dari Belanda, iaitu Tjalf Sparnaay.


Tjalf mampu melukis semirip mungkin dengan benda aslinya. Uniknya lagi, Tjalf hanya memfokuskan dirinya untuk melukis berbagai jenis makanan, seperti berbagai makanan penutup, cheeseburger, kentang goreng, dan sebagainya.


Untuk memasuki dunia seni lukis makanan ini, Tjalf menghabiskan 25 tahun dalam hidupnya untuk menyempurnakan kepakarannya dalam melukis. Jika kamu melihat hasil karya Tjalf, kamu akan tertipu bahawa yang dilihat ternyata bukanlah makanan sebenar melainkan lukisan minyak.






.

Ibu ini membunuh anaknya dengan Al-Quran


Akhbar luar negara melaporkan, bayi seberat sembilan kilogram ditemui mati di rumahnya di Kota Halmstad, Sweden, dengan keadaan mengerikan. Di tubuhnya ditemukan 39 luka lebam. Pendakwa, Anders Johansson mengatakan kebanyakan luka itu diakibatkan oleh hentaman dan pukulan dari kitab suci Al-quran. “Perempuan itu sengaja membunuh anaknya. Dia menyiksanya sampai mati dan Al-Qur`an menjadi senjatanya,” ujarnya di depan mahkamah. Sementara itu, si ibu mengaku perbuatannya adalah disebabkan berminggu-minggu mengalami halusinasi dan melihat di kepala bayinya tumbuh tanduk syaitan.

“Saya juga melihat kepala lelaki tua bahagian tubuhnya. Saya ingin menyelamatkan bukan membunuhnya,” kata perempuan itu. Peguam, Goran Ruthberg menyebut kliennya itu mengalami gangguan jiwa. Dia mengatakan perempuan kejam itu tidak berniat membunuh. Suaminya menangis saat mendengar pendakwa menjelaskan kejadian menakutkan itu dan memaafkan isterinya. “Dia ibu dan isteri yang baik. Ini kejadian menakutkan tapi ini tragedi,” ucapnya.








.

Ibu tunggal curi beg ketika mangsa sedang solat


Seorang ibu tunggal berusia 20 tahun ditahan orang awam kerana mencuri beg tangan dalam surau sebuah pusat membeli belah di sini. Ketua polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek akan mencuri beg tangan mangsa apabila mangsa sedang bersolat. Menurutnya, ini bukan kali pertama suspek melakukan perbuatan itu. Suspek kemudiannya diserahkan kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut. Dari siasatan dijalankan, suspek mengaku tidak bersekolah sejak berusia 15 tahun kerana ketika itu dia melahirkan bayi pertama. “Suspek mengaku melakukan perkara sama di beberapa surau lain. Selain wang tunai, suspek turut melarikan telefon bimbit mangsa sebelum menjualnya. Suspek ditahan lokap di Balai polis Lunas sebelum didakwa di mahkamah,” katanya. -SH





P/S - Gambar sekadar hiasan






.

28 ikan paus pilot terdampar di pantai


Sebanyak 28 ekor ikan paus jenis pilot terdampar di pantai New Zealand, hari ini dan pihak berkuasa cuba mengapungkan haiwan itu yang hampir mati dalam usaha untuk menyelamatkan spesies tersebut. Pengurus wilayah, Jabatan Pemuliharaan (DOC), John Mason berkata, sebanyak 12 daripada ikan paus itu yang terdampar di Golden Bay, South Island sudah mati, manakala selebihnya berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan.' Menurutnya, selalunya ikan paus yang terdampar ketika air pasang besar pada setiap bulan, mempunyai peluang yang tipis untuk kembali ke laut lepas. "Biasanya mereka melakukan begini ketika air pasang sederhana, namun kini air pasang besar.

"Air pasang berikutnya pula tidak akan sampai pada ikan paus ini dan kami sedang memikirkan langkah untuk menyelamatkan ikan- ikan ini, namun selalunya kami hanya membiarkannya kerana kami tidak mempunyai pilihan," katanya. Fenomena ikan paus terdampar di pantai bukan sesuatu yang baru di New Zealand. Januari lalu, kira-kira 100 ikan paus jenis pilot terdampar di teluk yang sama, dengan kebanyakannya mati. Ikan paus pilot termasuk dalam keluarga ikan lumba-lumba dan boleh membesar sehingga enam meter. Sehingga kini, punca ikan paus pilot terdampar di pantai masih belum dikenal pasti, walaupun saintis berkata, ia berlaku apabila sistem pemanduan ikan itu mengalami masalah ketika berada di kawasan air yang cetek. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!