Sunday, December 16, 2012

Larangan menyiarkan lagu bertema romantis atau cinta di stesen tv


Kerajaan Mesir melarang lagu dan video klip bertema romantis atau cinta ditayangkan di stesen tv milik kerajaan. Pengumuman melalui surat khabar kerajaan itu juga menyebut, hanya nyanyian bertema patriotik diizinkan keudara. Stesen tv Al Arabiya melaporkan, kerajaan juga mengharamkan lagu bersifat menyindir tokoh diudarakan melalui seluruh 23 tv milik negara. Para pengguna media sosial juga mula bertanyakan soal larangan memutarkan lagu cinta itu. Pemilik akaun Twitter @dinaelhusseiny mengatakan meskipun larangan itu hanya bersifat sementara, namun dia mengatakan pengumuman dari akhbar kerajaan itu tidak memberikan pernyataan lebih lanjut.

Pemilik akaun @_amroalin menulis, "Bagaimana mungkin lagu cinta dapat menyebabkan kerusuhan,". Komen lain juga menyebut Mesir telah membunuh cinta. Namun, sebuah blog bernama Mina Nagib justru sangsi keaslian pengumuman itu dan mengatakan kenyataan itu mungkin cuma gosip. Langkah mengejutkan ini wujud ketika situasi politik di negara itu meruncing selama beberapa minggu terakhir.






.

Lelaki itu mengaku 'nabi'


Polis Indonesia menahan seorang guru agama berumur 48 tahun di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur, selepas dia mengaku dirinya 'nabi'. Polis percaya lelaki itu yang mengetuai kumpulan dikenali Rantau Bemban, telah memperdayakan pengikutnya untuk memberinya wang dan membenarkannya tidur dengan isteri mereka. Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengisytiharkan kumpulan itu sebagai kumpulan ajaran sesat, manakala polis sedang menimbangkan untuk mendakwa lelaki itu dengan pertuduhan menipu dan murtad, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe pada Sabtu.

Kini lelaki itu menghadapi pertuduhan menipu dan menggelapkan wang. Siasatan mendapati pengikut Rantau Bemban diminta memberi wang kepada lelaki itu untuk membersihkan dosa dan jika mereka tidak mampu berbuat demikian, mereka perlu membenarkannya tidur dengan isteri mereka sebagai cara untuk membersihkan dosa. Setakat ini seorang lelaki membuat laporan mendakwa diperdaya oleh guru agama itu untuk membayar Rp170 juta bagi membersihkan dosanya dan polis percaya puluhan lagi pengikutnya telah membenarkan isteri mereka tidur dengan lelaki itu bagi tujuan membersihkan dosa. - Bernama

Keyboard terbesar didunia ada di China


Keyboard komputer terbesar di dunia ternyata dibuat di China, dan keyboard raksasa tersebut ternyata bukan berbahan plastik sebagaimana umumnya keyboard melainkan dari bambu. Dihasilkan oleh sebuah perusahaan yang selama ini memang terkenal menghasilkan keyboard dan mouse berbahan bambu iaitu Benbu Technologies Company yang beribu pejabat di Jiangxi China. Memiliki rekod tempatan sebagai keyboard terbesar, dan kini sedang dalam proses memecahkan rekod dunia Guiness sebagai keyboard terbesar di dunia. Mereka membuat menggunakan bambu kerana ianya lebih mesra persekitaran.

Keyboard yang memiliki panjang 2.01 meter dan lebar 0.69 meter ini memiliki keunikkan dibandingkan keyboard biasa iaitu disisi tombol numeriknya. Bahagian tombol numeriknya diubahsuai menjadi fungsi abakus atau sempoa dan keyboard terbesar ini boleh mengeluarkan suara bila tombolnya ditekan. Menarik!






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!