Friday, December 21, 2012

Inilah kisah memilukan dari wanita yang sangat kurus


Valeria Levitin ialah seorang wanita yang mengidap anoreksia. Kini berat tubuhnya hanya setara dengan empat buah batu berukuran kecil. Apa yang terjadi pada Valeria bermula dari keinginannya waktu remaja untuk menjadi seorang model. Akhirnya Valeria melakukan diet ketat yang ternyata justru membuatkan dirinya menjadi anoreksia. Meskipun kini Valeria mengaku menyesal dengan diet yang dilakukannya, ramai remaja yang justru menjadikannya sebagai idola.

Sebelum

Menurut Valeria, ramai wanita yang menghubungi dirinya dan meminta tips diet. Valeria menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan tips diet pada siapapun. Dia akan menjadikan dirinya sebagai bentuk peringatan bagi siapapun yang mencuba untuk berdiet.






.

Penakutnya lelaki ni..


Basse Andersen merupakan seorang pekerja di sebuah perusahaan bernama Oestereng & Benestad yang mendadak terkenal di negara asalnya, Norway, setelah rakan sekerjanya memuat turun video dia panik dari berbagai aksi usikan yang mereka lakukan kepada lelaki tersebut. Dia bahkan diberi gelaran “orang yang paling mudah takut di dunia.” Andersen seringkali mendapat usikan dari rakan kerjanya kerana mereka tahu dia adalah orang yang penakut. Bahkan hampir semua pekerja di perusahaan tersebut pernah mengusiknya, dan hal itu menjadi hiburan tersendiri bagi mereka.

Selain itu, mereka mengaku gembira mengusik Andersen, kerana dia bereaksi lucu ketika diusik. Mereka juga sering merakam reaksi lucunya ketika diusik dan dimuat turun ke youtube. Namun hebat, video itu menjadikan Basse orang yang terkenal. Bahkan salah satu rakaman itu telah memenangi penghargaan Best Video Startling.






.

Pasangan ini nikah di supermarket


Jika aktor Hollywood Tom Cruise mendaki menara Eiffel di Ibu Kota Paris, Perancis, untuk melamar Katie Holmes, seorang lelaki Arab Saudi bernama Abdulla Alanazi justru bertukar cincin pernikahan dengan pasangannya di supermarket Carrefour di daerah Sulaimaniya, Kota Jeddah, baru-baru ini. Supermarket itu adalah tempat mereka pertama kali bertemu. Mereka adalah pekerja supermarket itu. "Anda boleh menemui cinta di tempat tak terduga," kata Khalid Al-Maina, pemimpin redaksi surat khabar Saudi Gazette, seperti dipetik oleh stesen tv Al Arabiya. Menurutnya, warga Saudi adalah orang romantik. Peristiwa membahagiakan itu disaksikan oleh beberapa pegawai Carrefour, bahkan oleh pejabat Konsulat Perancis Louis Blin.

Namun Konsulat Perancis di Jeddah membantah laporan itu dengan menyebut pejabat itu hadir dalam rangka merasmikan acara minggu Perancis di cawangan supermarket Carrefour di Jeddah. Dalam sebuah foto di Saudi Gazette pejabat konsulat Perancis itu kelihatan sedang memegang sebuah gelas berisi jus sambil tersenyum kepada pasangan itu ketika mempelai lelaki memasangkan cincin ke jari pasangannya. Sumber mengatakan meskipun mereka berbahagia, mempelai perempuan harus berhenti dari pekerjaannya kerana Carrefour menetapkan peraturan larangan pasangan suami isteri bekerja di tempat yangsama.






.

Pic de Bugarach, lokasi sesuai elak kiamat?


Kerajaan Perancis terpaksa mengeluarkan larangan kepada orang ramai untuk tidak memasuki kawasan pergunungan di barat daya negara ini apabila tempat itu dianggap sebagai lokasi paling selamat untuk menghadapi ‘hari kemusnahan dunia’. Tindakan itu diambil ketika dunia terus dilanda spekulasi tentang ramalan hari kiamat yang dijangka berlaku hari ini, berdasarkan kalendar puak purba Maya. Kawasan pergunungan Pic de Bugarach menjadi tumpuan orang ramai termasuk media sejak spekulasi ramalan hari kiamat tersebar di seluruh dunia. Sehubungan itu, kerajaan Perancis mengerahkan beratus-ratus anggota polis dan bomba ke kawasan itu bagi mengawal situasi, terutamanya daripada pengikut fanatik ajaran New Age.

Di Guatemala, Kementerian Kebudayaannya menganjurkan satu acara besar-besaran sebagai persediaan menghadapi kemusnahan dunia, manakala beberapa agensi pelancongan di negara itu turut menawarkan pakej percutian bertemakan ‘hari kehancuran’. Terdapat beberapa kawasan dan negara lain yang juga dianggap sebagai ‘kawasan selamat’daripada hari kiamat. Pergunungan Himalaya merupakan satu daripada lima tempat paling selamat kerana dianggap sebagai tempat paling tinggi di dunia, selain China, Sierra Nevada, Arizona dan Afrika. Sementara itu di China, pihak berkuasa menahan hampir 1,000 anggota kumpulan Almighty God yang didakwa menyebarkan khabar angin tentang kedatangan hari kiamat. - AFP/AGENSI





P/S - Tengok apa reaksi mereka bila tidak akan berlaku kiamat hari ni..






.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!