Monday, December 24, 2012

Hebat, kereta ini boleh pakai remote


BYD, salah satu pengeluar kereta terbesar di China telah melancarkan sedan F3 Su Rui menggantikan model sebelumnya F3. Dari penampilan, tak ada yang istimewa, tapi disebalik kesederhanaannya itu terdapat teknologi canggih, di mana kereta itu dilengkapi Remote Control (RC) yang fungsinya tidak sekadar untuk membuka pintu atau menghidupkan mesin. Lebih dari itu, dengan memiliki tombol arah, kereta boleh digerakkan dengan kecepatan maksimum 2 kpj (untuk alasan keselematan) dan berada dalam jarak 10 meter.

Jadi, jika kehujanan dan tidak mempunyai payung untuk ke kereta, ia akan bergerak menghampiri anda. Atau parkir dari luar untuk memantau area yang sempit. Masih ada fungsi istimewa lain yang tersedia pada kereta berukuran panjang 4.680 mm, lebar 1.765, tinggi 2.660 mm ini. Seperti monitor LCD 4.3 inci lengkap dengan layanan keseronokkan di dalamnya antara lain radio, sistem navigasi, tv digital, DVD dan juga browsing internet, dan ada banyak lagi. BYD menawarkan produk ini dengan anggaran harga mulai dari 65900 hingga 99900 yuan.






.

Ginjal menyatukan Muslim dan Hindu di India


Terlepas dari ketegangan antara umat beragama di India, kedua komuniti agama terbesar di negara itu tidak boleh mengelak adanya saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Itulah yang terjadi di Rumah Sakit Institute of Kidney Diseases and Research Center (IKDRC), Ahmadhabad. Gandhi, salah seorang pengusaha Hindu dari Vadodara memerlukan penderma ginjal dari golongan darah B-positif. Isterinya, Jayshree bersedia mendermakan salah satu ginjalnya, namun itu sia-sia kerana golongan darahnya A-negatif.  Namun, Gandhi akhirnya mendapatkan penderma yang berasal dari Zubaida, ibu dari pesakit gagal ginjal, Irfan Sindhiya. Sementara, Yayshree memberikan pendermanya kepada Irfan. Selanjutnya, pertukaran ini mendapat persetujuan dari rumah sakit. Pertukaran itu pula yang mempersatukan keluarga itu menjadi saudara.

Gandhi mengatakan tubuh manusia pada dasarnya dibuat tanpa di label dengan agama. Kerana itu, dia mengaku gembira dengan niat tulus keluarga Irfan untuk saling bertukar ginjal. "Zubaida adalah saudara saya sekarang," katanya. Sementara itu, Irfan tak berhenti mengucapkan rasa syukurnya atas pertukaran ini. "Kalau bukan kerana Jayshree, saya tidak tahu," katanya terharu. Asosiate Profesor IKDRC, Vivek Kute mengatakan, ketika persoalan hidup dan mati, agama adalah hal terakhir yang difikirkan. "Kasta, atau agama tidak penting. Yang terpenting adalah melakukan segala kemungkinan untuk menyelamatkan hidup mereka," katanya.






.

Cinta si gadis remaja tertinggi didunia - mereka dipandang pelik?


Gadis remaja tertinggi di dunia ini mengejutkan ramai pihak apabila  bersama dengan teman lelakinya, kerana perbezaan tinggi mereka yang sangat jelas. Elisany da Cruz Silva, 17, berketinggian 6 kaki 8 inci dan terpaksa tunduk ke bawah untuk mencium kekasihnya Francinaldo da Silva Carvalho, 22, setinggi 5 kaki 4 inci. Anak muda, dari Salinopolis di Brazil ini, mempunyai bentuk gigantism kerana tumor pada kelenjar pituitari, yang mengawal pertumbuhan. Doktor telah mengeluarkan tumor. 


Francinaldo berkata kawan-kawannya bertanya perkara-perkara tentang bagaimana dia memeluk teman wanitanya, tetapi dia memberitahu mereka ada cara melakukan segala-galanya. Dia menambah : 'Dia adalah seseorang yang indah. Dia tinggi tetapi dia begitu cantik, dengan muka yang cantik. Saya tidak kisah mempunyai teman wanita yang tinggi. 'Saya berasa bebas dan santai sebagai orang dan tidak peduli apa yang orang lain katakan.' -DM






.

Suami panas baran, isteri jadi mangsa


Seorang wanita bukan sahaja menjadi mangsa sikap panas baran suaminya, malah pernah menggugurkan dua kali kandungannya akibat tekanan dihadapinya. Mangsa yang ingin dikenali sebagai Mashitah (bukan nama sebenar), 31, berkata, kejadian terbaru, dia disepak suaminya yang berusia 29 tahun ketika menghadiri kenduri di rumah mertuanya di daerah ini, malam kelmarin. "Ketika kejadian, suami bertanyakan di mana beg berisi telefon bimbit.Saya memberitahu ada dalam bilik. "Namun ketika itu, suami tersalah mengambil beg dan memaki hamun sebelum menendang saya dari arah belakang,” katanya. Mashitah berkata, dia bukan sahaja ditendang, malah suaminya turut menampar mukanya hingga terjatuh. “Saya ditendang di belakang badan dan ditampar di pipi sebelah kanan,” katanya.

Menurut Mashitah yang mempunyai dua anak berusia empat dan enam tahun, dia mengenali suaminya itu yang berkerja di Sabah sebelum mengambil keputusan untuk bernikah. Katanya, akibat tekanan, dia terpaksa menggugurkan kandungan berusia lima bulan Februari lalu dan kali kedua Oktober lalu ketika kandungan mencecah empat bulan. "Ketika saya mengandung, suami tetap memukul saya dan akibat tekanan itu, saya menggugurkan kandungan,” katanya. Mangsa yang tidak tahan dengan sikap suaminya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan. -SH






.

Ada pesta liar di Port Dickson


Polis berjaya mengagalkan penganjuran satu pesta yang bakal disertai lebih 100 remaja, dipercayai dari ibu negara di PD, malam tadi. Pesta yang dikenali sebagai Moon Soon Beach Party itu diadakan di tepi pantai, lengkap dengan pentas serta sistem pembesar suara, dengan hidangan minuman keras dan dihadiri puluhan pasangan kekasih. Bagi menarik orang ramai, penganjur dikatakan menggunakan nama sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan dan Tourism Malaysia yang dicetak pada tiket yang dijual dengan harga RM165 seorang.

Penganjur juga meletakkan syarat, peserta yang hadir hanya dibenarkan memakai bikini bagi wanita dan berseluar pendek bagi lelaki. Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, polis melakukan gerakan menyiasat motif penganjuran pesta berkenaan hasil maklumat orang awam selepas mendapati aktiviti mencurigakan di kawasan pesta tersebut. -SH






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!