Saturday, December 29, 2012

kekal kukuh walaupun hanya berasaskan dari kayu. Menakjubkan!


Seperti yang kita ketahui bahawa bangunan yang menggunakan bahan dari kayu tidak akan boleh bertahan lama melebihi yang terbuat dari konkrit. Namun sebuah jambatan kayu di China telah bertahan dan kukuh selama 1000 tahun. Jambatan tersebut adalah jambatan Yangmeizhou, berada di desa Xiadang, Shouning County, China. Dengan menggunakan bahan binaan dari kayu, jambatan tersebut masih berdiri dengan kukuh sehingga hari ini. Dipetik dari Dailymail, jambatan kayu tersebut dibuat pada masa Dinasti Ming, iaitu sekitar 1000 tahun lalu. Jambatan tersebut menghubungkan hutan dengan tanaman yang rimbun, hal ini menjadi spekulasi bahawa tidak adanya kerosakkan alam dan akibat banjir yang membuatkan jambatan tetap kekal utuh.


Dilihat dari struktur binaannya, jambatan tersebut memperlihatkan betapa pakarnya tangan-tangan pembuatnya yang sangat menakjubkan. Kayu-kayu yang digunakan disatukan dengan teknik luar biasa, seperti sebuah tenunan yang terbuat dari kayu. Bentuk jambatan yang melengkung menyatukan dengan kedua sisi sungai, sedangkan untuk melindungi penggunanya dari hujan dan panas, terdapat atap yang kukuh disepanjang jambatan. Kerana keadaannya yang tetap terjaga walau telah berusia tua, jambatan ini bahkan dimasukkan dalam warisan dunia oleh UNESCO. -DM







.

Lelaki ini mati kerana makan telur mentah terlalu banyak..


Telur ayam adalah bahan makanan yang murah tetapi memiliki kandungan protein yang tinggi. Namun kebanyakan orang tidak tahu jika terlalu banyak memakan telur – apatah lagi telur mentah, ianya akan membahayakan kesihatan, bahkan efek samping nya juga boleh menyebabkan kematian. Seperti yang dialami oleh seorang lelaki berasal dari Tunisia yang mati selepas melahap telur mentah dalam jumlah yang banyak – ketika sedang melakukan pertaruhan. Diberitakan al-Arabiya, Dhaou Fatnassi mungkin awalnya hanya bergurau bertaruh dengan rakan-rakannya dia boleh memakan 30 biji telur mentah. Namun, ianya tetap dilakukannya demi wang yang tidak disebutkan jumlahnya. Benar, dia boleh memakan sehingga puluhan biji telur. Tapi, ketika sampai ke telur 28, Fatnassi tiba-tiba merasakan sakit perut yang teruk.

Doktor segera dipanggil untuk membuat pemeriksaan. Pemuda malang itu pun dibawa ke hospital kerana keadaannya yang semakin parah. Namun lelaki muda itu mati setibanya di hospital. Hingga saat ini belum diketahui penyebab pasti kematian Fatnassi. Namun menurut situssafeeggs.com, telur yang belum dimasak jika dimakan dalam kuantiti yang banyak akan berbahaya kepada tubuh manusia. Ini adalah kerana, telur mengandungi bakteria Salmonella. Di Amerika Syarikat, telur mentah adalah sebab utama kes Salmonella Enteritidis ketika ini. Sebanyak 4 dari 5 kes Salmonella pasti berkaitan dengan telur mentah. -al-Arabiya







.

Ular saya memang sangat..jinak!


Sambutan ini diadakan di Manila untuk menandakan kedatangan Tahun Cina Ular. Lelaki ini menunjukkan keadaannya yang sedang dalam bahaya 'bermesra' dengan ular sawa, termasuk Burma Python Albino yang terkenal. Ular cantik ini adalah spesies asli di paya berumput di seluruh Asia Tenggara. Ular sawa burma (burmese python) adalah antara ular terbesar di Bumi, dan telah diketahui boleh mencapai sehingga ukuran 23 kaki atau lebih panjang. Dengan selamba, lelaki itu membiarkan dirinya dibelit dan ditindih oleh beberapa ekor ulat termasuk ular yang sangat besar, dan orang ramai memerhatikan 'pertunjukkan menarik' itu dengan teruja.. Selamat datang tahun ular, tahun 2013..





.

Bas mini 9 tempat duduk, bawa 20 penumpang kemalangan terjunam dalam gaung


Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk lima kanak-kanak maut apabila sebuah bas mini yang sarat dengan penumpang terjunam ke dalam gaung di selatan China hari ini, nahas terbaharu yang mencetuskan kemarahan orang ramai. Kenderaan dengan sembilan tempat duduk itu membawa 20 penumpang ketika melalui wilayah Guangxi, lapor agensi berista Xinhua. Sebanyak 10 yang lain terselamat, termasuk seorang bayi berusia tiga bulan tetapi keadaannya kritikal. Awal minggu ini, 11 kanak-kanak tadika China terbunuh apabila van mini mereka naiki terhumban ke dalam parit. - AFP





 P/S - Berita ni kena ambil ikhtibar. Biasanya ada juga sekali sekala nampak bas mini sekolah tu bawa lebih penumpang. Berhimpit budak sekolah dalam tu..huhu







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!