Thursday, January 17, 2013

Inilah destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam


Malaysia dipilih sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam, mengatasi Mesir, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura, menurut satu tinjauan. Tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai lapangan terbang yang mesra pelancong Islam. Tinjauan oleh perunding percutian Crescentrating itu membuat pemilihan berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam.

Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh, antara 50 buah negara yang disenaraikan. Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata. Indonesia, Maghribi dan Jordan turut berkongsi 6.1 mata untuk berada di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga ketujuh dengan 6.0 mata.

Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang. "Malaysia juga berbeza dengan Indonesia yang tidak memberi penekanan kepada penyediaan makanan halal, walaupun ia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penganut Islam di dunia," katanya. Daripada segi destinasi membeli-belah pula, Dubai mengatasi Kuala Lumpur sebagai destinasi tumpuan bagi penganut Islam, diikuti Istanbul, Jeddah, Kaherah, Abu Dhabi, New Delhi, London dan Doha. - AFP





.

Gambar-gambar banjir yang teruk di Jakarta


Hujan lebat yang melanda Jakarta sejak awal minggu ini telah menyebabkan kehidupan lebih 60,000 orang di kota itu terjejas. Setakat ini, hampir 10,000 penduduk Jakarta telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir sejak semalam dan hari ini, termasuk sejumlah 4,311 di kawasan Jakarta Timur.


Sehingga pukul 4.30 petang waktu tempatan, banjir yang melumpuhkan Jakarta juga telah meragut dua nyawa, lapor saluran berita MetroTV. Kedua-dua mangsa masing-masing dari Tanjung Duren dan Kampung Melayu.


Pihak berkuasa berkata, sehingga pukul 1 petang ini, 39 daripada 50 kawasan penempatan yang dilanda banjir semalam masih dinaiki air, terutamanya Kampung Melayu dan Cawang di Jakarta Timur dan Bukit Duri di Jakarta Selatan yang dilaporkan dinaiki air sehingga 2.5 meter. -AGENSI






.

Kerana putus cinta, dia menghadapi gangguan mental dan terpaksa di rantai dirumah


Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di katil. Menurut media, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China. Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam. Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.


“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya. Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah.“Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya.-Agensi







.

Sesuatu yang menarik berada di Universiti Harvard sekarang?


Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu sebagai antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi baru-baru ini. Ayat 135 Surah An-Nisa diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan. Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya, menurut akhbar Ajel


Ungkapan hebat 


“Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah,” kata Abdullah Jumma. Universiti Harvard dibina di Cambridge pada 1636 sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat. - Agensi







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!