Sunday, February 10, 2013

Setelah langgar orang, pemandu ini diserang orang awam kerana disangka dia berniat membunuh mangsa


Seorang pemandu di China terpaksa diselamatkan dari orang awam yang marah, apabila dia di sangka berniat untuk membunuh mangsa kerana meluru keluar dari kereta, sedangkan sebenarnya dia cuba untuk menyelamatkan mangsa. Pemandu, yang hanya dikenali sebagai Zhang, meluru keluar dari kereta selepas tragedi melanggar kanak-kanak berusia enam tahun di Zhengzhou, Wilayah Henan, yang menyaksikan kanak-kanak itu cedera teruk setelah terperangkap di bawah roda kereta. Tetapi apabila pemandu ini menterbalikkan badan kanak-kanak itu, orang awam menyangka dia cuba untuk membunuh kanak-kanak itu setelah melanggarnya.


Dalam masa yang singkat, dia di kepung oleh orang awam yang telah berkumpul dengan niat menyerang Zhang. Kanak-kanak itu meninggal dunia di hospital kemudian dengan kecederaan dalaman yang teruk. Polis akhirnya mengarahkan orang awam bersurai dan dapat mengiringi pemandu itu untuk keselamatan. 'Pemandu tidak bertanggungjawab bagi kemalangan itu. Kanak-kanak itu berlari keluar tanpa melihat kiri dan kanan, 'jelas seorang pegawai. -DM





.

Aneh : Kehadiran banyak 'benda asing' dalam badan membuatkan dia menderita


Berpuluh-puluh paku, jarum dan nat 'bersarang' di tubuh seorang pemuda di daerah Grobogan, Jawa Timur. Akibat daripada itu, Bambang Sujito, 25, kini hanya terbaring lemah di katil di hospital daerah di Grobogan. Lelaki yang berasal dari Kampung Teguhan itu sudah beberapa hari dirawat di Hospital Daerah Soedjati, Purwodadi, Grobogan. Menurut Gunadi, ayah kepada Bambang, kehadiran benda asing di dalam tubuh anaknya itu diketahui tiga bulan lalu apabila anaknya mengadu kesakitan semasa membuang air kecil. "Bambang juga kerap mengeluh sakit di perut selepas makan dan punca kesakitan itu kami ketahui hanya selepas membawanya ke hospital. "Hasil pemeriksaan doktor, terdapat berpuluh-puluh paku, jarum dan nat di dalam tubuhnya," kata Gunadi.

Bambang akhirnya meninggal di rumahnya setelah sempat tiga hari dirawat di Hospital. Doktor Hospital Soedjati Purwodadi mengaku tak sanggup mengeluarkan puluhan benda tajam dari dalam tubuh Bambang. Keadaan Bambang yang kian lemah tak memungkinkan doktor melakukan pembedahan. Kerana itu, pihak keluarga memutuskan untuk membawa Bambang pulang. Di rumah Bambang terus merintih kesakitan menahan sakit hingga akhirnya meninggal. -Okezone.

Shila Amzah hilang sejak 7 hari lalu


Penyanyi terkenal, Shila Amzah, 23, yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu ditemui di Kemaman, Terengganu, malam semalam. Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu yang juga pemenang Asian Wave 2012 itu ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya. Difahamkan, penyanyi itu mula menghubungi bapanya bagi mengetahui lokasi persembunyian selepas berita kehilangan penyanyi itu disiarkan BH, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penemuan penyanyi itu. "Saya dimaklumkan oleh bapa penyanyi itu sendiri, ND Lala, 53, berhubung penemuan anaknya itu di satu lokasi di Terengganu.
 
"Dia (Shila) dilaporkan dalam keadaan selamat. Maklumat lanjut berkaitan penyanyi itu boleh menghubungi ND Lala sendiri," katanya ketika dihubungi. BH hari ini melaporkan, bapa penyanyi yang juga ahli perniagaan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya. Laporan itu dibuat selepas gerakan mencari penyanyi itu menemui jalan buntu. Kehilangan penyanyi itu dipercayai selepas hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dikatakan mendapat tentangan bapanya. -BH






.

Sotong 'terbang' lebih pantas dari pelari pecut, Usain Bolt


Saintis Jepun, hari ini mendedahkan penemuan satu spesies sotong laut yang mampu 'terbang' sehingga 30 meter di udara dengan kelajuan lebih pantas berbanding pelari pecut nombor satu dunia, Usain Bolt. Penyelidik Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto berkata, Sotong Terbang Neon itu, juga berkeupayaan melompat dari permukaan air bagi mengelakkan diri dimakan pemangsa, sebelum membuka sirip untuk terbang pada kelajuan 11.2 meter sesaat. Katanya, pemenang pingat emas Olimpik, Bolt mencatat kelajuan 10.31 meter sesaat ketika memenangi gelaran pelari pecut nombor satu dunia pada tahun lalu.

Penemuan itu didedahkan ketika Yamamoto melakukan kajian bersama pasukan penyelidiknya di kawasan terumbu yang dihuni spesies Sotong Terbang Jepun di barat laut Pasifik, 600 kilometer ke timur Tokyo dua tahun lalu. Ketika menghampiri kawasan itu, sekumpulan sotong berukuran 20 sentimeter secara tiba-tiba melompat dari air setinggi 30 meter untuk menyelamatkan diri daripada pemangsa. "Penemuan kami ini mengesahkan spekulasi orang ramai sebelum ini yang menyatakan mereka pernah melihat sotong terbang. "Kajian kami ini mendapati sotong bukan sekadar hidup di dalam air," katanya. Kajian tersebut telah disiarkan dalam majalah sains Jerman, Marine Biologi pada minggu ini. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!