Saturday, March 2, 2013

Edisi lengkap senarai pemenang anugerah dan gambar di Festival Filem Malaysia ke-25


Memasuki tahun yang ke 25, Festival Filem Malaysia (FFM) sekali lagi dianjurkan dan kali ini ianya lebih meriah dari tahun sebelumnya. Anugerah ini merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia dan diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun.


Anugerah ini telah berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) dan telah dihoskan oleh pelakon dan juga selebriti terkenal, Erra Fazira & Fahrin Ahmad.


Berlangsung gilang-gemilang, anugerah ini telah meraikan jubli perak seiring dengan masuknya sambutan tahun yang ke-25.


Anugerah ini turut diserikan dengan persembahan khas oleh bekas juara Akademi Fantasia iaitu Hazama dengan lagunya, ‘Aku Mahu Dia’, Ella, Rahim Maarof dan lain-lain lagi penyanyi popular.


Berikut ialah senarai penuh pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM 25).

Filem Box Office – Ombak Rindu

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita – Seniwati Mariani Ismail

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki – Datuk Aziz Sattar

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki – Mano Maniam

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita – Lai Meng

Anugerah Khas Juri – Filem Vajram

Pelakon Harapan Wanita – Jojo Goh (29 Februari)

Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam (29 Februari)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap)

Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap)

Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)

Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)

Sinematografi Terbaik – Hariss Hue Abdullah (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Ombak Rindu)

Pelakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan)

Pengarah Filem Terbaik -  Dain Iskandar Said (Bunohan)

Filem Bukan Melayu Terbaik - Petaling Street Warrior

Filem Terbaik - Bunohan























Gambar sumber RotiKaya






.

Awas : Bahaya permainan percuma dalam ipad sebenarnya tidak percuma


Seorang kanak-kanak Britain berusia lima tahun yang bermain permainan percuma di dalam iPad tanpa disedarinya membelanjakan wang bapanya lebih 1,700 pound (RM8,059) ke atas iklan tambahan di tablet itu. Danny Kitchen sebelum itu meminta bapanya kod laluan bagi membolehkannya memuat naik permainan percuma Zombies di dalam iPad. Namun, dia secara tidak sengaja telah membelanjakan wang bapanya ke atas iklan tambahan di dalam iPad. Keesokan harinya, ibunya, Sharon, 44, menerima 19 e-mel daripada iTune untuk pembelian berjumlah 69.99 pound (RM332) ke atas aplikasi untuk membantunya dalam permainan tersebut.

Sharon dan suaminya, Greg, yang berasal dari Bristol menghubungi Apple untuk mendapatkan wang mereka, tetapi sehingga kini masih tidak mendapat sebarang jawapan. Menurutnya, ketika kejadian, mereka menerima ramai tetamu dan menyebabkan mereka terleka.

"Saya tidak membenarkan suami memberikan kod laluan itu, tetapi Danny menyatakan ia adalah permainan percuma. "Saya telah memeriksa akaun bank dan tidak ada sebarang transaksi berlaku, tetapi tidak lama selepas itu saya menerima panggilan daripada pengendali kad kredit yang menanyakan tentang 19 transaksi pembelian dengan setiap satunya bernilai 69.99 pound (RM332). "Keesokannya, saya menerima lebih banyak e-mel dengan jumlah bil keseluruhan ialah 1,700 pound (RM8,059)," katanya. - AGENSI





.

Rumah sewa pelik di Jepun


Kebanyakan ekspatriat muda Jepun di sini didapati memilih untuk tinggal di rumah pangsapuri yang mempunyai keluasan seperti 'keranda'. Pendedahan itu dibuat oleh sebuah stesen televisyen tempatan yang mengadakan program di satu daripada kediaman penyewa berkenaan di daerah, Shibuya. Bandar raya Tokyo yang merupakan satu daripada bandar raya paling sesak di dunia dipercayai menyumbang kepada perkara itu. Menariknya, tuan rumah mengenakan sewa sebanyak 400 pound (RM1,874) sebulan kepada penyewa pangsapuri 'keranda' yang digelar masyarakat Jepun sebagai 'geki-sema' atau rumah kongsi.


Pangsapuri yang lebih menyerupai bentuk sebuah almari itu disusun di atas satu sama lain dengan setiap bilik hanya memuatkan seorang penghuni. Namun rumah kongsi yang hanya boleh memuatkan barang peribadi penyewa dilihat akan mendatangkan kesulitan kepada mereka yang mempunyai ketinggian 1.8 meter untuk meregangkan kaki mereka. Kebanyakan pangsapuri itu disewa oleh golongan profesional muda yang meluangkan kebanyakan daripada masa mereka dengan bekerja dan berada di luar dan menjadikan tempat tersebut hanya untuk tidur semata-mata. - AGENSI






.

Sidang akhbar bersama ND Lala dan Shilla Amzah


Harapan media untuk mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi membabitkan Shila Amzah malam tadi menemui kekecewaan apabila bapanya, ND Lala enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kisah cinta terhalang anak gadisnya itu. Sebaliknya, ND Lala meminta agar media memberikan tumpuan kepada kerjaya anaknya itu yang kini meniti persada antarabangsa, dan bukannya isu kisah Shila yang putus cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. "Saya harap pihak media memahami dan memberi fokus kepada kerjaya Shila yang sedang dirancang untuk ke peringkat antarabangsa," katanya pada sidang akbar yang dibuat di rumahnya di Taman Hulu Langat Jaya, di sini. Shila yang berada di sisi bapanya ketika sidang media itu itu kelihatan sugul dan seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku. Sebelum ini ND Lala dikatakan akan membuat sidang media khas bagi menjelaskan kisah cinta Shila yang dihalang oleh bapanya itu sehingga penyanyi tersebut bertindak menghilangkan diri selama hampir seminggu. - UTUSAN

Gila : Barang yang paling aneh dijual di eBay


Ramai yang memanfaatkan laman eBay untuk menjual barang koleksi mulai dari barang keperluan harian sehinggalah barang yang sukar ditemui. Namun selain itu, ternyata eBay juga menawarkan barang-barang yang aneh dan tidak masuk akal untuk dijual. Daripada semua barang aneh yang di jual di eBay, ini adalah salah satu yang paling bau dan menjijikan, iaitu kentut di dalam balang. Apa yang menghairankan, apa manfaat dari kentut ini sehingga dijual di eBay.

Entah waras ke tidak, namun yang pasti, benda ini memang benar dijual oleh seorang wanita pemilik akaun kbug1978. Dia menjual produk yang sangat unik. “Ini adalah kentut “segar” yang disimpan pada sebuah balang. Wanita itu yakin kentut itu tidak dicemari oleh udara lain. Dan harga permulaan adalah hanya $ 2.50. -eBay





.

INFO : Kronologi Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu


Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;

9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

 Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!