Sunday, March 17, 2013

Haiwan ini bertindak balas dengan keadaan cuaca


Tanggapan bahawa lembu akan duduk apabila hari hampir hujan dan berdiri lebih lama bila keadaan panas, membuktikan ada kaitan rapat antara tindak tanduk haiwan itu dan cuaca, menurut kajian terbaru saintis. Kajian itu memberi kredibiliti kepada cerita rakyat Britain yang mengisahkan ‘sekawan haiwan’ yang berbaring adalah petanda hujan akan turun.


Kaji suhu lembu 

Saintis haiwan secara khusus mengkaji suhu badan ternakan lembu di barat Amerika Syarikat kerana apabila lembu terlalu panas, ia menjejaskan pengeluaran susu. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Arizona dan Northwest Missouri, mendapati lembu berdiri lebih lama dalam keadaan panas kerana ia membantu menurunkan suhu badan. Dengan mendedahkan lebih banyak anggota badan, ia membolehkan haba tubuh haiwan itu terlerai di udara. Apabila lembu terlalu panas, ia lebih banyak membuang air kecil, kurang makan dan kurang mengeluarkan susu.


Elak banyak duduk 

Lembu duduk apabila mahu memelihara haba dan tenaga dan penternak terutama dalam cuaca panas perlu cuba menggalakkan ternakan mereka lebih banyak duduk. Namun itu juga mungkin menjelaskan mengapa cerita lama itu benar iaitu lembu duduk apabila hujan akan turun dalam cuaca sederhana. Seperti diketahui peminat cuaca, hujan selalunya didahului oleh tekanan rendah yang mudah dikesan dan juga petanda keadaan akan menjadi lebih sejuk. - Agensi





.

Lahad Datu: Rakyat Tetap Terhutang Budi Pada Pasukan Keselamatan


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin rakyat tetap terhutang budi kepada pasukan keselamatan meskipun dimanipulasi pembangkang kononnya krisis pencerobohan pengganas di sini adalah satu sandiwara. Beliau berkata rakyat tidak termakan propaganda pembangkang untuk memperkecil pasukan keselamatan kerana hakikinya, sudah sembilan nyawa terkorban, dan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ketika menyertai konvoi Operasi Daulat. "Saya yakin rakyat terhutang budi dan yakin dengan semangat pasukan keselamatan kita. Ini sikap rakyat Malaysia apabila menghadapi keadaan ini, dan akan bersatu dalam mempertahan negara. "Walau ada parti politik cuba pecahkan, tetapi rakyat terus sokong pasukan keselamatan," katanya ketika berucap di Dewan Semai Bakti, Desa Kencana, Felda Sahabat pada Ahad. Dr Mahathir turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan 200 anggota pasukan keselamatan di dewan berkenaan.


Beliau juga berharap semua rakyat, terutama di Sabah, memberi penghargaan tinggi kepada pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus mempertahan kedaulatan negara daripada ancaman luar. Masyarakat Sulu di Sabah juga turut menolak tindakan pengganas itu, walaupun mereka adalah sebangsa, katanya. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata Malaysia harus mempertingkat kekuatan pertahanan negara tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak. Beliau juga yakin pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berusaha mempertingkat pertahanan negara mengikut kesesuaian muka bumi Sabah, dan tidak akan membenarkan serangan pengganas berlaku lagi pada masa depan. "Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berkorban nyawa mempertahankan negara," katanya. -BERNAMA







.

Jenazah lambat dimandikan akibat..


Lagi masalah jenazah lambat diuruskan akibat masalah ketiadaan bekalan air di daerah ini.Terbaharu, penduduk Kampung Atas Kok di sini yang mengalami masalah ketiadaan bekalan air sejak empat tahun lalu, mengalami kesulitan untuk menguruskan jenazah seorang warga emas yang meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 malam tadi. Masalah bekalan air memaksa waris warga emas terbabit terpaksa menadah air bersih selama dua jam sambil dibantu kira-kira sepuluh orang penduduk kampung yang memunggah air bagi membolehkan urusan pengebumian jenazah dapat disegerakan.

Kesulitan itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah Mohd. Ramli Awang, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung tertangguh beberapa jam sebelum selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bunohan dekat sini. Menurut anak Allahyarham, Nur Amira, 21, penduduk kampung terpaksa memecahkan meter air di halaman rumah untuk mendapatkan air bersih bagi memandikan jenazah ayahnya itu.

"Paip di atas rumah langsung tidak keluar air bersih kerana masalah ganguan air tekanan rendah yang sudah berlarutan lima tahun lamanya di kampung ini. "Betapa sukarnya kami nak mandikan jenazah, takkan nak gunakan air dari parit yang digunakan kami setiap hari untuk mandi dan membasuh untuk memandikan jenazah ayah saya ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Utusan






.

Gempar : Ada sesuatu mirip naga di Tibet (2 Gambar)


Sebuah foto mirip sepasang naga yang diambil dari pesawat yang terbang melintasi Himalaya menarik perhatian ramai orang. Foto tersebut diambil oleh seorang fotografer amatur, ketika dia sedang dalam perjalanan ke Amdo (Tibet) untuk menghadiri upacara pembukaan laluan kereta api Qinghai-Xizang. Ketika terbang melintasi Himalaya, tidak sengaja dia melihat dua objek "naga" dan kemudian menangkap gambar.


Dia menyebut objek tersebut sebagai Naga Tibet. Dalam foto tersebut, kedua objek yang muncul memiliki karakter mahkluk merayap. Badannya tertutup oleh sisik, tulang punggungnya bertonjolan yang secara bertahap menipis di bahagian hujung. Meskipun foto tersebut tidak menangkap keseluruhan kewujudan naga, namun cukup untuk memperlihatkan penampilan dua ekor naga raksasa sedang terbang di awan. Foto yang kemudian di muat turun pada laman dan forum di China membuatkan ramai orang hairan. -AP





.

Pelajar itu maut dipanah petir


Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah di sini maut dipanah petir ketika bermain bola sepak di padang Sekolah Kebangsaan Kajang Utama. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang. "Mangsa maut di tempat kejadian, bagaimanapun lima lagi rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi. Sementara itu, menurut sumber, mangsa yang hanya dikenali sebagai Khairul, 18, tinggal di Flat Citra 3, Taman Kajang Utama. "Mangsa merupakan bekas pelajar SMK Sultan Abdul Aziz Shah yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia," katanya. - Utusan




P/S - Gambar sekadar hiasan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!