Wednesday, April 17, 2013

Isteri yang bersalin, suami pula yang tertekan



Satu kajian mendapati suami yang menemani isteri mereka ketika bersalin berdepan tekanan sama seperti ibu-ibu yang mengalami tekanan untuk melahirkan bayi. Mungkin dakwaan itu dianggap remeh oleh golongan ibu yang merasai sendiri kelahiran dan juga melalui pengalaman kehamilan yang sukar sepanjang sembilan bulan, namun kajian yang dilakukan oleh Universiti Oxford mendapati golongan bapa turut mengalami ketakutan mental. Keadaan itu berlaku selepas menyaksikan pasangan mereka melalui kelahiran yang sukar menyebabkan mereka mengalami masalah tekanan selepas trauma (PTSD). "Kebanyakan kes seperti ini berlaku melibatkan proses bersalin yang teruk termasuk kes kecemasan sehingga terpaksa menjalani pembedahan histerektomi (buang rahim).

 "Kehamilan dan proses bersalin sebenarnya melalui tempoh yang panjang dan sukar dijangka. Ia memberi kesan terhadap mental dan fizikal, begitu juga hubungan kekeluargaan," kata Profesor Marian Knight yang mengetuai penyelidikan tersebut. Kumpulan penyelidik mewawancara beberapa lelaki yang menyaksikan pasangan mereka melalui kelahiran termasuk pembedahan kecemasan. Mereka menceritakan tentang keadaan dibiarkan sendirian di kaki lima hospital dengan gambaran yang sedikit tentang keadaan semasa isteri dan anak yang bakal dilahirkan.

Seorang bapa, Darren Dixon mengalami tekanan hingga hampir membunuh diri selepas melihat isterinya, Sarah, mengalami pendarahan teruk ketika melahirkan anak mereka melalui pembedahan. Sarah terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim berikutan komplikasi yang dialaminya dan bayi mereka, pula terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas itu. "Saya mengalami pengalaman menakutkan menyebabkan saya disahkan menghidap masalah sindrom selepas trauma dan tidak boleh kembali bekerja," katanya. - AGENSI




.

Tv salah siar kematian Margareth Thatcher dengan gambar Ratu Elizabeth II


Ketika mantan perdana menteri wanita pertama Inggris, Margareth Thatcher, meninggal dunia, penyiar tv di seluruh dunia bergegas menyiarkan berita itu. Dan oleh kerana ingin menjadi yang terpantas, sebuah stesen berita Taiwan, menyiarkan berita itu dengan menayangkan himpunan gambar Ratu Elizabeth II ketika melaporkan kematian wanita berjulukan Wanita Besi ini. Sementara si penyiar menyebut Thatcher, gambar yang ditayangkan adalah Ratu Elizabeth yang sedang bersalam dengan rakyatnya. Hampir selama beberapa minit tayangan, gambar Ratu Elizabeth dalam berbagai aktivitinya ditayangkan. Stesen itu juga menyebut Thatcher meninggal di usia 88 tahun. Tidak diketahui mengapa stesen menyebut usia itu. Stesen tv itu meminta maaf beberapa hari kemudian setelah penonton mengkritik mereka kerana gagal membezakan antara dua wanita Inggris yang terkenal itu.

Sementara itu, di Thailland, stesen tv Channel 5 membuat kesalahan yang sama, menggunakan foto dari pelakon Meryl Streep ketika mereka melaporkan berita kematian Thatcher. Selama hampir dua minit, saluran itu menampilkan biografi Thatcher dengan gambar-gambar Streep yang memegang watak wanita itu yang memulakan karier politiknya di tahun 1950-an itu dalam filem Iron Lady. Kejadian itu mengejutkan rakyat Thailand. "Kami akan meningkatkan cara kerja kami dan bekerja lebih hati-hati. Kami minta maaf diatas kesilapan yang memalukan ini," tulis stesen itu dalam laman Facebook-nya. Thatcher meninggal dalam usia 87 tahun setelah menderita stroke. -AP






.

Kenapa doktor mencabut semua gigi pesakitnya



Semua gigi Christopher Crist kini tak ada lagi. Doktor sudah mencabut semuanya, walaupun dia datang untuk mencabut tiga gigi saja. Lelaki berusia 21 tahun dari Indiana, yang merupakan penghidap autisme, berkata, ininya membawa dia ke Amazing Family Dental di Indianapolis untuk mencabut tiga giginya. Tapi, doktor mencabut semuanya. "Dia mencabut semuanya hingga habis," kata Crist. "Saya kelihatan aneh sekarang," tambahnya. Crist menjelaskan, kejadian mengerikan itu dimulakan setelah doktor memberinya beberapa pil untuk meringankan rasa sakit.

Ibunya telah memberi tahu doktor, hanya tiga gigi yang akan dicabut. Namun entah bagaimana doktor turut mencabut gigi lainnya. Crist merancang untuk menyaman doktor gigi yang tak disebutkan namanya. Keadaan itu sangat menyusahkan Crist apatah lagi, kini wajahnya kelihatan menakutkan.-Huffington post

Rakyat digesa makan hidangan ayam kerana..



 Media China menggesa penduduk negara ini terus mengambil hidangan ayam bagi membantu memulihkan industri ternakan ayam yang kerugian sebanyak 10 juta yuan (RM4.8 juta) minggu ini, selepas virus selesema burung H7N9 mula menjangkiti manusia. Setakat ini, seramai 62 orang disahkan dijangkiti virus itu dan 14 orang dilaporkan telah meninggal dunia dalam tempoh dua minggu sejak pihak berkuasa menemui virus tersebut pada manusia. "Orang ramai perlu mengelak mengambil hidangan tersebut bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk," kata pengarang Global Times. - AFP






.

TIPS : 20 PETUA KELUARGA BAHAGIA


Setiap insan di dunia ini mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, namun hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada Allah dan RasulNya sahaja yang dapat menikmati kebahagiaan itu. Dalam konteks masyarakat Islam, suami atau bapa merupakan Ketua kepada sebuah keluarga dan suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting melaksana tugas sebagai pemimpin keluarga.

Petua keluarga bahagia

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.






.

Kebolehan semut yang ramai tidak tahu



Ubah rutin harian apabila kesan gegaran akan berlaku Berlin: Semut tahu bila gempa bumi akan berlaku dan mengubah kegiatan sebelum gegaran berlaku. Penyelidik berkata, semut hanya kembali melakukan rutin seperti biasa sehari selepas gempa berlaku. Gabriele Berberich dari Universiti Duisburg-Essen di Jerman membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat tahunan Geosains Eropah di Vienna, Khamis lalu. Berberich dan rakannya mendapati, semut merah hutan suka membina busut mereka di sepanjang kawasan gegaran aktif di Jerman. Ada kira-kira 15,000 sarang semut itu di sepanjang kawasan berkenaan yang retak apabila gempa berlaku. Kamera khas kesan aktiviti semut

Dalam kajian itu, Berberich dan rakannya menggunakan kamera khas untuk mengesan aktiviti semut mulai 2009 hingga 2012. Mereka mendapati, peri laku semut berubah apabila kekuatan gempa melepasi magnitud 2. Sebanyak 10 gempa berlaku dalam tempoh itu membabitkan magnitud 2 hingga 3.2 selain gegaran lebih kecil. Manusia juga boleh mengesan gegaran melepasi magnitud 2. Kumpul makanan waktu siang Berberich berkata, aktiviti biasa semut ialah mengumpul makanan ketika siang hari dan berehat pada waktu malam.

Tetapi, sebelum gempa berlaku, semut tidak akan masuk ke sarang pada waktu malam sebaliknya berada di luarnya. Peri laku pelik itu berlarutan sehingga sehari selepas gempa berlaku, kata Berberich. Semut merah hutan ada sel ‘chemoreceptors’ yang dapat mengesan perubahan tahap karbon dioksida serta sel ‘magnetoreceptor’ yang dapat mengesan medan magnet, katanya. Berberich dan rakannya merancang untuk mengkaji peri laku semut itu di kawasan gempa bumi lebih besar. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!