Sunday, May 19, 2013

Kenapa pemain bola wajar bermain di Bayern Munich?



BAYERN Munich dilaporkan akan membina sebuah masjid di Arena Allianz khusus untuk pemain serta penyokongnya beragama Islam. Dipetik dari Onislam, pembangunan masjid tersebut merupakan permintaan daripada pemain sayap Bayern sendiri, Franck Ribery yang sebelum ini mencadangkan agar kelab tersebut menyediakan ruang buat pemain beragama Islam sembahyang. Menyediakan beberapa kemudahan seperti seorang imam yang akan memimpin solat lima waktu, sebuah perpustakaan dan buku-buku kajian Islam, Bayern mengumumkan akan membiayai 85 peratus daripada kos pembinaan dan baki 15 peratus akan disumbangkan oleh pemain mereka yang beragama Islam. Selain Ribery, dua lagi pemain The Bavarians, Xherdan Shaqiri dan Emre Can juga beragama Islam. -Onislam





.

Kreatif : Cipta topi jadikan kucing singa..


Anda mungkin sudah biasa melihat kucing peliharaan dihiasi dengan aksesori seperti baju, stokin, atau loceng, tapi pernahkah anda terfikir untuk ‘mengubah’ kucing anda menjadi singa dengan hanya memakai topi? Kini hajat anda mampu direalisasikan kerana seorang pereka dari Seattle, Amerika Syarikat (AS), Yumiko Landers tampil dengan ciptaannya iaitu topi haiwan. Topi haiwan yang berbentuk rambut singa itu dihasilkan dengan pelbagai warna seperti perang keemasan, hitam, kelabu dan putih kuning, malah cara pemasangannya juga sangat mudah dengan hanya perlu diikat di bawah dagu kucing atau anjing. Landers berkata, idea tersebut muncul selepas dia mengikuti kelas menjahit yang kebetulan pada ketika itu bertemakan anjing dan kucing.


Jelasnya, dia mula terfikir untuk menghasilkan aksesori berbentuk telinga anjing untuk dipakaikan pada kucing miliknya. “Jahitan saya bagaimanapun tidak menjadi, sebaliknya kelihatan seperti telinga arnab. Beberapa orang kawan yang melihat gambar kucing saya memakai topi itu bertanyakan jika saya boleh menghasilkan topi berbentuk telinga arnab kepada mereka. “Sejak itu, saya mula menghasilkan banyak jenis topi haiwan dan secara tidak langsung telah ‘membantu’ kucing saya menjadi singa," katanya.


Landers turut menghasilkan topi berbentuk monyet dan harimau bintang yang dijual melalui laman web Etsy pada harga antara AS$38 (RM113) dan AS$50 (RM149). Jelasnya, dia tidak terfikir produknya itu menjadi popular sehingga mendapat tempahan yang banyak dari seluruh dunia. “Produk ini saya buat sendiri sepenuhnya dengan bantuan suami, termasuklah proses memotong kain, menjahit dan membungkus," katanya. - Agensi





.

Pelakon Malaysia berlakun aksi daring di luar negara



Lama juga kita tidak Sharifah Amani muncul menerusi lakonan di layar lebar. Tapi, ingat lagi tak mengenai berita yang aktres genit berbakat besar ini pernah menjalani satu penggambaran satu filem terbitan produksi dari Jepun. Dan mungkin dalam masa terdekat ini, kita semua akan dapat menyaksikan lakonanya dalam filem tersebut yang berjudul Redemption Night. Baru-baru ini, triller filem tersebut telah dimuat naik di laman YouTube. Filem arahan Hasoi Takato ini menjalani penggambaran di Malaysia sekitar Disember 2010. Redemption Night menampilkan Sharifah Amani yang membawa watak gadis pelacur. Melihat trailer filem tersebut, ternyata Amani yang memegang watak sebagai Rin nampak daring dan sangat menghayati karakternya. Satu sisi yang berbeza diberikan oleh Amani kali ini.

Terasa tidak sabar mahu menonton filem ini dan diharapkan ia turut di tayangkan di Malaysia, nanti. Selain Amani, beberapa lagi pelakon lagi pelakon tanah air yang turut terlibat seperti Bront Palarae, Azman Hassan Sharon Chong. Diterajui aktor berkaliber Jepun, Akihiro Hirama, filem ini mengisahkan perjalanan dua orang lelaki dari negara Jepun yang datang ke Malaysia untuk tujuan masing-masing dan akhirnya memerlukan antara satu sama lain.

Tatsumi (Akihiro) telah membuka satu kilang di Malaysia tetapi tidak berjaya dan ingin membunuh diri supaya mendapat insurans bagi keluarganya di Jepun, Saijo (Misawa) yang datang ke Malaysia untuk mencari seseorang di sini telah terserempak dengan Tatsumi yang ingin membunuh diri. Tatsumi dan Saijo telah membuat perjanjian dimana Saijo akan menjadi saksi kepada kematian Tatsumi dan dapat 10% dari insurans manakala Tatsumi harus menemani Saijo dahulu dalam pencariannya. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa Rin (Sharifah Amani),seorang pelacur menunjukkan jalan bagi mereka. Perjalanan mereka harungi penuh dengan cabaran dan dugaan. -MD






.

Kisah pelakon terkenal, Sanjay Dutt yang kini menjalani hukuman penjara


Superstar Bollywood Sanjay Dutt yang sedang menjalani hukuman penjara kerana memiliki senjata dan sedang ditempatkan di sel yang dibina untuk militan menyebabkan dia tidak dapat melihat siang dan malam telah meminta untuk dipindahkan, menurut satu laporan, Sabtu. Dutt, 53, menyerah diri pada Khamis untuk menjalani hukuman penjara tiga setengah tahun dalam kes yang dikaitkan dengan pengeboman Mumbai tahun 1993. Peguam Dutt, Rizwan Merchant, telah menuntut pelakon yang ditempatkan di sel bersama lelaki bersenjata Mumbai, Mohammed Ajmal Kasab dipindahkan, menurut akhbar harian Indian Express.

Kasab, kelahiran Pakistan telah ditempatkan di situ November lalu, selepas hampir empat tahun kejadian 166 orang meninggal dunia dalam serangan tiga hari di India. Kubu keluli dibina khas untuk Kasab di penjara Arthur Road di Mumbai itu tidak mempunyai sistem pengudaraan dan pelakon itu tidak dapat membezakan siang atau malam, menurut peguam. "Dia (Dutt) bukan seorang pengganas," dan tidak boleh menjalani hukuman di dalam sel seperti itu, peguam dipetik sebagai berkata. Tiada komen diperolehi dari penjara. -AP





.

Serius : Isteri Didera Hingga Mati Kerana Enggan Rujuk


Seorang suri rumah meninggal dunia dipercayai akibat didera suaminya di sebuah rumah di Taman Bahagia, Jalan Puchong di sini. Wanita berumur 28 tahun itu meninggal dunia sejurus dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 1.10 pagi. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata terdapat kesan lebam yng baharu dan lama di seluruh badan mangsa. "Kami kini dalam usaha memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Beliau berkata suami mangsa iaitu seorang tukang masak dilapor mendera mangsa kerana mangsa menolak ajakannya untuk merujuk semula setelah mereka tidak tinggal sebumbung sejak Febuari lepas. Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian, tambahnya. - Bernama




 P/S - Gambar sekadar hiasan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!