Monday, May 27, 2013

Petua Untuk Kurangkan Bayi Muntah Susu


• Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu.

• Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.

• Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu.

• Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa.

• Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur.

• Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur.

• Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.

• Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.





.

Lihat bagaimana sukarnya rakyat Palestin mendapatkan makanan KFC



Peminat makanan segera, KFC di semenanjung Gaza nampaknya sukar mendapatkan makanan itu. Walaupun syarikat penghantaran, Syarikat Al-Yamama berjaya menyeludup KFC melalui terowong rahsia iaitu terowong di bawah sempadan Mesir, namun harga makanan itu mencecah sehingga tiga kali ganda daripada harganya yang sebenar. Syarikat penghantaran berkata, harga yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh biaya pengangkutan dan penyeludupan.


Syarikat Al-Yamama itu juga mendedahkan, lelaki yang menghantar makanan itu turut mengalami halangan lain. Ini termasuk keselamatan Hamas, yang memeriksa kotak, perkhidmatan teksi yang tidak boleh dipercayai di sebelah Mesir dan kemungkinan Israel mungkin menghantar pesawat perang untuk mengebom terowong.-AP





.

Dua remaja pulangkan RM246,915 kepada pemilik


Dua remaja Norway yang menemui wang berjumlah 467,200 kroner (RM246,915) di dalam sebuah kereta api, semalam, bertindak jujur apabila memulangkan wang terbabit kepada pemiliknya. Kedua-dua remaja tersebut menemui wang itu dalam sebuah beg yang ditinggalkan di atas kerusi kereta api yang beroperasi antara Oslo dan sebuah pekan kecil di tenggara negara ini. Mereka memulangkan wang berkenaan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pasport pemiliknya yang terdapat dalam beg itu. - AFP





.

Video 'mengerikan' dari Syria dikritik


Video yang menunjukkan seorang pemberontak Syria menggigit jantung tentera kerajaan yang mati, mendapat kritikan hebat. Rakaman video, yang tidak dapat disahkan keasliannya, menunjukkan seorang lelaki memotong jantung mayat tentera. "Saya bersumpah kepada Tuhan kita akan memakan jantung dan hati kamu, kamu tentera Bashar," kata lelaki itu dengan merujuk Presiden Bashar al-Assad ketika berdiri di atas mayat. Organisasi hak asasi manusia yang bermarkas di Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW), mengatakan pelaku di video adalah Abu Sakkar, seorang pemberontak terkenal dari kota Homs. HRW mendedahkan Abu Sakkar adalah pemimpin kelompok Brigade Independen Omar al-Farouq. Organisasi itu mengecam keras tindakan pemberontak seperti tertera dalam video.


Menurut HRW, orang-orang yang disyaki melakukan tindak kejahatan perang harus diserahkan ke mahkamah kejahatan perang internasional. Sementara itu di Syria, pelaku khabarnya akan dibicarakan. Wartawan BBC, Jim Muir melaporkan rakaman video ini merupakan salah satu yang paling mengerikan yang muncul dari Syria selama konflik lebih dari dua tahun. Sebelumnya pengkaji hak asasi manusia PBB, Carla del Ponte mengatakan terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pasukan pemberontak Syria menggunakan senjata kimia. -BBC





.

Petua Tradisional Untuk Melebatkan Rambut


Ini adalah petua tradisional untuk melebatkan rambut

Petua 1: Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca Selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.

Petua 2: Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.

Petua 3: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.

Petua 4: Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.

Petua 5: Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan hingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam.

Petua 6: Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Perahkan santan daripada 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yang pekat saja. Kemudian, jerang di dalam kuali besar yang tebal. Seeloknya guna dapur kayu kerana memasak minyak kelapa mengambil masa yang panjang. Kemudian biarkan ia sejuk sebelum anda jaramkan pada kepala anda.

Petua 7: Minyak bijan juga bermanfaat untuk melebatkan rambut anda. Campurkan minyak bijan dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Ia akan mengharumkan minyak tersebut. Untuk mengelakkan ia berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.

Petua 8: Ambil biji betik yang masak, jemur dan keringkan sehingga betul-betul kering. Kemudian goreng dalam beberapa minit dan tumbuk halus. Campurkan biji betik ke dalam sebotol minyak keapa. Sapu di kutli kepala. Amalkan selalu.


Semoga menjadi petua berguna..






.

Kenapa bayi ni dinamakan begitu?


Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dinamakan 'Mahasen' oleh penduduk kampung yang berharap nama itu dapat melindungi mereka daripada ancaman bencana alam tersebut. Menurut seorang pegawai kerajaan, Mahmud Alam, bayi itu dilahirkan pada awal pagi Khamis lalu di sebuah pusat perlindungan sementara, beberapa jam sebelum Taufan Mahasen melanda Bangladesh. Bayi lelaki itu dan ibunya dilaporkan berada dalam keadaan sihat. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!