Saturday, June 1, 2013

Inilah pasangan g@y Perancis pertama yang akhirnya berkahwin secara rasmi


Walaupun mendapat bantahan daripada orang ramai dan pihak gereja, namun sepasang lelaki gay akhirnya meneruskan perkahwinan mereka apabila rang undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis diluluskan di Perancis. Pasangan gay pertama tersebut, Vincent Autin, 40, dan Bruno Boileau, 29, melangsungkan 'perkahwinan' mereka di sebuah bangunan perbandaran di sini sambil dikawal ketat oleh polis pencegah rusuhan. Beberapa minit sebelum pasangan itu bersedia memasuki dewan tersebut yang dihadiri 500 tetamu termasuk wartawan, sebutir bom asap dilepaskan di kawasan bangunan tersebut.


Rang undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis yang diluluskan pada minggu lepas, merupakan pencetus kepada masalah pentadbiran Presiden, Francois Hollande. Ia mendapat bantahan daripada pemimpin-pemimpin agama, pergerakan berhaluan kanan dan pertubuhan keluarga. Menteri Dalam Negeri, Manuel Valls berkata, tindakan mengecam golongan gay semakin meningkat dan Perancis mungkin memperketatkan hukuman perbuatan jenayah terhadap kebebasan golongan tersebut. - Reuters





.

Jangan buat pembedahan pada hujung minggu



Pesakit yang merancang untuk menjalani pembedahan pada hujung minggu mempunyai risiko 82 peratus lebih tinggi untuk meninggal dunia berbanding jika melakukannya pada hari Isnin, menurut kajian terbaharu Kolej Imperial London. Penemuan mengejutkan itu menunjukkan bahawa kadar kematian bagi pembedahan elektif akan meningkat pada hujung minggu. Kajian itu buat pertama kalinya turut menyatakan pembedahan di awal minggu lebih selamat berbanding hari lain dengan hari Jumaat serta hujung minggu adalah tempoh paling berbahaya. Kajian itu melibatkan empat juta pembedahan elektif di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), England antara tempoh 2008 hingga 2011 yang melibatkan pesakit yang sekurang-kurangnya telah bermalam satu malam di hospital.

Pembedahan elektif biasanya melibatkan prosedur seperti pintasan jantung, menggantikan tulang pinggul dan lutut, pembedahan gastrik dan pembedahan mengeluarkan rahim. Sepanjang penyelidikan itu, sebanyak 27,500 pesakit meninggal dunia dalam tempoh 30 hari selepas pembedahan dengan risiko lebih rendah kepada mereka yang menjalani pembedahan yang sama pada hari Isnin. Pembedahan pada hari Selasa mempunyai risiko yang minimum, tetapi tahap risiko meningkat 15 peratus pada hari Rabu, 21 peratus pada hari Khamis dan 44 peratus pada hari Jumaat.

Sementara itu, hampir satu daripada 20 pembedahan akan diadakan pada hujung minggu iaitu ketika tahap risiko berada pada kadar 82 peratus, menurut kajian yang disiarkan di bmj.com itu. Ketua penyelidik, Dr. Paul Aylin berkata, tempoh 48 jam pertama selepas pembedahan sering menjadi tempoh paling kritikal bagi pesakit yang dibedah. "Kegagalan menyelamatkan pesakit boleh disebabkan oleh isu-isu seperti pengurangan kakitangan dan ketiadaan kakitangan pada hujung minggu. "Pesakit yang lemah adalah lebih berisiko untuk mati ketika pembedahan dilakukan pada hujung minggu," katanya. - AGENSI






.

Wanita buta ini menjual 4 bayinya dalam tempoh 7 tahun kerana suaminya tidak bekerja



Seorang wanita buta di China mengaku telah menjual empat bayinya yang baru lahir untuk menyara keluarga kerana suaminya tidak boleh berkerja. Antara tahun 2005 dan 2012 Du Xiurong, dari Kampung Shibei dalam Mianyang, barat daya Provinsi Sichuan China, menjual empat bayi yang baru dia lahirkan - tiga perempuan dan seorang lelaki. Secara keseluruhan, Du, telah melahirkan enam orang anak, tetapi hanya menyimpan anak sulungnya seorang perempuan. Bagi Du, dia yakin tiada yang salah dengan perbuatannya, dan dia berkata: 'Saya telah memberikan bayi kepada keluarga yang tidak dapat melahirkan anak. Mereka mahu bayi dan saya telah membantu mereka. '

Pada januari yang lalu, Du Januari telah ditahan kerana menjual anak-anaknya, tetapi dia dikeluarkan tidak lama selepas itu kerana kecacatannya. Menurut Du, yang buta dalam kemalangan ketika dia berusia lima tahun, dia telah berkahwin ketika dia 14 tahun. Du melahirkan anaknya yang pertama, lelaki, Cheng Jin, pada tahun 1991.


Kemudian pada tahun 2000 dia telah melahirkan anak perempuan pertamanya, Sun Miao. Ketika itu dia sedar, untuk membesarkan anak, mereka memerlukan wang yang banyak untuk pendidikan mereka. Jadi Du membuat pilihan, untuk melahirkan dan menjual bayi itu. Pada tahun 2005, Du menjual anak kedua dengan harga 2500 Yuan (£ 268). Dalam tempoh tujuh tahun berikut Du menjual tiga lagi bayi. -AP






.

Pesawat buat pendaratan cemas kerana penumpang cuba gantung diri dalam tandas


Sebuah pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing terpaksa membuat pendaratan kecemasan ke Alaska ekoran seorang penumpang cuba menggantung diri di tandas pesawat tersebut semalam. Syarikat Penerbangan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, pesawat UA851 dari Chicago itu berlepas Rabu lalu terpaksa membuat pendaratan di Anchorage kerana `rawatan kecemasan’ selepas seorang penumpang terpaksa di tahan di hospital tempatan. Sementara itu penumpang lain terpaksa bermalam di bandar raya itu ekoran kejadian tersebut. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!