Monday, June 3, 2013

Gempar : Doktor c@bul pesakit



Seorang doktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang ahli perniagaan di kliniknya bulan lalu. Dr. T. A. Alagaratnam Sivarajah, 63, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan tersebut. Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa yang berusia 50 tahun dengan memeluk pinggang, mencium bibir sambil menyelak bajunya sehingga menampakkan pakaian dalam.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di Poliklinik Simpang Pulai, No. 63, Persiaran Sengat Baru Dua, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini antara pukul 11.30 pagi dan 12 tengah hari, 22 Mei lalu. Majistret Nur Syafiqah Noorinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Julai ini untuk sebutan semula kes. - Utusan






.

Pesawat yang membawa seramai 165 penumpang terbabas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa


PESAWAT Cebu Pacific yang membawa seramai 165 penumpang terbabas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Davao di Filipina pada Isnin. Cebu Pacific yang merupakan syarikat penerbangan kedua terbesar Filipina dalam satu kenyataan berkata, penerbangan menerusi pesawat 5J 971 itu mendarat dengan selamat tetapi ‘terbabas sedikit’ ke arah kiri di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Davao ketika hujan lebat. Kesemua 165 penumpang selamat dan dibawa menggunakan bas ke terminal lapangan terbang, kata syarikat penerbangan itu. - EPA






.

Amanah terkini dari Perdana Menteri buat penjawat awam


Sudah hampir sebulan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berlalu dan dunia menerima keputusan rakyat memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara, maka anggota penjawat awam mempunyai tanggungjawab besar untuk bersama-sama menunaikan amanah rakyat itu, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, penjawat awam harus mula mengorak langkah membina kesejahteraan dan membantu memajukan negara melalui usaha perubahan yang diinginkan rakyat daripada kerajaan.

"Penjawat awam tidak mampu menoleh ke belakang, membuang masa dengan 'politiking berlebihan', kerana ia akan hanya mengalih tumpuan daripada usaha yang lebih besar, iaitu untuk menunaikan amanah yang diberikan rakyat pada PRU-13," katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri selepas PRU13, di Dataran Perdana di sini, hari ini. Najib berkata dunia telah menerima keputusan rakyat Malaysia pada PRU-13 yang memberikan mandat kepada BN untuk memimpin negara berdasarkan ucapan tahniah yang diterimanya daripada ramai pemimpin dunia.

"Kini sebagai sebuah negara, mari kita perlihatkan bahawa kita pengamal demokrasi matang, bukan saja akui kita menerima proses demokrasi ini, tapi yang penting selepas selesai pilihan raya, kita tunjukkan bahawa kita ialah penerima demokrasi parlimen yang cukup matang," katanya. "Sebagai sebuah kerajaan, kita akan teruskan usaha membawa perubahan dan transformasi, kerana rakyat sudah menunjukkan bahawa mereka mahukan perubahan, dan ia boleh dilakukan tanpa menukar kerajaan," katanya. -BH






.

Gempar : Penyanyi Dafi ditangkap khalwat?


Seperti sukar untuk dipercayai. Namun itu yang tertera dalam sebuah akhbar mingguan semalam yang menyebut, penyanyi Dafi di dakwa ditangkap khalwat, baru-baru ini. Kejadian tersebut berlaku semasa Dafi menjalani penggambaran drama di Batu Pahat, Johor. Dafi di dakwa tidur sebilik dengan pembantu peribadi (PA)nya. Cerita penyanyi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu ini, kira-kira jam 1 pagi bilik diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat. Mereka minta izin untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang dia bersekedudukkan dengan wanita.

 Walaupun terkejut namun kata Dafi, dia memberikan kerjasama kerana yakin yang dia tidak membuat apa-apa kesalahan. Selepas tidak menjumpai apa-apa bukti, kumpulan itu meminta maaf da beredar. Menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita.

Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik. Apapun keadian tersebut memberi satu pengajaran besar buat Dafi. Dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya tidak semuanya begitu. Dafi juga bersyukur kerana keluarganya sangat memahami dan meminta berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang sewenangnya mengambil kesempatan dan tidak mahu kejadian tersebut berulang. - Utusan





.

Harga rokok naik lagi


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat-kuasa Isnin. Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi". Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. "Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh. Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50 
KENT range RM10.50 
BENSON & HEDGES RM10.50 
PETER STUYVESANT range RM9.00 
PALL MALL range RM9.00 
PALL MALL Plain RM10.90 
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90 
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. -Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!