Monday, June 17, 2013

Penemuan mengejutkan di Sungai Yu


Seorang Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) menemui fosil cengkerang berusia 260 juta tahun di Sungai Yu, berdekatan Merapoh di sini. Penemuan itu membuktikan hasil kajian fosil berkenaan lebih tua usianya berbanding fosil ditemui di Taman Emas, bandar Kuala Lipis berusia 230 juta tahun yang dibuat pada 2011. Ahli Paleontologi IGM, Ahmad Rosli Othman berkata, daerah ini mempunyai banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman pra-sejarah. "Fosil cengkerang ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaiktaraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu. "Fosil itu terletak lapisan batu lumpur merupakan jenis Brakiopoda yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek," katanya kepada pemberita di Sungai Yu di sini hari ini.

Menurutnya, antara spesies Brakiopoda yang dapat dikenal pasti di kawasan sama iaitu Leptodus sp.,Transennatia sp. dan Spyridiophora sp. Beliau yang juga penyelidik dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, menerusi penyelidikan itu bahawa Merapoh berada di dasar lautan antara 250 hingga 260 juta tahun lampau dan menjadi habitat hidupan laut purba yang primitif. "Haiwan primitif ini berenang bebas di lantai lautan yang relatifnya agak dalam dan beriklim panas. Kemudiannya, apabila mati akan tertimbus oleh enapan keladak kekal yang menjadi batu dalam tempoh beratus juta tahun lamanya," ujarnya.

Katanya, haiwan purba itu hidup pada zaman sebelum berlakunya kepupusan masa di muka bumi iaitu kira-kira 252 juta tahun lampau. Menurut beliau, menerusi proses geologi dasar laut berkenaan timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang wujud di Merapoh.

Justeru, katanya, apabila terdapat projek pembangunan seperti pembinaan jalan raya di sini, bumi yang menyimpan banyak rahsia alam akan terungkai menerusi penemuan fosil cengkerang di lokasi berkenaan. "Berdasarkan kajian paleontologi, hidupan primitif ini pernah hidup di sekitar 260 juta tahun lampau atau secara saintifiknya berada dalam tempoh zaman Lopingian dan Permian," jelasnya. Katanya, kawasan Merapoh diumpamakan 'kitab sejarah bumi' yang memaparkan fenomena kehidupan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini kira-kira 200,000 tahun lalu. -Utusan





.

Inilah sebab sebenar Kerajaan Arab Saudi potong kuota jemaah haji


Arab Saudi akan mengurangkan jumlah jemaah haji pada tahun ini ekoran kerja-kerja pembinaan untuk memperluaskan kemudahan di tanah suci Mekah. Menteri Haji Arab Saudi, Bandar Hajjar berkata, pihak berkuasa membuat keputusan mengurangkan jumlah jemaah haji sehingga separuh dari Arab Saudi dan kira-kira 20 peratus jemaah dari luar negara. ''Tindakan ini hanyalah bersifat sementara,'' katanya yang dipetik agensi berita rasmi, SPA semalam. Banda berkata, peluasan Masjidil Haram di Mekah akan menambah kapasiti dan keluasan yang membolehkan kira-kira 2.2 juta orang menggunakannya pada satu-satu masa.

Kira-kira 3.1 juta orang mengerjakan ibadah haji pada tahun lepas, dengan kebanyakannya merupakan jemaah asing. Keputusan itu juga diambil ketika Arab Saudi mengambil langkah berjaga-jaga membendung penyebaran virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS). Kira-kira 28 orang di negara ini meninggal dunia sejak September lalu akibat jangkitan virus berkenaan. Penganut Islam di seluruh dunia dijangka mengerjakan ibadah haji pada Oktober ini. - AFP





.

Gambar terkini Fasha Sandha yang kembali berlakon selepas melahirkan anak


Gambar terkini Fasha Sandha yang kembali berlakon selepas melahirkan anak | SETELAH sekian lama menyepi dalam industri seni, aktres jelita, Fasha Sandha kini kembali menjalani penggambaran bagi drama terbaru berjudul Tentang Hati. Baru sahaja melahirkan bayi pertamanya, Putra Rayfal, Fasha kelihatan lebih berseri dengan penampilan terbarunya itu. Malah menerusi Twitternya, Fasha turut memuat naik gambarnya di lokasi penggambaran. Menurut Fasha, dia telah memulakan penggambaran sejak 10 Jun lalu. Kali ini pelakon berbakat itu bergandingan dengan dua hero kacak iaitu Aaron Aziz dan Rusdi Ramli dalam drama arahan pengarah terkenal, Feroz Kadir. -SH





.

Pengacara Akademi Fantasia musim ke 10 (AF10)?


Pengacara Akademi Fantasia musim ke 10 (AF10) | Pengacara nombor 1 negara Datuk Aznil Nawawi bersikap terbuka sama ada diberi peluang terlibat atau sebaliknya dalam program Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10) yang akan kembali bersiaran tidak lama lagi. Aznil, 51, berkata walaupun telah menerajui program itu selama beberapa musim, beliau tetap menyerahkan segala urusan, terutama urusan pemilihan pengetua dan pengacara kepada pihak pengurusan Astro. "Baik dalam pemilihan pengetua atau pengacara, saya sangat terbuka. "Cuma saya sering bertanya kepada mereka, jika saya dipilih adakah saya boleh diterima lagi. "AF 10 tahun dulu memang saya mulakan sebagai pengacara, tetapi adakah selepas 10 tahun ia masih sama dan inilah yang saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk dibincangkan," katanya. Aznil berkata demikian ketika mengikuti percutian bersama media ke Phuket dan Krabi, Thailand menaiki kapal Star Cruise Libra.

Aznil, atau lebih mesra disapa Pak Nil antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi pengetua atau pengacara program realiti yang dijangka ditayangkan pada September ini. Beliau menambah, dalam program besar dan popular seperti AF, pemilihan pengacara atau pengetua sangat penting kerana mereka secara tidak langsung menjadi penghias. Katanya, sebagai salah seorang warga kerja di Astro, beliau turut dipanggil oleh pihak pengurusan untuk sama-sama duduk dan berbincang dan memberi pandangan mengenai perkara ini. "Saya ada dipanggil tapi saya tak tetapkan kemungkinan kerana ia perlu dilihat dari pelbagai aspek untuk memberi nafas baru dan menambahkan kehangatannya," katanya. Jelasnya terdapat juga nama pengacara lain yang berbakat besar disenaraikan untuk mengendalikan rancangan ini.

"Ada Zizan, Nabil dan beberapa nama lain yang saya tak nafikan mempunyai bakat besar dalam bidang pengacaraan. "Tapi timbul masalah apabila nama-nama ini seolah-olah telah sebati dengan program realiti lain yang pernah dikendalikan mereka sebelum ini. "Inilah yang perlu pihak pengurusan fikir dan bekerja keras," katanya. Dalam pada itu, Aznil menolak dakwaan bahawa AF sudah tidak lagi relevan pada masa kini. Malah, katanya, beliau tetap akan memberikan sokongan terhadap rancangan ini walaupun tidak diberi peluang untuk menjayakannya.

"AF sudah 'tutup kedai' dua tahun tetapi dalam masa dua tahun itu rancangan realiti manakah yang relevan?. "AF telah memberi sumbangan dalam industri contohnya Hafiz dan Adira yang mempunyai vokal mantap, malah Hafiz menang vokal terbaik. "Ini menunjukkan AF bukan program sia-sia," katanya. Mengulas lanjut mengenai pelayarannya, beliau berkata percutian seperti ini wajar dicuba kerana ia berbeza dengan percutian biasa dan terdapat restoran yang mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di dalam kapal. -Mstar






.

Isteri curang kantoi dengan suami sendiri



Isteri curang kantoi dengan suami sendiri | Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung. Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu. Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu. Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku. Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan. Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis. Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu. Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi. Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini. Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan. Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut. Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. -SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!