Sunday, July 14, 2013

Rahsia kulit mulus sepanjang Ramadan



Rahsia kulit mulus sepanjang Ramadan | Sewaktu bulan Ramadan, keupayaan tubuh badan untuk melakukan rutin harian pasti tidak seaktif seperti sebelumnya. Perubahan ini berlaku akibat air di dalam badan yang tidak mencukupi hingga menyebabkan tubuh badan lesu dan tidak bermaya. Sistem badan juga pasti terkejut kerana tidak mendapat keperluan yang secukupnya dan sudah tentu kulit akan mengalami perubahan. Jika keperluan itu tidak dilengkapi, kulit cenderung menghadapi masalah seperti kering, kusam dan mudah ditumbuhi jerawat. Justeru, pemakanan yang baik sangat penting untuk memelihara kecergasan tubuh serta kecantikan kulit di bulan yang mulia ini. Menurut Perunding Dermatologi, air yang cukup sangat penting untuk kulit cantik dan sihat kerana air membantu menyahkan toksin di dalam badan.

Bagi memastikan kulit sentiasa bersih, elakkan mengambil minuman berkarbonat dan amalkan minum air masak dan jus buah-buahan. Selain itu, anda juga boleh mengambil beberapa jenis makanan yang membantu masalah kulit kering seperti buah gajus dan badan yang kaya dengan serat, asid lemak dan protein untuk menyerikan wajah. Kurma, strawberi dan beri biru juga mampu memberi nutrien vitamin A, zat besi, kalium, kalsium dan magnesium kepada kulit kerana kandungan antioksidanya yang tinggi membantu kesihatan kulit. Aprikot juga membantu proses penghadaman dan meningkatkan kecergasan badan. Ketika berbuka, amalkan makan makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, sup sayur dan anggur yang mengandungi 90% air.

Gado-gado dan pecal juga sangat digalakkan kerana mempuyai banyak khasiat dan serat. Untuk makanan yang bersantan seperti kari, tukarkan santan dengan susu rendah lemak untuk mengurangkan kolesterol. Bagi minuman pula, lai chi kang yang mengandungi buah seperti barli, biji teratai, kacang ginko juga boleh memberi kebaikan kepada tubuh. Antara makanan yang patut diambil ketika puasa ialah ayam, telur, kekacang, tofu, ikan dan makanan laut manakala makanan yang patut dielakkan ialah sosej, makanan sejuk beku, makanan dalam tin, daging segera dan telur masin.





.

Terkini : Keadaan bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak


Terkini : Keadaan bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak  | Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada Sabtu menziarah Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini. Beliau yang diiringi Setiausaha Politiknya Datuk Azimi Daim tiba kira-kira 12.55 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira 20 minit melihat keadaan bekas menteri besar Kedah itu di Unit Rawatan Rapi. Mukhriz kemudiannya memberitahu pemberita bahawa Azizan kelihatan semakin pulih dan keadaannya adalah stabil. "Kali ini saya datang melawat beliau, beliau sedar dan kenal saya dan cuba nak bercakap, walaupun suaranya tak berapa nak keluar. "Saya rasa ini satu keadaan ataupun perkembangan yang jauh lebih baik daripada waktu saya datang lebih sebulan lepas. Alhamdulillah, nampak keadaannya lebih elok dari dulu," katanya.

Mukhriz berkata beliau turut memberitahu Azizan bahawa pihaknya meneruskan tradisi beliau dengan mengadakan kuliah setiap Sabtu di Seri Mentaloon, iaitu kediaman rasmi menteri Besar. "Itu yang saya nak laporkan tadi. Tapi oleh kerana suara beliau tak berapa nak keluar...yang saya dapat faham, beliau ucapkan terima kasih atas kunjungan saya hari ini," katanya. Sementara itu isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata suaminya berhasrat untuk mengadakan kenduri bagi kakitangan HPP. "Beliau minta untuk sedekah kenduri lembu bagi pihak hospital. Bulan puasa beliau selalu buat kenduri, jadi beliau minta untuk buat kenduri untuk hospital," katanya.

Faekah berkata keadaan suaminya kini bertambah baik, bagaimanapun proses pemulihan mengambil masa lama dan katanya Azizan menggunakan cara bertulis untuk berkomunikasi. Azizan, 73, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis awal Mei lepas. Beliau dipindahkan ke HPP pada 8 Mei dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya, dua hari sebelum itu.

Antara kenamaan dan pemimpin yang telah melawat Azizan ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah terpaksa melepaskan jawatan menteri besar berikutan kekalahan pembangkang kepada BN di Kedah pada pilihan raya umum ke-13. - Bernama





.


Gambar kereta api tergelincir di Sabah


Gambar kereta api tergelincir di Sabah | Kira-kira 80 penumpang sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Tanjung Aru ke Papar terpaksa meneruskan perjalanan mereka dengan bas selepas satu roda kereta api itu terkeluar daripada landasan dalam kejadian semalam. Pegawai Operasi Keretapi Sabah, Awang Zainudin Awang Matusin berkata, kejadian jam 8 pagi di kawasan Kampung Kawang di sini itu bagaimanapun, tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang. "Kejadian itu berlaku akibat masalah pada landasan, bukan kerana tidak diselenggara cuma di bahagian ini memang ada sedikit masalah dan pemandu sentiasa dinasihatkan berhati-hati dan mengurangkan kelajuan ketika melalui kawasan ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, Jabatan Keretapi Sabah sedang berusaha menangani masalah itu. Sementara itu, pemandu kereta api, Amir Amit berkata, kereta api berkenaan bertolak dari Stesen Tanjung Aru pada 7.45 pagi dan apabila tiba di kawasan tersebut beliau memperlahankan kelajuan.

"Bahagian kanan depan keretapi terasa goyang sedikit, seperti tersasar dari trek landasan. Saya terus berhentikan kereta api dan keluar untuk tengok. Saya nampak satu tayar terkeluar daripada landasan," katanya. Difahamkan kereta api itu kemudian dialih daripada landasan dan perkhidmatan tren Sabah tidak terjejas. Kejadian itu adalah yang kedua tahun ini selepas insiden pada 19 Jun lalu yang meragut nyawa seorang pelancong Hong Kong selepas sebuah kereta sewa dirempuh kereta api di Jalan Petagas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. - Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!