Wednesday, July 17, 2013

Tips memilih jeans yang tepat untuk potongan badan anda


Tips memilih jeans yang tepat untuk potongan badan anda | Seluar jeans atau denim sememangnya menjadi pilihan waktu santai mahupun keluar bersama rakan-rakan. Selalunya, kita pasti mempunyai satu jeans kesayangan yang selesa untuk dipakai dan bersesuaian dengan bentuk badan. Jadi, sebelum membeli seluar jeans, jom kita tinjau seluar jeans manakah yang sesuai dengan bentuk fizikal anda.


Punggung lebar

Bagi anda yang mempunyai bentuk punggung yang lebar, pakailah seluar jeans berwarna gelap dan sedikit kembang untuk menampakkan keseimbangan. Carilah seluar yang boleh meregang serta elakkan potongan bentuk 'skinny', berpinggang tinggi dan potongan kaki yang lebar kerana ia akan menampakkan lagi bentuk pinggul anda. Selain itu, jangan memakai jeans yang berpoket kecil kerana bahagian tersebut akan nampak lebih lebar.


Berkaki pendek 

Elakkan memakai seluar jeans yang terlalu longgar atau jenis 'baggy'. Seluar jeans yang longgar akan membuatkan pinggang seluar anda jatuh dan kaki akan kelihatan bertambah pendek. Carilah seluar jeans berpotongan lurus dan panjangnya harus melebihi buku lali Hindarkan dari memasukkan baju ke dalam seluar.


Berisi 

Pilih jeans yang lebih besar dari saiz badan anda dan perbetulkan pinggangnya mengikut ukuran pinggang yang betul. Hasilnya, seluar jeans akan kelihatan cantik di tubuh anda. Jangan sesekali membeli jeans potongan 'low-cut' atau 'skinny' kerana ia tidak sesuai dengan fizikal seperti ini.


Terlalu kurus 

Seluar jean potongan lurus dan ketat di bahagian belakang sangat sesuai bagi mereka yang terlalu kurus. 'Skinny' warna terang sangat sesuai untuk menyerlahkan bentuk kaki dan pinggul.






.

Kewujudan haiwan aneh ini menggemparkan


Kewujudan haiwan aneh ini menggemparkan  | Haiwan aneh bermuka kuda berbadan babi dan berkuku beruang ini ditemukan di Wales selatan dalam keadaan mati oleh anjing milik seseorang yang bernama Peter Bailey.Yang membuatkan haiwan ini semakin aneh adalah di bahagian kepala dan kakinya terdapat bulu atau rambut seperti yang terlihat di foto. Foto haiwan aneh ini di bawa oleh Peter kepada seorang pakar haiwan yang bernama, Dr Dan Forman dari Universiti Swansea. Dr Dan Forman juga tidak dapat menjelaskan apa-apa setelah melihat foto yang di bawa oleh Peter, kerana dia juga tidak pernah melihat seperti haiwan itu selama ini. -AP





.

Pakar menemui planet biru mirip Bumi


Pakar menemui planet biru mirip Bumi | Pakar untuk pertama kalinya menemukan planet berwarna biru tua yang mirip dengan Bumi. Perbezaannya adalah warna biru tersebut bukan disebabkan oleh lautan tetapi oleh hujan gelas cair. Pakar mengatakan di atmosfera planet banyak dijumpai partikel-partikel silika. Planet berukuran raksasa ini, yang diberi nama HD189733b, sangat dekat dengan matahari sehingga temperature di atmosfera mencapai 1000 darjah, yang menyebabkan gelas meleleh. Refleksi ke angkasa dari titik-titik gelas cair yang turun di tengah angin dengan kecepatan hingga 7000 kilometer per jam inilah yang membuatkan planet ini kelihatan berwarna biru.

HD189733b terletak 63 tahun cahaya dari Bumi dan termasuk salah satu eksoplanet terdekat dan boleh dilihat dengan teleskop ketika melintasi matahari. Dari segi ukuran, HD189733b mirip dengan planet Jupiter di sistem tata suria kita. Jika Jupiter relatif sangat jauh dari matahari, HD189733b sangat dekat dengan bintang induknya. Pakar berharap kajian di masa mendatang dapat mengungkap ciri khusus Bumi dan bagaimana planet-planet lain menyokong kehidupan.-AP





.

Lelaki ini gembira kerana telah memecahkan rekod


Lelaki ini gembira kerana telah memecahkan rekod | Rambut panjang mungkin biasa. Bagaimana dengan kumis panjang? Seperti milik lelaki bernama Ram Singh Chauhan ini yang sudah mememelihara kumisnya sejak tahun 1970. Sampai hari ini, kumis lelaki India itu pun telah mencapai panjang 4.3 meter. Chauhan akhirnya memegang rekod dunia sebagai pemilik kumis terpanjang di dunia. Lelaki berusia 58 tahun tersebut mengaku bahawa proses memanjangkan kumis ternyata cukup sukar. Kerana setiap kali keluar rumah, orang disekitarny selalu memandangnya. Namun Chauhan tidak menghentikan niatnya untuk tetap memanjangkan kumis miliknya sampai sekarang.

"Sayangnya pertumbuhan kumis ini cukup lambat kerana kerja hormon yang lemah seiring bertambahnya umur," tutur Chauhan. Berkat kumis panjangnya, Chauhan pernah ditawarkan berlakon dalam filem berjudul Octopussy pada tahun 1983. Dia juga telah mengelilingi dunia, untuk mempamerkan kumis yang luar biasa panjang itu. Lantas bagaimana cara merawat kumis yang super panjang itu? Ternyata Chauhan memerlukan waktu antara satu sampai dua jam sehari untuk membersihkan dan menyisir kumisnya. Satu-satunya penyesalan Chauhan hanyalah kebiasaannya memanjangkan kumis ternyata tidak menurun pada anak lelakinya. -AP





.

Pengurus pasukan Chelsea, Jose Mourinho dikatakan berdarah biru



Pengurus pasukan Chelsea, Jose Mourinho dikatakan berdarah biru | PENDATANG baru Chelsea, Andre Schurrle menyifatkan darah Jose Mourinho berwarna biru, bukan berwarna merah. Penyerang German berusia 22 tahun itu mengikat kontrak selama lima tahun dan menjadi pemain pertama yang dibeli oleh The Special One. Schurrle menjelaskan Mourinho mempunyai sifat kesetiaan yang tinggi dalam diri. “Mourinho seorang yang kuat mendesak dan kuat mengawasi tetapi kami sungguh selesa,” katanya.


P/S -  Itulah sebabnya Special One disayangi oleh Chelsea. Maksud Andre, Mourinho berdarah biru, disebabkan rasa sayang dan setianya kepada pasukan the blues ini. Walaupun dia menjadi pengurus pasukan mana pun, hatinya tetap kekal untuk Chelsea. Lulu pun darah biru ;)





.

Kajian pelik berkaitan jantina


Kajian pelik berkaitan jantina | Penyelidik Itali mendapati jantina mempengaruhi bagaimana seseorang itu memberi tindak balas ketika sakit dan terdapat lima perbezaan ketara ketika mengadu kesakitan. Kajian yang dijalankan di Hospital Universiti Padua, Itali menunjukkan simptom biasa yang dialami oleh lelaki yang mengalami serangan jantung ialah kesakitan pada dada dan pada bawah lengan kiri. Manakala wanita pula akan menunjukkan keadaan yang loya dan sakit pada bahagian abdomen. Kajian yang diketuai oleh Profesor Giovannella Baggio mendapati wanita sering menerima rawatan yang tidak sepatutnya ketika menunjukkan simptom berkenaan. "Kajian kami memfokuskan bukti sebenar dan perbezaan yang ketara antara jantina terutama serangan jantung, kanser, penyakit hati, osteoporosis dan juga farmakologi,'' katanya.

Tambah Baggio, penyelidikan perubatan masa kini belum mengetahui sepenuhnya mengenai perbezaan jantina terutamanya apabila menunjukkan simptom-simptom penyakit. "Penyelidikan yang dijalankan sejak 40 tahun lalu hanya memberi fokus secara eksklusif kepada pesakit lelaki.

"Kebiasaannya lelaki yang mengalami serangan jantung akan menunjukkan tanda yang berbeza berbanding wanita yang mengalami serangan jantung,'' ujarnya yang juga merupakan Pengarah Unit Perubatan Dalaman hospital berkenaan. Katanya lagi, walaupun serangan jantung yang dialami oleh golongan perempuan adalah lebih teruk dan rumit, tetapi mereka tidak mendapat rawatan yang sepatutnya seperti electrocardiogram (ECG), ujian diagnostik enzim atau angiografi koronari. Kajian yang disiarkan dalam jurnal Klinikal Kimia dan Perubatan Makmal itu juga memaparkan bagaimana kanser kolon juga memberi kesan yang lebih teruk dalam kehidupan wanita berbanding lelaki. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!