Saturday, August 10, 2013

Pengalaman ngeri dua remaja perempuan yang merantau di luar negara


Pengalaman ngeri dua remaja perempuan yang merantau di luar negara | Seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal menyimbah asid ke arah dua remaja perempuan British di rantau Zanzibar, wilayah semi autonomi Tanzania, menyebabkan wajah, dada dan bahagian belakang badan mangsa mengalami kecederaan teruk, kata seorang pegawai kanan polis hari ini. Kedua-dua mangsa berasal dari Manchester, utara England.

Mereka diterbangkan ke Tanzania sebagai sukarelawan di sebuah sekolah tempatan di Zanzibar, pulau yang popular di kalangan pelancong antarabangsa. Sementara itu, Pejabat Luar Britain berkata dalam satu kenyataan, negara berkenaan mengambil berat mengenai serangan itu dan sedang berhubung dengan pihak berkuasa Tanzania untuk tindakan selanjutnya. - Reuters





.

Pelakon popular jatuh longkang malam raya


Pelakon popular jatuh longkang malam raya | Bekas supermodel dan pelakon popular Nasha Aziz pernah melalui pengalaman pahit, jatuh longkang di malam raya. Dedah Nasha, insiden yang belaku pada malam hari raya pertama itu gara-gara dia yang terlalu teruja mahu menghantar para tamu yang berkunjung ke rumah neneknya. "Saya ni dulu masa kanak-kanak, seorang yang aktif dan lasak. Paling saya ingat, kalau setiap kali hari raya apabila tetamu datang ke rumah nenek saya, pasti saya pun ikut sibuk menyambut tetamu. Tetamu nak balik, saya pun ikut sibuk hantar sampai luar depan rumah. Depan pagar rumah saya ada satu bangku batu, setiap kali iring tetamu balik, saya akan berlari dan terus panjat tembok tu.

"Nak jadikan cerita, masa tu malam raya pertama. Para tamu di rumah kami nak pulang. Jadi saya seperti biasa akan berlari dulu ke depan sebab nak panjat bangku tu. Entah macam mana saya boleh terjatuh dalam longkang betul-betul kat depan bangku tu. "Bila dah jatuh tu saya terus terdiam, tergamam. Nenek saya pun terjerit-jerit la nama saya nak pastikan saya okay. Mujurlah hanya luka-luka sikit saja. Tapi yang lucunya, nenek kata, "hah! tu mesti ada 'benda' yang tolaklah tu". Padahal, cucu dia ni dah salah bajet, lari laju sangat", kongsi Nasha Aziz sambil tersenyum Empunya nama sebenar Noraishah Abdul Aziz, 42, ini bercerita mengenai memori sewaktu hari raya Aidilfitrinya itu ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro, baru-baru ini.

Seperti tahun tahun sudah, Nasha menyambut Aidilfitri di ibu kota, samada di Keramat ataupun di Kampung Baru. Kata Nasha, saat paling dinanti menjelang raya ialah sehari sebelum 1 Syawal apabila dia sekeluarga sibuk membuat persiapan seperti mengemas rumah dan memasak juadah. "Saya paling suka anyam ketupat. Jadi sehari raya tu, saya akan duduk dah asyik anyam ketupat sampaai petang. Saya rasa ia satu seni yang unik dan patut diketahui oleh semua kerana ianya satu tradisi yang tak akan pupus sampai bila-bila.

"Di pagi raya pula kebiasaannya, kami akan menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan kemudian akan berkumpul di rumah nenek saya, di Kampung Baru", katanya. Dalam perkembangan lain, pelakon Maskara ini memberitahu dia sekarang sedang sibuk menguruskan perniagaan. Biarpun cuba dipujuk namun Nasha mengelakkan dari bercerita lanjut mengenai perniagaannya itu. "Saya sedang menjalankan satu perniagaan. Perniagaan yang serius", ujarnya ringkas. - mD





.

Kisah sedih sepasang suami isteri yang sehidup dan semati


Kisah sedih sepasang suami isteri yang sehidup dan semati | Menepati bidalan 'sehidup semati', sepasang suami isteri warga emas menghembuskan nafas terakhir masing-masing selang sejam di hospital berbeza, semalam. Che Mohd Yusof Che Wan Endut, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 5.40 petang susulan paru-paru berair manakala isterinya Fatimah Muda, 64, di Hospital Kuala Berang kira-kira sejam kemudian. Anak mereka, Che Wan Rashimah, 44, berkata, bapanya dirawat di HSNZ sejak Selasa lalu, manakala ibu pula yang terlantar di rumah selepas serangan angin ahmar digegaskan ke hospital petang semalam selepas keadaannya makin tenat. "Masa ibu tengah tenat di rumah, adik telefon beritahu ayah juga sedang tenat di HSNZ. Kami kemudian gegaskan ibu ke Hospital Kuala Berang tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerangau Sungai di sini.

Pemergian serentak pasangan itu turut dirasai penduduk kampung kerana kedua-duanya adalah guru al-Quran manakala Che Mohd Yusof pula imam masjid dan jurunikah bagi di daerah ini. Beberapa penduduk kampung yang ditemui menyifatkan pasangan itu sebagai pasangan yang sentiasa bersama walau ke mana mereka pergi. Seorang bekas pelajar al-Quran pasangan itu, Zuraidah Ismail, 42, berkata, dia merancang untuk menziarahi kedua-dua mereka pada raya kedua selepas mendengar mereka sakit. Katanya, mereka itu terkenal sebagai pasangan romantik kerana tidak pernah berenggang. "...mereka selalu naik motor bersama, minum di kedai dan ke kebun bersama-sama," katanya. Jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Panchor Jerangau di sini malam semalam. - BERNAMA



 P/S - Gambar sekadar hiasan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!